Blog

REFLUKS ASID ataupun masalah GERD

masalah-gerd-min
Masalah Usus / Penyakit Kronik

REFLUKS ASID ataupun masalah GERD

Penyakit Refluks Asid atau juga dikenali sebagai Gastro-Esophageal Reflux Disease (GERD) merupakan sebuah penyakit kronik pada sistem pencernaan manusia. Ia berlaku apabila sel parietal pada permukaan dalam perut merembeskan terlalu banyak Asid Gastrik dalam satu masa.

Antara gejalanya adalah:

  1. Muntah-muntah termasuk ketika sedang tidur
  2. Loya
  3. Rasa perit/ masam di tekak
  4. Pedih ulu hati
  5. Sakit/ ketidakselesaan pada bahagian abdomen/ sakit dada

Terdapat banyak kajian yang mengkaji kesan pengambilan diet RKTL kepada para pesakit GERD. Contohnya, sebuah kajian yang dijalankan dalam tempoh 16 minggu dimana pesakit hanya mengambil makanan rendah Karbohidrat dan tinggi Lemak. Kesannya, kebergantungan pada ubat-ubatan GERD dapat dikurangkan hanya selepas 3 minggu. Selepas minggu kesepuluh, pesakit tidak lagi merasa sebarang gejala GERD dan tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan.

Keadaan ini berlaku kerana mengikut kajian Saintifik, pecahan Karbohidrat iaitu Disakarida dan Oligosakarida sebenarnya menyebabkan kenaikan insiden refluk. Keregangan Sfinkter Esofagus bahagian bawah akan lebih kerap berlaku dan pengambilan gula iaitu salah satu daripada agen keradangan pula akan menyebabkan Hormon Gastrin dirembeskan dengan lebih banyak lalu penghasilan Asid Gastrik berlaku dengan kadar yang lebih cepat dalam suatu masa.

GERD yang tidak dirawat boleh membawa kepada keradangan Esofagus, ketegangan dan suatu keadaan yang dikenali sebagai Esofagus Barrett dimana sel-sel lapisan Esofagus dirosakkan oleh Asid perut seterusnya boleh memyebabkan kanser Esofagus dalam tempoh kurang dari setahun.

Oleh itu, dengan mengamalkan diet yang Rendah-Karbo dan Tinggi Lemak, anda sebenarnya dapat mengawal insiden refluk, keregangan Sfinkter Esofagus dan penghasilan Asid Gastrik dimana ketiga-tiga entiti ini merupakan punca utama berlakunya GERD.

Comment (1)

  1. umar abdul aziz

    terima kasih djue wellness

Comments are closed.

Video
Resepi
Modul
Akaun