Blog

Anda sakit kepala biasa atau “MIGRAIN”?

sakit-kepala-min
Penyakit Kronik

Anda sakit kepala biasa atau “MIGRAIN”?

Migrain merupakan sejenis sakit kepala melampau yang tidak asing lagi kita dengar. Antara gejala utama semasa menghidapi Migrain adalah loya, muntah dan penglihatan yang sensitif terhadap cahaya. Gejala ini boleh memakan masa beberapa hari untuk pulih.

Simptom yang anda ada migrain :

Setiap individu memberi simptom yang berbeza namun ia boleh dikategorikan kepada beberapa fasa:

Prodrome– Fasa ini berlaku beberapa hari sebelum serangan sakit kepala berlaku. Biasanya pesakit sendiri akan mengalami beberapa simptom pada diri sendiri:

  • Keletihan
  • Sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau
  • Perubahan emosi
  • Perubahan pola tidur
  • Lebih dahaga dan kerap buang air kecil
  • Sembelit dan cirit-birit

AuraFasa kedua ini sering berlaku sebelum atau semasa sakit kepala menyerang pesakit. Fasa ini mempunyai dua kumpulan pesakit:

  • Migrain tanpa Aura
  • Migrain bersama Aura – fasa ini berkaitan dengan simptom gangguan seperti Visual, Pergerakan, Deria sentuhan dan Percakapan. Contohnya,
    • Visual: Gangguan yang paling kerap berlaku dimana penglihatan pesakit akan menjadi kabur, berbintik atau berombak.
    • Pergerakan (Motor): Kesukaran bercakap dimana percakapan pesakit menjadi tidak jelas (Dysarthria), kegagalan berdiri tegak kerana tidak stabil (Ataxia), kegagalan menggerakkan bebola mata (Ophthalmoplegia) atau lemah sebahagian daripada tubuh (Hemiparesis)
    • Daya Sentuhan (Somatosensory): Sentuhan kebas pada bahagian jari merebak ke muka (Paresthesia)

Percakapan: Kegagalan untuk bertutur dengan jelas, sukar memahami percakapan orang lain (Dysphasia) atau tidak boleh menyusun ayat pertuturan dengan betul (Paraphasia)

  • Serangan (Attack) – 60% serangan Migrain adalah melibatkan hanya sebahagian kepala sahaja. Selebihnya melibatkan dua bahagian atau keseluruhan bahagian kepala. Pesakit lebih sensitif terhadap cahaya, bau, bunyi dan sentuhan serta saraf kepala yang terlibat akan berdenyut. Dalam kes yang lebih serius, pesakit akan berasa mual, muntah, pitam dan hilang sedar. Gejala ini boleh berlarutan sehingga 72 jam jika tidak dirawat. Sepanjang tempoh ini, sebarang stimuli akan menyebabkan kesakitan terhadap pesakit dan ia dikenali sebagai (Allodynia); contohnya pesakit akan berasa sakit ketika menyikat rambut atau bercukur.
  • Post-dromeselepas fasa Serangan, pesakit akan kehilangan tenaga dan berasa letih. Ada segelintir yang akan merasa lebih ceria dan gembira (Elated) selepas pulih. Antara gejala lain yang kerap berlaku dalam tempoh 24 jam adalah kekeliruan, sakit sendi dan kurang selera makan.

Apa sebenarnya punca migrain?

Sehingga kini, punca sebenar Migrain masih tidak dapat dikenalpasti namun banyak kajian telah membuktikan bahawa ia berkait rapat dengan genetik individu. Contohnya jika salah seorang daripada ibu bapa mengidap Migrain, kecenderungan si anak untuk mengidap Migrain adalah 50% dan jika kedua-dua ibu bapa mengidap Migrain, kecenderungan si anak untuk mengidap Migrain adalah 75%.

Saban tahun, para saintis berpendapat bahawa salah satu punca Migrain adalah perubahan pada peredaran darah otak manusia. Selain itu, sel saraf yang aktif turut menjadi punca. Sel saraf yang terlalu aktif mengirimkan isyarat telah merangsang saraf Trigeminal yang memberi sensasi pada bahagian kepala dan wajah. Hal ini menyebabkan tubuh melepaskan lebih banyak bahan kimia seperti Serotonin dan Peptida yang berkaitan dengan Gen Calcitonin (CGRP). CGRP akan menjadikan salur darah pada otak membengkak seterusnya Neurotransmitter akan menyebabkan keradangan dan kesan kesakitan.

Antara faktor risiko migrain

Mengikut kajian, 58% rakyat Malaysia pernah mengalami Migrain sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Antara faktor risiko pesakit Migrain:

  • Jantina- Para wanita berisiko tinggi untuk mengidap Migrain berbanding para Lelaki; terutamanya ketika kedatangan haid.
  • Umur- Kebanyakan pesakit Migrain berada dalam linkungan umur 10-40 tahun dan kebiasaannya berakhir pada umur 50 tahun.
  • Pemakanan- berkafaen seperti Kopi, Coklat, Teh; beralkohol; makanan yang mengandungi Tyramin seperti Keju, Yogurt dan kekacang.
  • Ubat-ubatan- pil perancang kehamilan, pil hormone, dan ubat tidur.
  • Psikologi- kemurungan, cemas dan tekanan.
  • Persekitaran- rokok, cahaya terang dan bunyi bising.
  • Penyakit lain- Gangguan Kecemasan (Anxiety), GERD, penyakit
  • Lain-lain- perjalanan jauh, sebelum dan semasa haid, senaman agresif, perubahan cuaca.
Hubungan Migrain dengan Ketosis

Adakah Migrain boleh dirawat?

Simptom Migrain dapat dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan tahan sakit seperti Acetaminophen, Aspirin, Caffeine, dan Ibuprofen.

Ubat-ubatan lain yang sering digunakan adalah kumpulan ubat Triptans dan Ergotamine (Cafergot, Ergomar, Migergot). Ia bertindak menstabilkan tindakbalas kimia dalam otak pesakit.

Namun, banyak kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa proses Ketosis dalam badan sebenarnya dapat merawat Migrain.

Dr Elena Gross, berkelulusan PhD dari University of Basel, Switzerland telah merungkap dalam penulisannya, bahawa pengambilan Pil Ketone dapat mengelakkan individu daripada terkena serangan Migrain.

Melalui kajiannya, amalam Diet Keto dapat mencegah serangan Migrain. Hal ini berlaku apabila aras gula dalam darah adalah rendah.

Beliau mengaplikasikan kajian ini terutamanya ketika kedatangan haid kerana mengikut kajiannya, apabila hormon Estrogen berkurang dalam badan, aras Glukosa akan meningkat. Ketika ini, 80% dari kajiannya membuktikan seseorang lebih cenderung mengidap Migrain ketika aras Glukosa tinggi dalam darah. Oleh itu, beliau menyarankan pengambilan pil Ketone ketika kedatangan haid disamping menghentikan pengambilan gula (Glukosa) dalam pemakanan.

Pil Ketone ini akan merangsang proses Ketosis dalam badan pesakit dimana ia dapat mengelakkan pesakit dari terkena serangan Migrain disamping membakar lemak badan.

Dapatkan nasihat doktor

Serangan Migrain yang kerap boleh membawa kepada komplikasi dimana pesakit cenderung untuk mengidap Strok, Stress dan Koma. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor.

Apabila serangan Migrain anda berada pada tahap maksima dimana terdapat simptom seperti demam, kejang urat dan muntah tanpa henti, sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.

Tips elak dapat Migrain

Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh lakukan bagi mengawal serangan Migrain:

  • Rehat di dalam bilik yang gelap
  • Sejukkan badan dengan mandi atau tuam menggunakan air sejuk
  • Minum air secukupnya
  • Ambil pemakanan yang sihat, lakukan senaman ringan
  • Elakkan stress, pastikan anda cukup tidur dan rehat.
  • Elakkan Faktor Risiko Migrain seperti yang telah dijelaskan.

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun