Blog

Masalah Buah Pinggang Kronik

buah-pinggang-min
Penyakit Kronik

Masalah Buah Pinggang Kronik

Buah pinggang atau Ginjal merupakan sepasang organ yang amat penting dalam tubuh badan manusia bagi menapis dan membolehkan badan membuang sisa yang tidak diperlukan oleh badan disamping mengawal tahap cecair yang optimum dalam badan. Ia sekaligus dapat mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon yang penting bagi kesihatan tulang manusia.

Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik

Mengikut statistik Jumlah Pesakit Buah Pinggang Malaysia 2020, 25% daripada rakyat Malaysia menghidap Penyakit Buah Pinggang Kronik. Antara faktor utama penyakit ini adalah Kencing Manis (Diabetes Mellitus) Jenis-2 dan Tekanan Darah Tinggi. Selain itu, pembentukan batu karang, faktor Genetik dan Polycystic Kidney Disease, dimana dalam keadaan-keadaan ini, Buah Pinggang pesakit penuh dengan sisa yang menolak fungsi Buah Pinggang. Dalam sesetengah keadaan, Buah Pinggang menjadi Imun seperti IgA Nephropathy dimana tubuh menghasilkan antibodi yang tidak normal, ia terperangkap dalam sel-sel kecil Buah Pinggang lalu menyebabkan kerosakan. Selain itu, dalam penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE)dimana antibodi diri sendiri badan menyerang sel-sel lain yang normal dalam badan turut menjadi faktor selain pengambilan ubat-ubatan, dadah, supplemen dan bahan kimia yang mencederakan buah pinggang.

Setiap proses kerosakan ini berlaku secara perlahan-lahan dalam keadaan kita tidak sedar, bukan seperti serangan Jantung yang berlaku secara tiba-tiba pesakit merasa sakit dada. Ia kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom sehinggakan apabila ia mencapai tahap kerosakan tisu Buah Pinggang sebanyak 50-70%. Oleh itu, pemeriksaan Buah Pinggang secara berkala amatlah penting.

Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik

  1. Pesakit Kencing Manis
  2. Pesakit Tekanan Darah Tinggi dan Sakit Jantung
  3. Kolesterol Tinggi dalam darah
  4. Perokok
  5. Berat badan berlebihan / Obesiti
  6. 10% - sejarah keluarga

Apa simptom penyakit buah pinggang kronik?

Simptom bagi penyakit ini adalah tidak spesifik, contohnya kelesuan, perubahan keletihan dan selera makan. Antara simptom yang lebih spesifik adalah seperti mual, muntah, gatal-gatal dan rasa logam dalam mulut. Kadangkala, ada pesakit yang mengalami bengkak kaki, kesukaran bernafas dan perubahan ciri-ciri air kencing.

PUNCA UTAMA PENYAKIT

FAKTA KOLESTROL YANG SALAH

PROTOKOL KENCING MANIS

DIAGNOSIS PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

  • Ujian Darah akan dilakukan doktor kepada pesakit dimana ia akan mengukur keintegritian sel membran Buah Pinggang yang bersifat sebagai penapis. Dalam ujian ini, jumlah Creatinine dalam badan akan dinilai, semakin tinggi jumlah Creatinine dalam badan, semakin berkuranglah fungsi Buah Pinggang untuk menapis.
  • Fungsi penapis Buah Pinggang pula dinilai dengan menjalankan Ujian Air Kencing. Jika terdapat darah atau Protein dalam air kencing, 75% ia menunjukkan kerosakan pada “penapis” Buah Pinggang.
  • Ultrasonografi Buah Pinggangturut dijalankan bagi mengenalpasti mana-mana keadaan asing(abnormal).

Jika setiap “keadaan asing” ini berlangsung selama 3 bulan, ia dikategorikan sebagai keadaan “kronik”.

KLASIFIKASI TAHAP PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Para Nefrologi mengklasifikasikan penyakit ini kepada 5 tahap bergantung kepada keupayaan fungsi Buah Pinggang sendiri yang diukur melalui tahap Creatininedalam darah. Tahap yang mengalami paling banyak kerosakan merupakan Tahap-5 manakala Tahap-1 adalah yang paling sikit mengalami kerosakan. Para pesakit Tahap-5 perlu mempersiapkan diri bagi keperluan kepada menjalani Dialisis (suatu proses yang dilakukan dengan menggunakan mesin Dialisis bagi menjalankan fungsi seperti ginjal manusia yang sihat)atau Pemindahan Organ supaya fungsi tubuh dapat kembali normal.

KOMPLIKASI PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

  • Tekanan Darah
  • Peningkatan bacaan Kolesterol dalam badan
  • Risiko Penyakit Jantung dan Strok
  • Anemia akibat pengumpulan toksin dan sisa tidak sihat
  • Kesihatan tulang yang lemah
  • Pengerasan Salur Darah dan badan membengkak
  • Masalah penghadaman

RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Sebarang pengambilan ubat-ubatan sebenarnya secara patologi boleh merosakkan lagi Buah Pinggang individu. Secara umumnya, ia bergantung kepada keadaan, punca dan kesan terhadap seseorang pesakit Buah Pinggang Kronik.

 

Selain itu, pengamalan Diet ketogenik adalah amat disarankan bagi membantu melambatkan kemerosotan Buah Pinggang. Inti strategi pemakanan utamanya adalah dengan mengehadkan pengambilan Protein dalam makanan kerana Protein yang banyak akan merosakkan lagi Buah Pinggang disamping meminimumkan pengeluaran sisa.

APAKAH YANG BERLAKU JIKA FUNGSI BUAH PINGGANG TERUS BERTAMBAH BURUK?

Apabila Buah Pinggang gagal berfungsi pada tahap yang optimum dalam mengekalkan fungsi tubuh yang sihat (Tahap 4 dan keatas), para Nefrologi akan menasihati untuk memulakan rawatan sokongan buah pinggang. Rawatan ini dikenali sebagai Dialisis. Terdapat 2 kategori Dialisis yang digunakan secara meluas iaitu Hemodialisis dan Dialisis Peritoneal. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan seterusnya pilihan modaliti Dialisis bergantung kepada perbincangan antara pesakit dan doktor.

 

Pilihan terbaik bagi kebanyakan pesakit Kegaglan Buah Pinggang bagaimanapun, adalah untuk mendapatkan Pemindahan Buah Pinggang untuk memulihkan fungsi buah pinggang supaya kembali normal.

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun