COPD : Penyakit Kronik Sistem Pernafasan

COPD : Penyakit Kronik Sistem Pernafasan

copd-min
komplikasi penyakit / Lain lain.. / Penyakit Kronik / Sistem Pernafasan

COPD : Penyakit Kronik Sistem Pernafasan

Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) merupakan sekumpulan penyakit yang melibatkan rongga pernafasan dimana berlakunya penyekatan Pulmonari (Paru-paru) secara Kronik (berpanjangan). Di Malaysia, kira-kira sebanyak 500,000 rakyat Malaysia kini mengidap penyakit ini dan pada peringkat dunia, sebanyak lebih 64 Juta orang dan 3 Juta pesakit telah meninggal dunia akibat COPD. 

Merujuk kepada rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2020, COPD menduduki tempat ke-5 dari segi beban penyakit manakala berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COPD dianggarkan akan menjadi punca kematian ketiga paling utama di seluruh dunia menjelang tahun 2030.

Apa Itu COPD?

Penyakit yang seringkali dikaitkan dengan COPD adalah Emfisema dan Bronkitis Kronik.

Emfisema merupakan penyakit dimana berlakunya kerosakan pada Alveoli dan ia memberi kesan pernafasan yang pendek, sulit dan keadaan sesak untuk bernafas. Alveoli pesakit akan mengecut dan membentuk kantung kosong yang besar dimana ia mengganggu peraliran udara yang keluar daripada paru-paru. 

Bronkitis Kronik pula akan menyebabkan berlakunya keradangan dan saluran pernafasan akan menyempit seterusnya membentuk lendir yang melekat pada dinding bahagian dalam saluran tersebut. 

Gejala COPD

COPD akan menyukarkan pesakit bernafas. Pada awalnya, gejala COPD bermula dengan batuk yang sebentar sahaja; namun tetap ada kes dimana ia berterusan sehinggakan pesakit akan mengalami sesak nafas dan prestasi pernafasan pesakit kian merosot. 

Gejala awal: Pada mulanya, gejala COPD adalah agak ringan. Bahkan ada pesakit yang telah tersalah anggap bahawa ia merupakan hanya Selesema biasa. 

1. Antara gejala peringkat awal COPD adalah:

  • Sesak nafas terutamanya selepas bersenam
  • Batuk ringan dan berulang
  • Kerap berkumuh untuk melegakan tekak akibat ketidakselesaan.

 

2. Gejala peringkat pertengahan COPD:

  • Sesak nafas walaupun hanya selepas melakukan senaman ringan dan rutin harian seperti menaiki tangga
  • Mudah termengah-mengah– sejenis pernafasan yang kencang dan menyebabkan pesakit tercungap-cungap
  • Sesak dada
  • Batuk kronik- dengan atau tanpa kahak (mucus)
  • Kurang bertenaga
  • Selesema atau jangkitan pernafasan yang terlalu kerap.
 

3. Gejala peringkat akhir COPD:

  • Keletihan
  • Bengkak kaki, pergelangan kaki atau keseluruhan kaki
  • Pengurangan berat badan yang drastik
  • Setiap gejala adalah lebih cenderung untuk merosot jika pesakit merupakan seorang perokok atau kerap terdedah pada asap rokok.

Dengar Rakaman Borak Santai bersama Dr Jue

Dengarkan rakaman borak santai Dr Jue yang membincangkan tentang kesihatan dan menjawab pertanyaan yang sering bermain di fikiran kita. Anda boleh dengar sambil melakukan kerja atau aktiviti lain dan juga boleh akses dimana sahaja!

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap episod rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!

Faktor Risiko COPD

  1. Merokok – Kebanyakan pesakit berada dalam lingkungan umur 40-60 tahun dan menurut statistik pesakit COPD, mereka sekurang-kurangnya mempunyai sejarah merokok. Semakin lama dan semakin banyak produk tembakau yang diambil, semakin besar risiko COPD seseorang individu. 
  2. Pesakit Asma – Para pengidap Asma turut berisiko terhadap COPD terutamanya jika sering terdedah kepada asap rokok dan asap cerut. 
  3. Bahan Kimia dan asap di tempat kerja – Pendedahan dalam jangka masa panjang terhadap pencemaran udara ini boleh menyebabkan COPD
  4. Kecenderungan genetik – terdapat kajian yang membuktikan bahawa 5% daripada pesakit COPD mempunyai persamaan dalam kekurangan sejenis Protein iaitu Alpha-1-Antitrypsin. Kekurangan ini menyebabkan prestasi pengudaraan paru-paru pesakit merosot dan mempengaruhi fungsi Hati.  

Diagnosis COPD

Diagnosis COPD adalah berdasarkan gejala, ujian fizikal dan hasil ujian diagnostik yang dijalankan terhadap pesakit. 

Ketika anda berjumpa dengan doktor, doktor akan mengenalpasti beberapa perkara berkaitan kecenderungan anda terhadap penyakit COPD.

  • Anda seorang perokok atau pernah merokok pada masa lalu
  • Anda kerap terdedah kepada asap rokok
  • Anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit COPD
  • Anda terdedah kepada perengsa paru-paru semasa di tempat kerja
  • Anda pengidap Asma atau mana-mana masalah pernafasan yang lain
  • Anda ada mengambil ubat-ubatan sampingan yang berkaitan dengan rongga pernafasan
 

Selepas itu, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan doktor akan menggunakan Stetoskop untuk mendengar paru-paru anda semasa bernafas. Berdasarkan semua maklumat ini, doktor anda mungkin mencadangkan beberapa ujian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas:

 

  1. Spirometry sebuah ujian yang tidak invasif untuk menilai fungsi paru-paru. Semasa ujian, anda akan menarik nafas yang panjang dan kemudian menghembus tiub yang dihubungkan ke Spirometer.
  2. Ujian pencitraan, seperti sinar – X pada bahagian dada atau imbasan CT. Gambar-gambar ini dapat memberikan gambaran terperinci mengenai keadaan dalaman paru-paru, saluran darah, dan jantung anda.
  3. Ujian Gas Darah Arteri – Ini melibatkan pengambilan sampel darah dari arteri untuk mengukur aras Oksigen, Karbon Dioksida dan beberapa entity penting lain dalam darah anda.
 

*Setiap ujian ini dapat membantu menentukan sama ada anda mempunyai COPD atau masalah pernafasan lain seperti Asma, Penyakit Paru-Paru yang menyekat, atau Kegagalan Jantung.

 

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Rawatan COPD

Rawatan bagi COPD adalah dengan menggunakan Inhaler. Penggunaan Inhaler adalah penting bagi menghalang keradangan daripada terus berlaku. Sehingga kini, masih tidak ada lagi penawar bagi COPD akan tetapi, inisiatif awal yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Walaupun pesakit telah berada di peringkat akhir gejala COPD, dengan berhenti merokok, pesakit boleh mengurangkan kadar fungsi paru-paru kerana secara fisiologi, setiap fungsi paru-paru manusia akan merosot bersama umur akan tetapi jika anda merupakan seorang perokok, kadar paru-paru merosot anda adalah berkali-ganda berbanding dengan individu yang tidak merokok.   

Cadangan Diet Bagi Pesakit COPD

Tidak ada diet khusus bagi COPD akan tetapi, sebarang diet yang sihat adalah amat penting untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhan. Anda akan dapat mencegah komplikasi dan masalah kesihatan yang lain jika Sistem Imun badan anda berfungsi pada tahap yang optimum. 

 

  1. Pemakanan: Pemakanan yang sihat haruslah diamalkan bagi mengekalkan Sistem Imun yang berkesan. Pengambilan Sayur-sayuran, buah-buahan, Protein dan Tenusu amatlah penting bagi membekalkan jumlah mineral yang diperlukan oleh badan. 

 

  1. Minuman: Minum sekurang-kurangnya 1.5 – 2 Liter sehari (bergantung kepada BMI anda). Hal ini penting supaya lender pada permukaan saluran pernafasan pesakit dapat menipiskan bagi tujuan penyingkiran.
  2. Minuman berkafein pula boleh mengganggu keberkesanan ubat-ubatan yang anda ambil. Jika anda mengalami masalah jantung, sila dapatkan nasihat doktor anda mengenai pengambilan minuman berkafein dalam diet seharian anda. 
  3. Pengurusan berat badan: Paru-paru dan jantung anda perlu berkerja lebih keras jika berat badan anda berlebihan. Perut yang besar juga akan menyukarkan pergerakan paru-paru untuk mengembang dalam proses pernafasan. 

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun