Penyakit Tua, Penyakit “ALZHEIMER”

Penyakit Alzheimer adalah sebuah penyakit Neurodegeneratif yang kronik. Ia kebiasaannya berlaku pada golongan yang peringkat umurnya 75-tahun keatas. Kesukaran untuk mengingati sebarang kejadian yang baru sahaja berlaku merupakan antara gejala utama penyakit Alzheimer.

Terdapat banyak teori faktor penyakit ini. Antaranya adalah ia dipercayai diwarisi daripada ibubapa dan keluarga terdekat. Kecederaan pada mana-mana bahagian kepala pesakit turut menjadi faktor selain Depresi dan Hipertensi.

 

Antara cara rawatannya pula, para doktor di hospital akan menyarankan pengambilan ubat-ubatan seperti Donepezil, Rivastigmine, Galantamine dan Memantine. Ubat-ubatan ini berfungsi untuk menggalakkan perhubungan semula antara Neuron-neuron yang telah mengecut di dalam sel otak. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan ini hanyalah bertujuan untuk mengawal gajala dan komplikasi penyakit ini buat sementara waktu. Sehingga kini, masih tiada lagi ubat-ubatan khas bagi merawat penyakit Alzheimer.

 

Tahukah anda, otak manusia lebih gemar menggunakan Ketone sebagai sumber tenaga berbanding dengan Glukosa? Hal ini kerana Ketone memberi kesan tenaga tambahan terhadap bahagian-bahagian otak manusia yang lain seperti di Lobus Temporalis dan Lobus Parietalis.

Antara kesan penggunaan Ketone sebagai sumber tenaga otak adalah:

  1. Membekalkan lebih banyak tenaga (Glikolisis menghasilkan 8 ATP manakala Ketosis menghasilkan 22 ATP)
  2. Meningkatkan kadar pertumbuhan saraf baharu
  3. Menyihatkan dan membersihkan saraf sedia ada
  4. Menguatkan isyarat antara satu sinaps Neuron dan sinaps Neuron yang lain
  5. Mengurangkan keradangan otak
  6. Menstabilkan hubungan otak dengan saraf manusia

Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa Diet Ketogenik boleh mengurangkan kekerapan dan komplikasi sawan pada kanak-kanak. Sebagai contoh, Diet Ketogenik ini sendiri digunapakai sebagai salah satu rawatan penyakit Epilepsi yang dikategorikan sebagai sawan dimana ia dapat memberi kesan penenang dan antikonvulsan.

 

Perkara yang sama berlaku kepada para pesakit Alzheimer. Diet Ketogenik telah terbukti dapat melindungi Neuron daripada kematian sewaktu perkembangan penyakit Alzheimer. Dalam penyakit ini, kematian dan pengecutan Neuron akan menyebabkan otak pesakit mengecut (atrofi) seterusnya menjadi lopong. Hal ini adalah punca berlakunya kehilangan ingatan.

Mengikut kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Dr. Stephen Cunnane, dari Sherbrooke University, Quebec; dalam penyakit Alzheimer, pada peringkat awal, otak pesakit akan kehilangan kemampuan untuk menggunakan Glukosa sebagai sumber tenaga akibat kebiasaan dan penuaan. Oleh itu, dengan menggantikan Ketone sebagai sumber tenaga, ia dapat merangsang penghasilan tenaga baharu. Ia dapat melewatkan pengecutan Neuron yang berlaku akibat penuaan.

Sejenis Proteinyang terdapat dalam sel Mitochondriaiaitu Sirtuin-3 @ SIRT-3 (NAD-DependentDeacetylaseSirtuin-3) yang berfungsi untuk mengekalkan fungsi mitochondria akan dapat memberi kesan yang dengan lebih baik dalam melindungi dan mengelakkan kemerosotan fungsi Neuron dalam jangka masa yang lebih panjang kerana sumber tenaga yang dibekalkan Ketone adalah lebih banyak berbanding Glukosa.

 

Apa itu “GOUT”?

Gout adalah sejenis sakit sendi atau arthritis dimana berlaku pembengkakan, keradangan dan kemerahan pada sendi terutamanya pada bahagian kaki dan akan memberi kesan sakit, tidak selesa untuk bergerak dan gejala ini boleh berterusan hingga berminggu-minggu. 

Jika ia dibiarkan tanpa rawatan, Gout berpotensi untuk menyerang bahagian-bahagian lain dalam badan seperti urat dan saraf. Gout boleh menyebabkan pesakit tidak boleh bergerak dan mengalami sakit yang melampau ketika melakukan sebarang pergerakan dan sentuhan pada bahagian berkaitan.

Punca utamanya adalah pengumpulan Asid Urik pada bahagian sendi atau pada urat dan darah. Asid Urik merupakan pecahan kepada Purin yang berasal daripada pemakanan daging merah, organ dalaman dan makanan laut. Selain itu, minuman yang beralkohol dan makanan yang dimasak dengan Fruktosa yang tinggi turut menyumbang kepada pengumpulan Asid Urik dalam badan.

Dalam keadaan normal, Asid Urik ini akan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing akan tetapi, jika kuantitinya tinggi dalam darah, ia akan terkumpul dan membentuk kristal yang tajam yang akan memberi rasa sakit, bengkak dan keradangan.

Penyakit ini pada asalnya sering melibatkan golongan Obes dan para pesakit Sindrom Metabolik namun saban tahun, akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, jumlah pesakit Gout telah meningkat tidak kira dalam kalangan warga emas mahupun dewasa dan remaja.

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa punca Gout sebenarnya bukan daripada jumlah Asid Urik dalam badan, malah ia sebenarnya disebabkan oleh kadar gula dalam darah dan pengambilan Karbohidrat yang tidak terkawal. Hal ini meningkatkan bacaan Insulin dalam darah.

Bacaan Insulin yang tinggi telah terbukti meningkatkan aras Asid Urik dalam darah kerana ia mengurangkan perkumuhan dan pembuangan Asid Urik melalui Buah Pinggang.

Peningkatan kes penyakit Gout sebenarnya meningkat sejak abad ke-18 apabila Eropah mula memasarkan gula secara besar-besaran.  

Terdapat juga banyak kajian yang menunjukkan aras Asid Urik akan meningkat dengan peningkatan pengambilan Fruktosa – antara pecahan Glukosa, disamping penghasilannya sendiri oleh organ Hati.

Fruktosa adalah pecahan gula yang terkandung dalam buah-buahan dan madu. Sejenis gula yang sering diguna pakai iaitu High-Fructose Corn Syrup (HFCS) mengandungi 55% Fruktosa dan kandungan selebihnya merupakan Glukosa dan air.

Apabila Fruktosa dipecahkan oleh badan, ia membebaskan Purin iaitu sebahagian daripada Asid Urik.  Hal ini menyebabkan pengumpulan Purin dalam kadar yang tinggi dalam salur darah.

Sebuah kajian telah dijalankan oleh National Health Interview Survey (NHIS) pada tahun 2012 dengan menggunakan rekod pada tahun 1970-1996. Hasil kajiannya, peningkatan dalam pengambilan High-Fructose Corn Syrup (HFCS) memberi kesan selari dengan peningkatan kes Gout.

Terdapat juga banyak kajian mengenai kesan Diet Ketogenik atau Diet Rendah-Karbohidrat keatas pesakit Gout. Hasilnya, tiada perubahan yang ketara selepas 3 bulan Diet dijalankan namun sejurus selepas 6-12 bulan, terdapat perubahan yang amat ketara pada aras Asid Urik dalam darah pesakit. Untuk jangka masa yang panjang, ia telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit Gout.

Almost all of my patients who are successful on low-carb diets eventually become gout-free and have low uric acid levels...

  1. Hentikan pengambilan gula-sebarangpecahan Glukosa seperti Sukrosa dan Fruktosa mestilah dielakkan.
  2. Hadkan pengambilan Karbohidrat– Karbohidrat akan terurai kepada Glukosa di dalam badan manusia.
  3. Minum banyak air– Pastikan badan anda sentiasa terhidrasi.
  4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol– Kajian menunjukkan Alkohol boleh meningkatkan aras Asid Urik dalam darah.
  5. Ambil produk tenusu bagi mendapatkan sumber Protein– Produk tenusu mengandungi Protein yang boleh memberi kesan perlindungan terhadap Gout. Kurangkan pengambilan daging, ayam dan ikan.
  6. Kekalkan berat badan dan gaya hidup yang sihat– Kawal pemakanan dan pastikan anda bersenam setiap hari supaya berat badan dan metabolisma anda berada pada tahap yang optimum.

MASALAH JERAWAT

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kajian yang membuktikan Karbohidrat menjadi punca berlakunya masalah Jerawat.

Ia disebabkan oleh kandungan Karbohidrat sendiri yang merupakan perangsang kepada penghasilan minyak (sebum) pada permukaan kulit.

Sebum ini pada asalnya berfungsi sebagai pelembap kulit yang sentiasa diperbaharui, akan tetapi rangsangan yang terlalu kerap akibat pemakanan Karbohidrat dan Produk tenusu seperti nasi, Tepung Gandum, susu, coklat dan keju, kadar penghasilannya sebum kian bertambah dan menyebabkan berlakunya keradangan (inflammation).

  • Antara kesan Karbohidrat yang tinggi:

    1. Meningkatkan aras hormon Insulin dalam badan dimana ia akan merangsang rembesan lebih banyak sebum, sel kulit dan hormon Androgen. Dengan ini, jerawat baharu akan muncul.
    2. Karbohidrat yang tinggi boleh memberi kesan keradangan- ia berlaku dengan kenaikan aras gula dalam darah. Hal ini kerana unit kecil kepada Karbohidrat dalam badan manusia merupakan Glukosa (gula).
    3. Insulin dan Karbohidrat akan menyebabkan perembesan Insulin Growth Factor-1 (IGF-1) dimana ia boleh meningkatkan penghasilan sebum.

Makanan yang baik bagi rawatan masalah Jerawat:

Sayur-sayuran rendah Karbohidrat 

iaitu sayuran hijau kerana ia dapat mengawal kadar perembesan hormon seks manusia yang menyebabkan pertumbuhan jerawat seperti hormon Androgen. Seorang pengkaji Dermatologi, Bodo Melnik yang berasal daripada USA telah menjalankan kajian dan beliau medapati Paleo Diet yang kaya dengan sayur-sayuran semulajadi bertindak sebagai agen anti-jerawat yang paling berkesan. Contohnya, Sayur bayam, Brokoli dan Teh Hijau.

Lemak ikan yang mengandungi Omega-3

kajian menunjukkan bahawa Omega-3 telah terbukti mengandungi agen anti-keradangan yang membolehkan ia merawat parut dan kesan jerawat dengan berkesan. Contohnya, Ikan Salmon, Ikan Macherel dan Ikan Sardin.