Masalah Darah tinggi atau hipertensi

darah-tinggi-min (1)
Penyakit Kronik

Masalah Darah tinggi atau hipertensi

Apa itu Hipertensi atau darah tinggi?

Penyakit Darah Tinggi atau Hipertensi merupakan sebuah simptom kronik yang menunjukkan tekanan darah dalam badan individu meningkat. Bacaan tekanan darah yang normal bagi peringkat umur 18 tahun dan ke atas adalah kurang dari 120 bagi tekanan Sistolik manakala kurang dari 80 bagi tekanan Diastolik (<120/80 mmHg). Jika tekanan darah melebihi 130 bagi tekanan Sistolik dan melebihi 90 bagi tekanan Diastolik (>130/90mmHg), ini menunjukkan bahawa anda mempunyai penyakit Hipertensi.

Gejala dan Simptom

Kebanyakan pesakit mengidap Hipertensi selama bertahun-tahun lamanya tanpa sedar; bahkan tanpa sebarang gejala,

Kerosakan pada pembuluh darah dan jantung boleh berlaku. Kerosakan pada pembuluh darah ini kemudiannya membawa kepada salur darah yang sempit dan mengeras. Hipertensi yang tidak terkawal boleh memberi risiko kepada pelbagai masalah kesihatan seperti Serangan Jantung dan Strok.

(I) Gejala/ Komplikasi utama –

  • Mata – Retinopati Hipertensi: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Hal ini menyebabkan berlaku gangguan pada Retina dan penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
  • Jantung – Infarksi Miokardium (Serangan Jantung), Kardiomiopati Hipertensi (Kegaglan Jantung)
  • Otak – Serebrovaskular (Serangan Angin Ahmar), Ensefalopati Hipertensi (Mual, Pening, Keliru)
  • Darah – Aras gula meningkat, Diabetes Mellitus
  • Buah Pinggang – Nefropati Hipertensi (Kegagalan Sistem Ginjal)
  • Sindrom Metabolik (sekumpulan gangguan kesihatan yang terjadi secara serentak. Gangguan ini meliputi peningkatan Tekanan Darah, Obesiti, kenaikan kadar Gula dalam darah (Diabetes Mellitus), Kolesterol, dan Trigliserida)

(II) Gejala sampingan – sesak dada, sakit kepala dan tengkuk, pandangan kabur, sukar bernafas, dan berdebar-debar.

Faktor risiko Hypertensi

  • Umur: Tekanan darah akan meningkat bersama umur kerana ia mengeras dan semakin sempit disebabkan oleh plak yang tersumbat saban hari.
  • Saiz dan berat badan: Semakin besar atau tinggi berat badan individu, semakin banyak jumlah darah dalam badan maka semakin tinggi tekanan darah.
  • Penyakit yang sedia ada: Masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang, kencing manis dan masalah tidur ‘Sleep Apnea’ juga boleh menaikkan tekanan darah.
  • Jantina: Lelaki lebih berisiko untuk mengidap Hipertensi pada usia muda berbanding wanita.
  • Etnik/ kaum: Bangsa Afrika-Amerika, Amerika-India/ Alaska natif, Asia atau natif Hawai dan kepulauan Pacific mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit Hipertensi berbanding kaum atau bangsa lain.
  • Kekurangan aktiviti fizikal: Aktiviti seharian yang tidak aktif menyebabkan kadar denyutan jantung yang lebih tinggi dan hal ini mengakitbatkan jantung bekerja dengan lebih keras dan memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah dan tekanan darah yang terlibat.
  • Pemakanan yang tinggi kandungan gula, garam, kolesterol, dan makanan yang diproses
  • Makan makanan yang rendah kandungan potasium: Terlalu rendah potasium dalam darah menyebabkan kandungan sodium meningkat dan hal ini memberi kesan tekanan darah yang tinggi.
  • Sejarah keluarga: Tekanan darah tinggi merupakan penyakit keturunan dimana seseorang individu akan lebih cenderung untuk menghidapi Hipertensi jika ada antara ibubapanya yang mengidap Hipertensi.
  • Merokok dan Ketagihan Arak: Rokok mengandungi tembakau yang bertindak menaikkan tekanan darah dan bahan kimia di dalam rokok tersebut boleh merosakkan lapisan di saluran darah seterusnya menyebabkan saluran menjadi sempit dan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung.

Rawatan Hypertensi

Rawatan utama bagi Hipertensi adalah dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan. Antaranya dengan:

  • Kurangkan gula dan garam dalam badan
  • Lakukan senaman ringkas setiap hari
  • Hentikan tabiat merokok
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang meningkatkan Tekanan Darah seperti Pil Perancang Kehamilan, Pil Cortisoneseperti Prednisolon (Prednisone), DexamethasoneatauHydrocortisone
  • Elakkan minuman atau makanan ber-Caffein

Di samping itu, para doktor akan menyarankan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan anti-hipertensi dari kumpulanACE-inhibitor, Beta-Blocker, Thiazide, Angiotensin II Receptor Blockers Calcium Channel Blockers dan sebagainya. Namun, kesemua ubat-ubatan ini berfungsi hanya untuk mengawal dan penurunan sementara tekanan darah yang tinggi.

Hipertensi dan Insulin

Terdapat banyak kajian yang membuktikan pengurangan pengambilan gula dan kanji (Karbohidrat) dalam pemakanan dapat merawat Sindrom Metabolik dan Hipertensi terutamanya dengan mengamalkan Diet Ketogenik. Pengambilan gula yang berlebihan akan meningkatkan kadar perembesan hormone Insulin. Aras Insulin yang tinggi pula merupakan salah satu tanda penyakit Obesiti yang merupakan kayu ukur bagi kedua-dua penyakit utama yang dibincangkan. Oleh itu, Diet Ketogenik adalah disyorkan bagi membantu menurunkan berat badan.

Sebuah penulisan dari Journal of Clinical Nutrition 2008 telah merungkap tentang bagaimana Diet Ketogenik berjaya mengurangkan rasa lapar dan amat efektif bagi penurunan berat badan. Hal ini memberi kesan jangka masa panjang kerana Diet Ketogenik turut memberi kesan pemulihan pada salur darah dan aras Kolesterol dalam darah pesakit Hipertensi.

Sebagai contoh, sebuah kajian pada tahun 2017 yang mengkaji keberkesanan Diet Ketogenik terhadap Tekanan Darah telah dijalankan oleh Society for Metabolic Health Practitioners (SMHP) dan sekumpulan Pakar Clinical Medicine diOhio State University, USA– serta sebuah perbandingan dengan penggunaan ubat Anti-Hipertensi iaitu Orlistat digunakan.

Hasil kajiannya, Diet Ketogenik berjaya menurunkan lemak badan dalam tempoh 45 hari dan ia memberi kesan serangkai kepada penurunan aras Kolesterol dalam badan, seterusnya memperbaiki peraliran darah dalam badan selama lebih dari 1 bulan sedangkan penggunaan ubat Orlistat hanya menurunkan bacaan tekanan darah dalam tempoh 2 minggu, selepas itu, bacaan tekanan darah kembali tinggi.

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun