Blog

Apa itu “GOUT”?

gout-min
Penyakit Kronik

Apa itu “GOUT”?

Gout adalah sejenis sakit sendi atau arthritis dimana berlaku pembengkakan, keradangan dan kemerahan pada sendi terutamanya pada bahagian kaki dan akan memberi kesan sakit, tidak selesa untuk bergerak dan gejala ini boleh berterusan hingga berminggu-minggu. 

Jika ia dibiarkan tanpa rawatan, Gout berpotensi untuk menyerang bahagian-bahagian lain dalam badan seperti urat dan saraf. Gout boleh menyebabkan pesakit tidak boleh bergerak dan mengalami sakit yang melampau ketika melakukan sebarang pergerakan dan sentuhan pada bahagian berkaitan.

Apa sebenarnya punca GOUT?

Punca utamanya adalah pengumpulan Asid Urik pada bahagian sendi atau pada urat dan darah. Asid Urik merupakan pecahan kepada Purin yang berasal daripada pemakanan daging merah, organ dalaman dan makanan laut. Selain itu, minuman yang beralkohol dan makanan yang dimasak dengan Fruktosa yang tinggi turut menyumbang kepada pengumpulan Asid Urik dalam badan.

Dalam keadaan normal, Asid Urik ini akan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing akan tetapi, jika kuantitinya tinggi dalam darah, ia akan terkumpul dan membentuk kristal yang tajam yang akan memberi rasa sakit, bengkak dan keradangan.

Penyakit ini pada asalnya sering melibatkan golongan Obes dan para pesakit Sindrom Metabolik namun saban tahun, akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, jumlah pesakit Gout telah meningkat tidak kira dalam kalangan warga emas mahupun dewasa dan remaja.

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa punca Gout sebenarnya bukan daripada jumlah Asid Urik dalam badan, malah ia sebenarnya disebabkan oleh kadar gula dalam darah dan pengambilan Karbohidrat yang tidak terkawal. Hal ini meningkatkan bacaan Insulin dalam darah.

Bacaan Insulin yang tinggi telah terbukti meningkatkan aras Asid Urik dalam darah kerana ia mengurangkan perkumuhan dan pembuangan Asid Urik melalui Buah Pinggang.

Peningkatan kes penyakit Gout sebenarnya meningkat sejak abad ke-18 apabila Eropah mula memasarkan gula secara besar-besaran.  

Fruktosa dan Gout.

Terdapat juga banyak kajian yang menunjukkan aras Asid Urik akan meningkat dengan peningkatan pengambilan Fruktosa – antara pecahan Glukosa, disamping penghasilannya sendiri oleh organ Hati.

Fruktosa adalah pecahan gula yang terkandung dalam buah-buahan dan madu. Sejenis gula yang sering diguna pakai iaitu High-Fructose Corn Syrup (HFCS) mengandungi 55% Fruktosa dan kandungan selebihnya merupakan Glukosa dan air.

Apabila Fruktosa dipecahkan oleh badan, ia membebaskan Purin iaitu sebahagian daripada Asid Urik.  Hal ini menyebabkan pengumpulan Purin dalam kadar yang tinggi dalam salur darah.

Sebuah kajian telah dijalankan oleh National Health Interview Survey (NHIS) pada tahun 2012 dengan menggunakan rekod pada tahun 1970-1996. Hasil kajiannya, peningkatan dalam pengambilan High-Fructose Corn Syrup (HFCS) memberi kesan selari dengan peningkatan kes Gout.

Terdapat juga banyak kajian mengenai kesan Diet Ketogenik atau Diet Rendah-Karbohidrat keatas pesakit Gout. Hasilnya, tiada perubahan yang ketara selepas 3 bulan Diet dijalankan namun sejurus selepas 6-12 bulan, terdapat perubahan yang amat ketara pada aras Asid Urik dalam darah pesakit. Untuk jangka masa yang panjang, ia telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit Gout.

Almost all of my patients who are successful on low-carb diets eventually become gout-free and have low uric acid levels...

Dr. Ted Naiman

Cara nak kawal atau mencegah gout

  1. Hentikan pengambilan gula-sebarangpecahan Glukosa seperti Sukrosa dan Fruktosa mestilah dielakkan.
  2. Hadkan pengambilan Karbohidrat– Karbohidrat akan terurai kepada Glukosa di dalam badan manusia.
  3. Minum banyak air– Pastikan badan anda sentiasa terhidrasi.
  4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol– Kajian menunjukkan Alkohol boleh meningkatkan aras Asid Urik dalam darah.
  5. Ambil produk tenusu bagi mendapatkan sumber Protein– Produk tenusu mengandungi Protein yang boleh memberi kesan perlindungan terhadap Gout. Kurangkan pengambilan daging, ayam dan ikan.
  6. Kekalkan berat badan dan gaya hidup yang sihat– Kawal pemakanan dan pastikan anda bersenam setiap hari supaya berat badan dan metabolisma anda berada pada tahap yang optimum.

LIVE GOUT BERSAMA DR JUE

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun