DIABETES KEHAMILAN

DIABETES KEHAMILAN adalah Diabetes (kencin yang di-diagnosis buat pertama kalinya sewaktu wanita sedang mengandung. Sama seperti Diabetes yang lain, Diabetes Kehamilan dipengaruhi oleh penggunaan Glukosa dalam sel-sel badan. Ia menyebabkan jumlah gula yang tinggi dalam darah yang boleh memberi kesan kepada pembesaran dan kesihatan bayi dalam kandungan. 

Ibu yang hamil sebenarnya dapat mengawal Diabetes Kehamilan dengan memakan makanan yang sihat, bersenam dan mengambil ubat jika perlu. Pengawalan aras Glukosa dalam darah adalah penting bagi memastikan anda dan bayi anda sihat, disamping mencegah kelahiran yang sukar.

Aras gula dalam darah para wanita yang mengidap Diabetes Kehamilan kebiasaannya kembali normal sejurus selepas bersalin, akan tetapi masih terdapat risiko yang tinggi untuk mengidap Diabetes Jenis-2. Oleh itu, Ujian Aras Gula dalam Darah perlulah dilakukan dengan kerap.

SIMPTOM

Diabetes Kehamilan kebiasaannya tidak mempunyai tanda atau gejala yang ketara. Peningkatan perasaan dahaga dan kencing yang lebih kerap adalah gejala yang sering berlaku. 

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kesihatan yang lebih awal—iaitu ketika anda mula-mula merancang untuk hamil. Ia penting supaya doktor anda dapat memeriksa risiko Diabetes Kehamilan anda bersama tahap kesihatan anda secara keseluruhan. Sebaik sahaja anda hamil, doktor akan memeriksa status Diabetes Kehamilan anda sebagai sebahagian daripada rawatan Prenatal anda. Sekiranya anda mengidap Diabetes Kehamilan, anda akan memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap. Kebanyakan kes berlaku dalam fasa tiga bulan terakhir kehamilan.

PUNCA

Mengikut kajian, pelbagai hormon berperanan seiringan dalam memastikan tahap gula dalam darah anda sentiasa terkawal; tetapi semasa hamil, tahap hormon akan berubah dan menjadikan tubuh anda lebih sukar untuk memproses gula dalam darah dengan berkesan. Pada masa yang sama, organ Pankreas pula tidak mampu menghasilkan Insulin yang mencukupi bagi jumlah glukosa yang tinggi dalam darah. Ini memberi kesan peningkatan aras gula dalam darah.

FAKTOR RISIKO

  1. Obesiti / berat badan berlebihan
  2. Kekurangan aktiviti fizikal
  3. Sejarah diri / keluarga mempunyai Diabetes / Pra-diabetes 
  4. Sejarah kelahiran bayi bersaiz besar dalam kandungan terdahulu (berat lahir bayi melebihi 4.1 KG)
  5. Sindrom Ovari Polisistik
  6. Keturunan- wanita berkulit hitam/ gelap, Asia Amerika, India Amerika dan Hispanik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap Diabetes Kehamilan.

KOMPLIKASI

Diabetes Kehamilan yang tidak diuruskan dengan betul akan menyebabkan aras gula dalam darah tinggi. Ia memberi kesan kepada anda dan bayi anda, termasuk peningkatan risiko memerlukan Pembedahan Caesarean (C-Section) ketika melahirkan bayi anda. 

Sekiranya anda menghidap Diabetes Kehamilan, bayi anda mungkin berisiko tinggi:
  • Berat badan bayi berlebihan ketika kelahiran. Kandungan Glukosa yang tinggi dalam darah ibu boleh menyebabkan Glukosa berlebihan disalurkan kepada bayi dalam kandungan. ini memberi kesan bayi Makrosomia (Berat badan bayi berlebihan sewaktu kelahiran). 
  • Bayi yang besar ini mempunyai berat lahir melebihi 4.1 KG, mereka lebih cenderung untuk tersekat di saluran kelahiran, mengalami kecederaan kelahiran atau memerlukan kelahiran C-Section.
  • Kelahiran Awal (preterm). Gula dalam darah yang tinggi boleh meningkatkan risiko wanita bersalin awal sebelum tarikh bersalin yang dianggarkan. Doktor juga boleh mencadangkan kelahiran yang lebih awal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku. 
  • Kesukaran bernafas yang serius. Bayi yang dilahirkan awal dari ibu yang menghidap Diabetes Kehamilan mungkin mengalami sindrom gangguan pernafasan iaitu sebuah keadaan yang menyukarkan pernafasan bayi.
  • Aras gula yang rendah dalam darah (Hipoglikemia) akan dialami bayi sejurus selepas kelahiran. Episod Hipoglikemia yang teruk boleh menyebabkan kekejangan pada bayi. Penyelesaiannya, penyusuan yang cepat dan suntikan larutan glukosa intravena dapat mengembalikan tahap gula darah bayi menjadi normal.
  • Kegemukan dan Diabetes Jenis-2. Bayi ibu yang menghidap Diabetes Kehamilan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Obesiti dan Diabetes Jenis-2 di kemudian hari.
  • Kematian sewaktu kelahiran. Diabetes Kehamilan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian bayi sama ada sebelum atau tidak lama selepas kelahiran.
  • Komplikasi yang mungkin mempengaruhi si ibu:

  1. Tekanan Darah Tinggi dan Pre-eklampsia (Tekanan Darah tinggi pada ibu hamil). Diabetes Kehamilan boleh meningkatkan risiko Tekanan Darah Tinggi, serta Pre-eklampsia – komplikasi kehamilan yang serius ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.
  2. Bersalin secara Pembedahan (C-Section). Anda lebih cenderung menjalani pembedahan C-Section sewaktu bersalin jika anda menghidap Diabetes Kehamilan.
  3. Diabetes masa depan. Sekiranya anda menghidap diabetes kehamilan, anda lebih cenderung mengidapnya lagi semasa kehamilan yang akan datang. Anda juga mempunyai risiko Diabetes Jenis-2 yang lebih tinggi apabila anda semakin meningkat umur.

PENCEGAHAN

Sehingga kini, masih tiada jaminan bagi mencegah Diabetes Kehamilan – oleh itu, anda digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengandung terutamanya dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda menghidap Diabetes Kehamilan, langkah berjaga-jaga yang sihat ini juga dapat mengurangkan risiko anda menghidapnya lagi pada kehamilan yang akan datang atau menghidap Diabetes Jenis-2 pada masa hadapan.

  • Mulakan kehamilan dengan berat badan yang sihat. Sekiranya anda merancang untuk hamil, penurunan berat badan yang lebih awal boleh membantu anda menjalani kehamilan yang lebih sihat. Anda sebaiknya fokus dalam melakukan perubahan yang berterusan terutamanya terhadap tabiat pemakanan anda kerana ia dapat membantu anda sepanjang 9 bulan kehamilan, seperti makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

  • Elakkan penambahan berat badan melebihi berat yang disarankan. Penambahan berat badan semasa mengandung adalah normal dan sihat; Tetapi penambahan berat badan yang terlalu pantas akan meningkatkan risiko Diabetes Kehamilan. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor anda dalam menentukan berat badan yang ideal sepanjang kehamilan anda. 

 

  • Pemakanan yang sihat- Pilih makanan yang tinggi dengan serat dan rendah lemak dan kalori. Fokus pada buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Usahakan pelbagai cara untuk membantu anda mencapai matlamat tanpa menjejaskan rasa atau pemakanan. Dalam hal ini, Diet Suku-Suku-Separuh adalah digalakkan.

 

  • Kekal aktif. Bersenam sebelum dan semasa tempoh hamil dapat membantu melindungi anda daripada menghidap Diabetes Kehamilan. Aktiviti yang sederhana selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu sudah memadai seperti berjalan, berbasikal, berenang. 

COPD : Penyakit Kronik Sistem Pernafasan

Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) merupakan sekumpulan penyakit yang melibatkan rongga pernafasan dimana berlakunya penyekatan Pulmonari (Paru-paru) secara Kronik (berpanjangan). Di Malaysia, kira-kira sebanyak 500,000 rakyat Malaysia kini mengidap penyakit ini dan pada peringkat dunia, sebanyak lebih 64 Juta orang dan 3 Juta pesakit telah meninggal dunia akibat COPD. 

Merujuk kepada rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2020, COPD menduduki tempat ke-5 dari segi beban penyakit manakala berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COPD dianggarkan akan menjadi punca kematian ketiga paling utama di seluruh dunia menjelang tahun 2030.

Apa Itu COPD?

Penyakit yang seringkali dikaitkan dengan COPD adalah Emfisema dan Bronkitis Kronik.

Emfisema merupakan penyakit dimana berlakunya kerosakan pada Alveoli dan ia memberi kesan pernafasan yang pendek, sulit dan keadaan sesak untuk bernafas. Alveoli pesakit akan mengecut dan membentuk kantung kosong yang besar dimana ia mengganggu peraliran udara yang keluar daripada paru-paru. 

Bronkitis Kronik pula akan menyebabkan berlakunya keradangan dan saluran pernafasan akan menyempit seterusnya membentuk lendir yang melekat pada dinding bahagian dalam saluran tersebut. 

Gejala COPD

COPD akan menyukarkan pesakit bernafas. Pada awalnya, gejala COPD bermula dengan batuk yang sebentar sahaja; namun tetap ada kes dimana ia berterusan sehinggakan pesakit akan mengalami sesak nafas dan prestasi pernafasan pesakit kian merosot. 

Gejala awal: Pada mulanya, gejala COPD adalah agak ringan. Bahkan ada pesakit yang telah tersalah anggap bahawa ia merupakan hanya Selesema biasa. 

1. Antara gejala peringkat awal COPD adalah:

  • Sesak nafas terutamanya selepas bersenam
  • Batuk ringan dan berulang
  • Kerap berkumuh untuk melegakan tekak akibat ketidakselesaan.

 

2. Gejala peringkat pertengahan COPD:

  • Sesak nafas walaupun hanya selepas melakukan senaman ringan dan rutin harian seperti menaiki tangga
  • Mudah termengah-mengah– sejenis pernafasan yang kencang dan menyebabkan pesakit tercungap-cungap
  • Sesak dada
  • Batuk kronik- dengan atau tanpa kahak (mucus)
  • Kurang bertenaga
  • Selesema atau jangkitan pernafasan yang terlalu kerap.
 

3. Gejala peringkat akhir COPD:

  • Keletihan
  • Bengkak kaki, pergelangan kaki atau keseluruhan kaki
  • Pengurangan berat badan yang drastik
  • Setiap gejala adalah lebih cenderung untuk merosot jika pesakit merupakan seorang perokok atau kerap terdedah pada asap rokok.

Faktor Risiko COPD

  1. Merokok – Kebanyakan pesakit berada dalam lingkungan umur 40-60 tahun dan menurut statistik pesakit COPD, mereka sekurang-kurangnya mempunyai sejarah merokok. Semakin lama dan semakin banyak produk tembakau yang diambil, semakin besar risiko COPD seseorang individu. 
  2. Pesakit Asma – Para pengidap Asma turut berisiko terhadap COPD terutamanya jika sering terdedah kepada asap rokok dan asap cerut. 
  3. Bahan Kimia dan asap di tempat kerja – Pendedahan dalam jangka masa panjang terhadap pencemaran udara ini boleh menyebabkan COPD
  4. Kecenderungan genetik – terdapat kajian yang membuktikan bahawa 5% daripada pesakit COPD mempunyai persamaan dalam kekurangan sejenis Protein iaitu Alpha-1-Antitrypsin. Kekurangan ini menyebabkan prestasi pengudaraan paru-paru pesakit merosot dan mempengaruhi fungsi Hati.  

Diagnosis COPD

Diagnosis COPD adalah berdasarkan gejala, ujian fizikal dan hasil ujian diagnostik yang dijalankan terhadap pesakit. 

Ketika anda berjumpa dengan doktor, doktor akan mengenalpasti beberapa perkara berkaitan kecenderungan anda terhadap penyakit COPD.

  • Anda seorang perokok atau pernah merokok pada masa lalu
  • Anda kerap terdedah kepada asap rokok
  • Anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit COPD
  • Anda terdedah kepada perengsa paru-paru semasa di tempat kerja
  • Anda pengidap Asma atau mana-mana masalah pernafasan yang lain
  • Anda ada mengambil ubat-ubatan sampingan yang berkaitan dengan rongga pernafasan
 

Selepas itu, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan doktor akan menggunakan Stetoskop untuk mendengar paru-paru anda semasa bernafas. Berdasarkan semua maklumat ini, doktor anda mungkin mencadangkan beberapa ujian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas:

 

  1. Spirometry sebuah ujian yang tidak invasif untuk menilai fungsi paru-paru. Semasa ujian, anda akan menarik nafas yang panjang dan kemudian menghembus tiub yang dihubungkan ke Spirometer.
  2. Ujian pencitraan, seperti sinar – X pada bahagian dada atau imbasan CT. Gambar-gambar ini dapat memberikan gambaran terperinci mengenai keadaan dalaman paru-paru, saluran darah, dan jantung anda.
  3. Ujian Gas Darah Arteri – Ini melibatkan pengambilan sampel darah dari arteri untuk mengukur aras Oksigen, Karbon Dioksida dan beberapa entity penting lain dalam darah anda.
 

*Setiap ujian ini dapat membantu menentukan sama ada anda mempunyai COPD atau masalah pernafasan lain seperti Asma, Penyakit Paru-Paru yang menyekat, atau Kegagalan Jantung.

 

Rawatan COPD

Rawatan bagi COPD adalah dengan menggunakan Inhaler. Penggunaan Inhaler adalah penting bagi menghalang keradangan daripada terus berlaku. Sehingga kini, masih tidak ada lagi penawar bagi COPD akan tetapi, inisiatif awal yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Walaupun pesakit telah berada di peringkat akhir gejala COPD, dengan berhenti merokok, pesakit boleh mengurangkan kadar fungsi paru-paru kerana secara fisiologi, setiap fungsi paru-paru manusia akan merosot bersama umur akan tetapi jika anda merupakan seorang perokok, kadar paru-paru merosot anda adalah berkali-ganda berbanding dengan individu yang tidak merokok.   

Cadangan Diet Bagi Pesakit COPD

Tidak ada diet khusus bagi COPD akan tetapi, sebarang diet yang sihat adalah amat penting untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhan. Anda akan dapat mencegah komplikasi dan masalah kesihatan yang lain jika Sistem Imun badan anda berfungsi pada tahap yang optimum. 

 

  1. Pemakanan: Pemakanan yang sihat haruslah diamalkan bagi mengekalkan Sistem Imun yang berkesan. Pengambilan Sayur-sayuran, buah-buahan, Protein dan Tenusu amatlah penting bagi membekalkan jumlah mineral yang diperlukan oleh badan. 

 

  1. Minuman: Minum sekurang-kurangnya 1.5 – 2 Liter sehari (bergantung kepada BMI anda). Hal ini penting supaya lender pada permukaan saluran pernafasan pesakit dapat menipiskan bagi tujuan penyingkiran.
  2. Minuman berkafein pula boleh mengganggu keberkesanan ubat-ubatan yang anda ambil. Jika anda mengalami masalah jantung, sila dapatkan nasihat doktor anda mengenai pengambilan minuman berkafein dalam diet seharian anda. 
  3. Pengurusan berat badan: Paru-paru dan jantung anda perlu berkerja lebih keras jika berat badan anda berlebihan. Perut yang besar juga akan menyukarkan pergerakan paru-paru untuk mengembang dalam proses pernafasan. 

Masalah Pendarahan Hidung

Pendarahan Hidung atau Epistaxis’ adalah sesuatu yang tidak asing lagi berlaku terutamanya di Malaysia yang bersuhu panas dan lembap. Ia bukanlah sebuah penyakit, malah ia hanya sebuah gejala yang serius jika ia melibatkan pendarahan yang berpanjangan sehingga mempengaruhi tekanan darah individu seterusnya membawa kepada kes-kes yang lebih serius dan kecemasan. Kadangkala, ia merupakan sebuah tanda awal kepada pelbagai penyakit kronik seperti ketumbuhan pada dalam rongga hidung dan kanser hidung.

Jenis Pendarahan Hidung

Terdapat dua jenis pendarahan hidung:

  1. Anterior (pendarahan hadapan-utama) – Berlaku apabila salur darah kecil iaitu Pleksus Kiesselbach pada bahagian depan hidung pecah dan berdarah. 
  2. Posterior (pendarahan belakang-kurang biasa dan memerlukan perhatian perubatan) – Pendarahan yang berlaku dari bahagian paling dalam dan belakang rongga hidung. Darah boleh mengalir masuk ke rongga kerongkong seterusnya ke perut pesakit. 

Kadangkala, dalam kes yang lebih teruk, darah boleh mengalir sehingga ke saluran Nasolacrimal (saluran yang menghubungkan rongga hidung dan rongga mata) dan keluar dari mata. Selain itu, darah yang segar ataupun beku turun berpotensi untuk mengalir ke dalam perut dan memberi kesan rasa loya dan muntah-muntah. 

Gambar atas: Pendarahan dari Pleksus Kissselbach yang mengalir keluar melalui Lubang Hidung

Gambar bawah: Pendarahan dari Jaringan Salur Darah kecil di bahagian paling dalam dan belakang rongga hidung, darah mengalir ke belakang memasuki rongga kerongkong

Punca Pendarahan Hidung

Apabila saluran darah mengalami jangkitan, hidung akan berdarah dan ia berpunca daripada:

  1. Selsema berpanjangan 
  2. Suhu badan terlalu tinggi
  3. Alahan pada persekitaran
  4. Hembusan nafas yang terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus (selaput lendir) yang merekah dan berkerak
  6. Kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam, luka atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan dalaman 
  8. Sinusitis yang kronik atau jangkitan kuman seperti jangkitan akut pernafasan

Cara Merawat Pendarahan Hidung

1.Hentikan hidung berdarah:

  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (Jangan mendongak ke atas kerana perbuatan ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan melegakan keradangan yang berlaku. Tuaman ais hendaklah kurang daripada 10 minit untuk mengelakkan kecederaan pada kulit anda.

2.Berjumpa doktor: 

  • Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika mempunyai gejala berikut:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Cara Mencegah Pendarahan Hidung

Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan selepas berlakunya pendarahan hidung. Ia penting bagi mengelakkan lagi kes yang sama berulang.

  1. Jangan korek hidung anda

Tindakan menggorek hidung yang kerap boleh merangsang membran hidung. Oleh kerana baru sahja berlaku pendarahan, tindakan menggorek hidung adalah sama sekali tidak dibenarkan.

  1. Jangan menghembus hidung anda

Menghembus hidung dalam masa 24 jam selepas pendarahan terakhir membuat kemungkinan lain. Apabila anda perlu menghembus hidung lagi, lakukan dengan cara yang lembut.

  1. Jangan membongkok

Membongkok ke bawah, mengangkat benda berat, atau melakukan aktiviti lain yang menyebabkan anda tertekan boleh mencetuskan pendarahan hidung. Pastikan aktiviti anda tetap ringan dalam 24 hingga 48 jam selepas pendarahan hidung.

Cegah hidung daripada berdarah semula:

  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek untuk mengelakkan hidung luka dan berdarah. Gunakan pelembap atau minyak bayi bagi mengatasi keadaan ini.

Masalah Penyakit Autoimmune

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik Auto-imun dimana badan pesakit akan menghasilkan Protein darah dengan banyak. Protein darah ini dipanggil Antibodi dan ia dengan sendirinya akan menghasilkan tindak balas terhadap tisu badan individu. Faktor penyakit ini melibatkan genetik individu dan persekitaran akan tetapi punca sebenar SLE masih belum dapat dikenalpasti. Mengikut kajian, tahap keagresifan penyakit ini serta penyakit Auto-imun yang lain dipercayai berkait rapat dengan pemakanan, pengambilan sebarang ubat-ubatan sampingan dan tahap tekanan (stress) individu.

Statistik Autoimmune di Malaysia

Di Malaysia, statistik anggaran lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) percaya sebenarnya terdapat ada ramai lagi pengidap penyakit SLE yang belum disahkan.

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Gejala SLE

Gejala-gejala SLE adalah berpandukan organ-organ dalam badan kerana satu sel antibodi yang terhasil sebenarnya berpotensi menyerang mana-mana sahaja organ dalam badan. Antara gejalanya ialah:

  • Malar rash: ruam yang menyerupai bentuk kupu-kupu berwarna merah pada bahagian pipi pesakit 
  • Discoid rash: ruam merah yang selalunya didapati di bahagian siku dan sendi
  • Photosensitivity’: ketidak-upayaan melihat cahaya atau berada dalam bilik yang terang
  • Pericarditis’: keradangan bahagian luar jantung
  • Pleuritis’: keradangan bahagian luar paru-paru
  • Proteinuria’: Protein dalam air kencing 
  • Ulser mulut yang selalunya tidak sakit
  • Keradangan sendi: selalunya melebihi dua sendi dan bersertakan bengkak dan sakit
  • Sawan
  • Platelet kurang dalam darah
  • Masalah sistem imun
  • Positif Antibodi Anti-Nuklear
  • Psikosis
  • Sel Darah Merah dan Putih berkurang dalam darah

*Tidak semua gejala ini akan dialami oleh setiap pesakit lupus. Kebanyakan kes hanya satu atau dua sahaja gejala yang dimanifestasikan pada suatu masa.

Rawatan SLE

Sehingga kini, penyakit SLE tidak mempunyai sebarang penawar yang khusus. Ubat-ubatan yang diberikan para doktor adalah hanya untuk mengawal gejala-gejala yang berlaku supaya tidak bertambah teruk.

Ubat yang sering kali menjadi pilihan utama bagi masalah lupus ini ialah ‘Ibuprofen’ dimana ubat ini dapat membantu merawat demam, kesakitan, keradangan serta bengkak. Ubat jenis ini akan diberikan berdasarkan tahap gejala yang dialami pesakit. 

 

Rawatan yang diberikan haruslah diambil atas nasihat dan arahan doktor sahaja kerana ubat-ubatan ini mempunyai dos yang tertentu bagi individu yang berlainan. Selain itu, doktor akan membincangkan risiko serius yang bakal dihadapi berikutan pengambilan ubat-ubatan berkenaan.

Kesan Diet Ketogenik terhadap SLE?

  1. Pengurangan Berat Badan

Berat badan memainkan peranan penting dalam tindak balas setiap penyakit yang menyerang individu. Berat badan yang berlebihan akan memberi kesan keradangan yang meluas dan kawalan keradangan yang rumit. Oleh itu, para doktor mengesyorkan penurunan berat badan dalam setiap penyakit jika pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan. Hal ini penting untuk mengawal keradangan dan mengatasi banyak aspek penyakit Lupus terutamanya, yang berkaitan dengan sistem dalam badan seperti tahap tenaga dan kesakitan yang rendah. Diet ber-Glisemik Rendah atau Diet Rendah Kalori (seperti Diet Ketogenik) telah terbukti berkesan dalam mengurangkan keletihan.

  1. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Lipid seperti Trigliserida dan Kolesterol secara meluas dianggap sebagai faktor risiko Penyakit Jantung. Bagi mengurangkan faktor risiko Penyakit Kardiovaskular, Diet Ketogenik berpotensi memberi kesan yang signifikan terutamanya dalam menurunkan kadar Trigliserida. Walaupun Kolesterol tidak meningkat sebagai tindak balas langsung dari pengambilan makanan, makanan yang diproses sebenarnya meningkatkan kadar Trigliserida dalam badan di samping gula, dan karbohidrat berkanji. Manfaat kesihatan jantung Keto sangat baik untuk Lupus kerana penyakit ini boleh mempengaruhi kesihatan jantung dalam jangka masa yang panjang. 

  1. Mengurangkan Keradangan

Mengamalkan gaya hidup Keto juga dapat mengurangi keradangan pada tubuh yang mempengaruhi ketahanan diri pesakit. Pada masa yang sama, pengambilan makanan Keto dapat membantu meningkatkan Glutathione, iaitu “ibu kepada semua Antioksidan”, yang berfungsi melawan kerosakan Oksidatif dalam sel dan dapat membantu membalikkan Suar Autoimun.

  1. Meningkatkan Kesihatan Usus

Diet yang menangani penyakit Lupus perlu fokus pada kesihatan Mikrobioma, kerana ketidakseimbangan bakteria adalah pencetus utama dalam penyebaran sel SLE. Pemakanan dalam Diet Ketogenik dapat mengurangkan pengambilan bahan yang dapat memicu masalah usus, seperti biji-bijian, makanan berkarbohidrat tinggi, kekacang dan gula. 

Dalam Diet Ketogenik, pengambilan daging organik dan kaldu tulang yang mengandungi banyak Kolagen adalah digalakkan. Kolagen membantu menyembuhkan dan memulihkan tisu usus, termasuk lapisan mukosa dinding usus, berkat kehadiran Glisin Asid Amino.

Kebanyakan pakar Autoimun mencadangkan Diet Ketogenik sebagai Diet yang ideal kepada para pesakit Autoimun kerana ia mengutamakan pengambilan makanan sihat dan nutrient yang bersifat anti-keradangan. 

Ia dapat menyokong kesihatan usus kerana keadaan usus bocor dan gangguan mikrobioma lain sering menjadi penyebab penyakit Autoimun seseorang individu semakin teruk.  

Diet Ketogenik mungkin kelihatan berbeza bagi sesetengah individu, namun ia bergantung kepada bagaimana pendekatan yang diamalkan. Diet Ketogenik bagi pesakit Lupus mestilah merangkumi keseluruhan makanan yang berkaitan dengan manfaat kesihatan anti-keradangan; ia termasuklah: 

  • Sayur segar
  • Buah-buahan segar
  • Salmon liar
  • Daging yang diberi makan rumput
  • Kacang dan biji

Catatan: Tetap ada sebilangan kajian menggunakan haiwan makmal yang menunjukkan bahawa Diet Tinggi Lemak seperti Diet Ketogenik adalah tidak sesuai bagi penyakit Lupus dimana ia meningkatkan faktor risiko gangguan metabolik dan penyakit jantung seterusnya menjadi penyebab utama kematian bagi mereka yang menderita Lupus. Namun begitu, terdapat juga banyak kajian lain menunjukkan bahawa Diet Ketogenik sebenarnya dapat mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan masalah metabolik dan jantung. 

Oleh itu, rujuklah doktor anda sebelum memulakan rancangan Diet yang baharu. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan anda bagi menentukan sama ada Diet Ketogenik mempunyai kesan jangka masa panjang yang benar terhadap kesihatan dan autoimun anda secara keseluruhan bergantung kepada tahap dan jenis keradangan yang anda hadapi. 

Apa itu “GOUT”?

Gout adalah sejenis sakit sendi atau arthritis dimana berlaku pembengkakan, keradangan dan kemerahan pada sendi terutamanya pada bahagian kaki dan akan memberi kesan sakit, tidak selesa untuk bergerak dan gejala ini boleh berterusan hingga berminggu-minggu. 

Jika ia dibiarkan tanpa rawatan, Gout berpotensi untuk menyerang bahagian-bahagian lain dalam badan seperti urat dan saraf. Gout boleh menyebabkan pesakit tidak boleh bergerak dan mengalami sakit yang melampau ketika melakukan sebarang pergerakan dan sentuhan pada bahagian berkaitan.

Punca utamanya adalah pengumpulan Asid Urik pada bahagian sendi atau pada urat dan darah. Asid Urik merupakan pecahan kepada Purin yang berasal daripada pemakanan daging merah, organ dalaman dan makanan laut. Selain itu, minuman yang beralkohol dan makanan yang dimasak dengan Fruktosa yang tinggi turut menyumbang kepada pengumpulan Asid Urik dalam badan.

Dalam keadaan normal, Asid Urik ini akan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing akan tetapi, jika kuantitinya tinggi dalam darah, ia akan terkumpul dan membentuk kristal yang tajam yang akan memberi rasa sakit, bengkak dan keradangan.

Penyakit ini pada asalnya sering melibatkan golongan Obes dan para pesakit Sindrom Metabolik namun saban tahun, akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, jumlah pesakit Gout telah meningkat tidak kira dalam kalangan warga emas mahupun dewasa dan remaja.

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa punca Gout sebenarnya bukan daripada jumlah Asid Urik dalam badan, malah ia sebenarnya disebabkan oleh kadar gula dalam darah dan pengambilan Karbohidrat yang tidak terkawal. Hal ini meningkatkan bacaan Insulin dalam darah.

Bacaan Insulin yang tinggi telah terbukti meningkatkan aras Asid Urik dalam darah kerana ia mengurangkan perkumuhan dan pembuangan Asid Urik melalui Buah Pinggang.

Peningkatan kes penyakit Gout sebenarnya meningkat sejak abad ke-18 apabila Eropah mula memasarkan gula secara besar-besaran.  

Terdapat juga banyak kajian yang menunjukkan aras Asid Urik akan meningkat dengan peningkatan pengambilan Fruktosa – antara pecahan Glukosa, disamping penghasilannya sendiri oleh organ Hati.

Fruktosa adalah pecahan gula yang terkandung dalam buah-buahan dan madu. Sejenis gula yang sering diguna pakai iaitu High-Fructose Corn Syrup (HFCS) mengandungi 55% Fruktosa dan kandungan selebihnya merupakan Glukosa dan air.

Apabila Fruktosa dipecahkan oleh badan, ia membebaskan Purin iaitu sebahagian daripada Asid Urik.  Hal ini menyebabkan pengumpulan Purin dalam kadar yang tinggi dalam salur darah.

Sebuah kajian telah dijalankan oleh National Health Interview Survey (NHIS) pada tahun 2012 dengan menggunakan rekod pada tahun 1970-1996. Hasil kajiannya, peningkatan dalam pengambilan High-Fructose Corn Syrup (HFCS) memberi kesan selari dengan peningkatan kes Gout.

Terdapat juga banyak kajian mengenai kesan Diet Ketogenik atau Diet Rendah-Karbohidrat keatas pesakit Gout. Hasilnya, tiada perubahan yang ketara selepas 3 bulan Diet dijalankan namun sejurus selepas 6-12 bulan, terdapat perubahan yang amat ketara pada aras Asid Urik dalam darah pesakit. Untuk jangka masa yang panjang, ia telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit Gout.

Almost all of my patients who are successful on low-carb diets eventually become gout-free and have low uric acid levels...

  1. Hentikan pengambilan gula-sebarangpecahan Glukosa seperti Sukrosa dan Fruktosa mestilah dielakkan.
  2. Hadkan pengambilan Karbohidrat– Karbohidrat akan terurai kepada Glukosa di dalam badan manusia.
  3. Minum banyak air– Pastikan badan anda sentiasa terhidrasi.
  4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol– Kajian menunjukkan Alkohol boleh meningkatkan aras Asid Urik dalam darah.
  5. Ambil produk tenusu bagi mendapatkan sumber Protein– Produk tenusu mengandungi Protein yang boleh memberi kesan perlindungan terhadap Gout. Kurangkan pengambilan daging, ayam dan ikan.
  6. Kekalkan berat badan dan gaya hidup yang sihat– Kawal pemakanan dan pastikan anda bersenam setiap hari supaya berat badan dan metabolisma anda berada pada tahap yang optimum.

REFLUKS ASID ataupun masalah GERD

Penyakit Refluks Asid atau juga dikenali sebagai Gastro-Esophageal Reflux Disease (GERD) merupakan sebuah penyakit kronik pada sistem pencernaan manusia. Ia berlaku apabila sel parietal pada permukaan dalam perut merembeskan terlalu banyak Asid Gastrik dalam satu masa.

Antara gejalanya adalah:

  1. Muntah-muntah termasuk ketika sedang tidur
  2. Loya
  3. Rasa perit/ masam di tekak
  4. Pedih ulu hati
  5. Sakit/ ketidakselesaan pada bahagian abdomen/ sakit dada

Terdapat banyak kajian yang mengkaji kesan pengambilan diet RKTL kepada para pesakit GERD. Contohnya, sebuah kajian yang dijalankan dalam tempoh 16 minggu dimana pesakit hanya mengambil makanan rendah Karbohidrat dan tinggi Lemak. Kesannya, kebergantungan pada ubat-ubatan GERD dapat dikurangkan hanya selepas 3 minggu. Selepas minggu kesepuluh, pesakit tidak lagi merasa sebarang gejala GERD dan tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan.

Keadaan ini berlaku kerana mengikut kajian Saintifik, pecahan Karbohidrat iaitu Disakarida dan Oligosakarida sebenarnya menyebabkan kenaikan insiden refluk. Keregangan Sfinkter Esofagus bahagian bawah akan lebih kerap berlaku dan pengambilan gula iaitu salah satu daripada agen keradangan pula akan menyebabkan Hormon Gastrin dirembeskan dengan lebih banyak lalu penghasilan Asid Gastrik berlaku dengan kadar yang lebih cepat dalam suatu masa.

GERD yang tidak dirawat boleh membawa kepada keradangan Esofagus, ketegangan dan suatu keadaan yang dikenali sebagai Esofagus Barrett dimana sel-sel lapisan Esofagus dirosakkan oleh Asid perut seterusnya boleh memyebabkan kanser Esofagus dalam tempoh kurang dari setahun.

Oleh itu, dengan mengamalkan diet yang Rendah-Karbo dan Tinggi Lemak, anda sebenarnya dapat mengawal insiden refluk, keregangan Sfinkter Esofagus dan penghasilan Asid Gastrik dimana ketiga-tiga entiti ini merupakan punca utama berlakunya GERD.

Anda sakit kepala biasa atau “MIGRAIN”?

Migrain merupakan sejenis sakit kepala melampau yang tidak asing lagi kita dengar. Antara gejala utama semasa menghidapi Migrain adalah loya, muntah dan penglihatan yang sensitif terhadap cahaya. Gejala ini boleh memakan masa beberapa hari untuk pulih.

Setiap individu memberi simptom yang berbeza namun ia boleh dikategorikan kepada beberapa fasa:

Prodrome– Fasa ini berlaku beberapa hari sebelum serangan sakit kepala berlaku. Biasanya pesakit sendiri akan mengalami beberapa simptom pada diri sendiri:

  • Keletihan
  • Sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau
  • Perubahan emosi
  • Perubahan pola tidur
  • Lebih dahaga dan kerap buang air kecil
  • Sembelit dan cirit-birit

AuraFasa kedua ini sering berlaku sebelum atau semasa sakit kepala menyerang pesakit. Fasa ini mempunyai dua kumpulan pesakit:

  • Migrain tanpa Aura
  • Migrain bersama Aura – fasa ini berkaitan dengan simptom gangguan seperti Visual, Pergerakan, Deria sentuhan dan Percakapan. Contohnya,
    • Visual: Gangguan yang paling kerap berlaku dimana penglihatan pesakit akan menjadi kabur, berbintik atau berombak.
    • Pergerakan (Motor): Kesukaran bercakap dimana percakapan pesakit menjadi tidak jelas (Dysarthria), kegagalan berdiri tegak kerana tidak stabil (Ataxia), kegagalan menggerakkan bebola mata (Ophthalmoplegia) atau lemah sebahagian daripada tubuh (Hemiparesis)
    • Daya Sentuhan (Somatosensory): Sentuhan kebas pada bahagian jari merebak ke muka (Paresthesia)

Percakapan: Kegagalan untuk bertutur dengan jelas, sukar memahami percakapan orang lain (Dysphasia) atau tidak boleh menyusun ayat pertuturan dengan betul (Paraphasia)

  • Serangan (Attack) – 60% serangan Migrain adalah melibatkan hanya sebahagian kepala sahaja. Selebihnya melibatkan dua bahagian atau keseluruhan bahagian kepala. Pesakit lebih sensitif terhadap cahaya, bau, bunyi dan sentuhan serta saraf kepala yang terlibat akan berdenyut. Dalam kes yang lebih serius, pesakit akan berasa mual, muntah, pitam dan hilang sedar. Gejala ini boleh berlarutan sehingga 72 jam jika tidak dirawat. Sepanjang tempoh ini, sebarang stimuli akan menyebabkan kesakitan terhadap pesakit dan ia dikenali sebagai (Allodynia); contohnya pesakit akan berasa sakit ketika menyikat rambut atau bercukur.
  • Post-dromeselepas fasa Serangan, pesakit akan kehilangan tenaga dan berasa letih. Ada segelintir yang akan merasa lebih ceria dan gembira (Elated) selepas pulih. Antara gejala lain yang kerap berlaku dalam tempoh 24 jam adalah kekeliruan, sakit sendi dan kurang selera makan.

Saban tahun, para saintis berpendapat bahawa salah satu punca Migrain adalah perubahan pada peredaran darah otak manusia. Selain itu, sel saraf yang aktif turut menjadi punca. Sel saraf yang terlalu aktif mengirimkan isyarat telah merangsang saraf Trigeminal yang memberi sensasi pada bahagian kepala dan wajah. Hal ini menyebabkan tubuh melepaskan lebih banyak bahan kimia seperti Serotonin dan Peptida yang berkaitan dengan Gen Calcitonin (CGRP). CGRP akan menjadikan salur darah pada otak membengkak seterusnya Neurotransmitter akan menyebabkan keradangan dan kesan kesakitan.

Beliau mengaplikasikan kajian ini terutamanya ketika kedatangan haid kerana mengikut kajiannya, apabila hormon Estrogen berkurang dalam badan, aras Glukosa akan meningkat. Ketika ini, 80% dari kajiannya membuktikan seseorang lebih cenderung mengidap Migrain ketika aras Glukosa tinggi dalam darah. Oleh itu, beliau menyarankan pengambilan pil Ketone ketika kedatangan haid disamping menghentikan pengambilan gula (Glukosa) dalam pemakanan.

Pil Ketone ini akan merangsang proses Ketosis dalam badan pesakit dimana ia dapat mengelakkan pesakit dari terkena serangan Migrain disamping membakar lemak badan.

Masalah Darah tinggi atau hipertensi

(I) Gejala/ Komplikasi utama –

  • Mata – Retinopati Hipertensi: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Hal ini menyebabkan berlaku gangguan pada Retina dan penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
  • Jantung – Infarksi Miokardium (Serangan Jantung), Kardiomiopati Hipertensi (Kegaglan Jantung)
  • Otak – Serebrovaskular (Serangan Angin Ahmar), Ensefalopati Hipertensi (Mual, Pening, Keliru)
  • Darah – Aras gula meningkat, Diabetes Mellitus
  • Buah Pinggang – Nefropati Hipertensi (Kegagalan Sistem Ginjal)
  • Sindrom Metabolik (sekumpulan gangguan kesihatan yang terjadi secara serentak. Gangguan ini meliputi peningkatan Tekanan Darah, Obesiti, kenaikan kadar Gula dalam darah (Diabetes Mellitus), Kolesterol, dan Trigliserida)

(II) Gejala sampingan – sesak dada, sakit kepala dan tengkuk, pandangan kabur, sukar bernafas, dan berdebar-debar.

  • Etnik/ kaum: Bangsa Afrika-Amerika, Amerika-India/ Alaska natif, Asia atau natif Hawai dan kepulauan Pacific mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit Hipertensi berbanding kaum atau bangsa lain.
  • Kekurangan aktiviti fizikal: Aktiviti seharian yang tidak aktif menyebabkan kadar denyutan jantung yang lebih tinggi dan hal ini mengakitbatkan jantung bekerja dengan lebih keras dan memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah dan tekanan darah yang terlibat.
  • Pemakanan yang tinggi kandungan gula, garam, kolesterol, dan makanan yang diproses
  • Makan makanan yang rendah kandungan potasium: Terlalu rendah potasium dalam darah menyebabkan kandungan sodium meningkat dan hal ini memberi kesan tekanan darah yang tinggi.
  • Sejarah keluarga: Tekanan darah tinggi merupakan penyakit keturunan dimana seseorang individu akan lebih cenderung untuk menghidapi Hipertensi jika ada antara ibubapanya yang mengidap Hipertensi.
  • Merokok dan Ketagihan Arak: Rokok mengandungi tembakau yang bertindak menaikkan tekanan darah dan bahan kimia di dalam rokok tersebut boleh merosakkan lapisan di saluran darah seterusnya menyebabkan saluran menjadi sempit dan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung.

Masalah Buah Pinggang Kronik

Buah pinggang atau Ginjal merupakan sepasang organ yang amat penting dalam tubuh badan manusia bagi menapis dan membolehkan badan membuang sisa yang tidak diperlukan oleh badan disamping mengawal tahap cecair yang optimum dalam badan. Ia sekaligus dapat mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon yang penting bagi kesihatan tulang manusia.

Setiap proses kerosakan ini berlaku secara perlahan-lahan dalam keadaan kita tidak sedar, bukan seperti serangan Jantung yang berlaku secara tiba-tiba pesakit merasa sakit dada. Ia kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom sehinggakan apabila ia mencapai tahap kerosakan tisu Buah Pinggang sebanyak 50-70%. Oleh itu, pemeriksaan Buah Pinggang secara berkala amatlah penting.

PUNCA UTAMA PENYAKIT

FAKTA KOLESTROL YANG SALAH

PROTOKOL KENCING MANIS

Para Nefrologi mengklasifikasikan penyakit ini kepada 5 tahap bergantung kepada keupayaan fungsi Buah Pinggang sendiri yang diukur melalui tahap Creatininedalam darah. Tahap yang mengalami paling banyak kerosakan merupakan Tahap-5 manakala Tahap-1 adalah yang paling sikit mengalami kerosakan. Para pesakit Tahap-5 perlu mempersiapkan diri bagi keperluan kepada menjalani Dialisis (suatu proses yang dilakukan dengan menggunakan mesin Dialisis bagi menjalankan fungsi seperti ginjal manusia yang sihat)atau Pemindahan Organ supaya fungsi tubuh dapat kembali normal.