Masalah Penyakit Autoimmune

Masalah Penyakit Autoimmune

penyakit-autoimmune-min
Lain lain.. / Penyakit Autoimmune / Penyakit Kronik

Masalah Penyakit Autoimmune

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik Auto-imun dimana badan pesakit akan menghasilkan Protein darah dengan banyak. Protein darah ini dipanggil Antibodi dan ia dengan sendirinya akan menghasilkan tindak balas terhadap tisu badan individu. Faktor penyakit ini melibatkan genetik individu dan persekitaran akan tetapi punca sebenar SLE masih belum dapat dikenalpasti. Mengikut kajian, tahap keagresifan penyakit ini serta penyakit Auto-imun yang lain dipercayai berkait rapat dengan pemakanan, pengambilan sebarang ubat-ubatan sampingan dan tahap tekanan (stress) individu.

Statistik Autoimmune di Malaysia

Di Malaysia, statistik anggaran lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) percaya sebenarnya terdapat ada ramai lagi pengidap penyakit SLE yang belum disahkan.

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Jenis-jenis Lupus

1. Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain

2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Gejala SLE

Gejala-gejala SLE adalah berpandukan organ-organ dalam badan kerana satu sel antibodi yang terhasil sebenarnya berpotensi menyerang mana-mana sahaja organ dalam badan. Antara gejalanya ialah:

  • Malar rash: ruam yang menyerupai bentuk kupu-kupu berwarna merah pada bahagian pipi pesakit 
  • Discoid rash: ruam merah yang selalunya didapati di bahagian siku dan sendi
  • Photosensitivity’: ketidak-upayaan melihat cahaya atau berada dalam bilik yang terang
  • Pericarditis’: keradangan bahagian luar jantung
  • Pleuritis’: keradangan bahagian luar paru-paru
  • Proteinuria’: Protein dalam air kencing 
  • Ulser mulut yang selalunya tidak sakit
  • Keradangan sendi: selalunya melebihi dua sendi dan bersertakan bengkak dan sakit
  • Sawan
  • Platelet kurang dalam darah
  • Masalah sistem imun
  • Positif Antibodi Anti-Nuklear
  • Psikosis
  • Sel Darah Merah dan Putih berkurang dalam darah

*Tidak semua gejala ini akan dialami oleh setiap pesakit lupus. Kebanyakan kes hanya satu atau dua sahaja gejala yang dimanifestasikan pada suatu masa.

Rawatan SLE

Sehingga kini, penyakit SLE tidak mempunyai sebarang penawar yang khusus. Ubat-ubatan yang diberikan para doktor adalah hanya untuk mengawal gejala-gejala yang berlaku supaya tidak bertambah teruk.

Ubat yang sering kali menjadi pilihan utama bagi masalah lupus ini ialah ‘Ibuprofen’ dimana ubat ini dapat membantu merawat demam, kesakitan, keradangan serta bengkak. Ubat jenis ini akan diberikan berdasarkan tahap gejala yang dialami pesakit. 

 

Rawatan yang diberikan haruslah diambil atas nasihat dan arahan doktor sahaja kerana ubat-ubatan ini mempunyai dos yang tertentu bagi individu yang berlainan. Selain itu, doktor akan membincangkan risiko serius yang bakal dihadapi berikutan pengambilan ubat-ubatan berkenaan.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Kesan Diet Ketogenik terhadap SLE?

  1. Pengurangan Berat Badan

Berat badan memainkan peranan penting dalam tindak balas setiap penyakit yang menyerang individu. Berat badan yang berlebihan akan memberi kesan keradangan yang meluas dan kawalan keradangan yang rumit. Oleh itu, para doktor mengesyorkan penurunan berat badan dalam setiap penyakit jika pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan. Hal ini penting untuk mengawal keradangan dan mengatasi banyak aspek penyakit Lupus terutamanya, yang berkaitan dengan sistem dalam badan seperti tahap tenaga dan kesakitan yang rendah. Diet ber-Glisemik Rendah atau Diet Rendah Kalori (seperti Diet Ketogenik) telah terbukti berkesan dalam mengurangkan keletihan.

  1. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Lipid seperti Trigliserida dan Kolesterol secara meluas dianggap sebagai faktor risiko Penyakit Jantung. Bagi mengurangkan faktor risiko Penyakit Kardiovaskular, Diet Ketogenik berpotensi memberi kesan yang signifikan terutamanya dalam menurunkan kadar Trigliserida. Walaupun Kolesterol tidak meningkat sebagai tindak balas langsung dari pengambilan makanan, makanan yang diproses sebenarnya meningkatkan kadar Trigliserida dalam badan di samping gula, dan karbohidrat berkanji. Manfaat kesihatan jantung Keto sangat baik untuk Lupus kerana penyakit ini boleh mempengaruhi kesihatan jantung dalam jangka masa yang panjang. 

  1. Mengurangkan Keradangan

Mengamalkan gaya hidup Keto juga dapat mengurangi keradangan pada tubuh yang mempengaruhi ketahanan diri pesakit. Pada masa yang sama, pengambilan makanan Keto dapat membantu meningkatkan Glutathione, iaitu “ibu kepada semua Antioksidan”, yang berfungsi melawan kerosakan Oksidatif dalam sel dan dapat membantu membalikkan Suar Autoimun.

  1. Meningkatkan Kesihatan Usus

Diet yang menangani penyakit Lupus perlu fokus pada kesihatan Mikrobioma, kerana ketidakseimbangan bakteria adalah pencetus utama dalam penyebaran sel SLE. Pemakanan dalam Diet Ketogenik dapat mengurangkan pengambilan bahan yang dapat memicu masalah usus, seperti biji-bijian, makanan berkarbohidrat tinggi, kekacang dan gula. 

Dalam Diet Ketogenik, pengambilan daging organik dan kaldu tulang yang mengandungi banyak Kolagen adalah digalakkan. Kolagen membantu menyembuhkan dan memulihkan tisu usus, termasuk lapisan mukosa dinding usus, berkat kehadiran Glisin Asid Amino.

Kebanyakan pakar Autoimun mencadangkan Diet Ketogenik sebagai Diet yang ideal kepada para pesakit Autoimun kerana ia mengutamakan pengambilan makanan sihat dan nutrient yang bersifat anti-keradangan. 

Ia dapat menyokong kesihatan usus kerana keadaan usus bocor dan gangguan mikrobioma lain sering menjadi penyebab penyakit Autoimun seseorang individu semakin teruk.  

Video Kursus Ketogenik Diet

Diet Ketogenik mungkin kelihatan berbeza bagi sesetengah individu, namun ia bergantung kepada bagaimana pendekatan yang diamalkan. Diet Ketogenik bagi pesakit Lupus mestilah merangkumi keseluruhan makanan yang berkaitan dengan manfaat kesihatan anti-keradangan; ia termasuklah: 

  • Sayur segar
  • Buah-buahan segar
  • Salmon liar
  • Daging yang diberi makan rumput
  • Kacang dan biji

Catatan: Tetap ada sebilangan kajian menggunakan haiwan makmal yang menunjukkan bahawa Diet Tinggi Lemak seperti Diet Ketogenik adalah tidak sesuai bagi penyakit Lupus dimana ia meningkatkan faktor risiko gangguan metabolik dan penyakit jantung seterusnya menjadi penyebab utama kematian bagi mereka yang menderita Lupus. Namun begitu, terdapat juga banyak kajian lain menunjukkan bahawa Diet Ketogenik sebenarnya dapat mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan masalah metabolik dan jantung. 

Oleh itu, rujuklah doktor anda sebelum memulakan rancangan Diet yang baharu. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan anda bagi menentukan sama ada Diet Ketogenik mempunyai kesan jangka masa panjang yang benar terhadap kesihatan dan autoimun anda secara keseluruhan bergantung kepada tahap dan jenis keradangan yang anda hadapi. 

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.
Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun