Penyakit Batu Hempedu

Batu Hempedu adalah kepingan bahan pepejal yang terbentuk di dalam Pundi Hempedu (sebuah organ kecil yang terletak di bawah Hati).

Pundi Hempedu memainkan peranan menyimpan dan melepaskan Hempedu- sejenis cecair yang dihasilkan oleh organ Hati; ia membantu pencernaan Lemak yang dimakan. Hempedu juga membawa sisa seperti Kolesterol dan Bilirubin yang dihasilkan oleh tubuh anda ketika ia memecahkan Sel Darah Merah. Setiap kandungan ini membentuk Batu Hempedu yang bersaiz seperti sebutir pasir hinggalah sebesar sebiji Bola Golf. 

Ramai yang tidak menyedari kewujudannya sehingga Saluran Hempedu tersumbat dan menyebabkan kesakitan yang memerlukan rawatan segera.

Jenis Batu Hempedu

Dua jenis Batu Hempedu utama adalah:

  1. Batu Kolesterol – kebiasaannya berwarna Kuning – kehijauan. 80% kes Batu Hempedu merupakan batu jenis ini.
  2. Batu Pigmen – batu yang lebih kecil dan gelap, ia terhasil daripada gumpalan Bilirubin yang mengeras.

Gejala Batu Hempedu

  • Sakit pada bahagian atas perut, tepat di bawah tulang rusuk kanan 
  1. Sakit pada bahu kanan atau belakang 
  2. Sakit perut dan muntah
  3. Masalah pencernaan lain termasuk pedih ulu hati, dan gas

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor jika mempunyai gejala-gejala jangkitan atau keradangan yang serius:

  1. Sakit perut yang berpanjangan
  2. Demam dan menggigil
  3. Kulit atau mata berwarna kuning
  4. Air kencing berwarna gelap dan kotoran yang terang

Punca Batu Hempedu

  1. Kolesterol berlebihan di dalam Pundi Hempedu. Badan anda memerlukan Hempedu untuk pencernaan Kolesterol. Apabila Hempedu gagal untuk mencerna Kolesterol sepenuhnya, lebihan Kolesterol akan membentuk batu di dalam Pundi Hempedu.
  2. Bilirubin berlebihan di dalam Hempedu. Keadaan seperti Sirosis, jangkitan kuman dan gangguan pada peraliran darah boleh menyebabkan penghasilan Bilirubin yang berlebihan oleh Hati.
  3. Keadaan fisiologi pada bahagian dalam Pundi Hempedu yang tidak kosong sepanjang masa. Ia membolehkan kelikatan Hempedu di dalamnya bertambah seterusnya mengeras.

Faktor Risiko Batu Hempedu

Anda lebih cenderung mendapat Batu Hempedu jika anda:

  1. Mempunyai sejarah keluarga mempunyai keradangan Saluran Hempedu
  2. Berumur lebih dari 40 tahun
  3. Berasal dari keturunan Amerika Asli atau Mexico
  4. Badan berisi atau mempunyai Obesiti
  5. Kurang bersenam
  6. Menggunakan Pil Perancang Keluarga atau Terapi Pengganti Hormon
  7. Sedang hamil
  8. Menghidap Diabetes
  9. Menghidap penyakit usus seperti Crohn’s
  10. Mengalami Anemia Hemolitik atau Sirosis Hati
  11. Anda mengambil ubat kawalan Kolesterol

Diagnosis Batu Hempedu

Terdapat beberapa saringan Ujian Fizikal dan beberapa ujian lain yang perlu dilaksanakan dalam mendapatkan Diagnosis Batu Hempedu

  1. Ujian Darah. Ujian Darah dapat mengesan tanda-tanda jangkitan
  2. Ultrasound.
  3. Imbasan CT. X-ray membolehkan doktor mengesan penyumbatan pada bahagian Saluran Hempedu.
  4. Kolangiopancreatografi Resonan Magnetik (MRCP). Ujian ini menggunakan medan magnet dan denyutan tenaga gelombang radio bagi mendapatkan gambaran organ dalaman pesakit.
  5. Cholescintigraphy (imbasan HIDA). Ujian ini dapat memeriksa jika Pundi Hempedu anda mengeluarkan Hempedu dengan baik. Bahan Radioaktif yang mesra pesakit akan disuntik ke salur darah pesakit seterusnya pergerakannya akan dapat diperhatikan.
  6. Kolangiopancreatografi Retrograde Endoskopi (ERCP). Sebuah tiub Endoskopi akan dimasukkan melalui mulut pesakit ke usus kecil. Pewarna akan disuntik supaya Salur Hempedu dapat dilihat melalui Kamera Endoskopi. Batu Hempedu yang berada di dalam Saluran Hempedu turut dapat dikeluarkan melalui kaedah ini. 

Ultrasound Endoskopi. Ujian ini menggabungkan Ultrasound dan Endoskopi secara serentak bagi mencari Batu Hempedu.

Rawatan Batu Hempedu

Anda tidak memerlukan rawatan jika tidak mengalami sebarang gejala. Sebilangan Batu Hempedu kecil dapat disingkirkan oleh badan dengan sendiri.

  1. Kolesistektomi Laparoskopi. Ini adalah pembedahan yang paling biasa untuk Batu Hempedu. Sebuah tiub iaitu Laparoskop akan dimasukkan ke dalam perut melalui luka kecil. Ia memegang instrumen, lampu, dan kamera. Pundi Hempedu dapat dikeluarkan melalui luka kecil yang lain. Anda biasanya dibenarkan pulang pada hari yang sama.
  2. Kolesistektomi Terbuka. Luka yang lebih besar akan dihasilkan pada bahagian perut untuk membuang Pundi Hempedu. Anda akan tinggal di hospital selama beberapa hari selepas itu.
  3. Sekiranya Batu Hempedu berada di dalam Saluran Hempedu anda, penggunaan ERCP adalah tepat bagi mencari dan membuangnya sebelum atau semasa pembedahan.
  4. Beberapa ubat -ubatan akan diberikan jika pembedahan bukan pilihan rawatan untuk anda. Chenodiol (Chenodol) dan Ursodiol (Actigall, Urso 250, Urso Forte) dimana ia akan melarutkan Batu Hempedu dan Batu Kolestrol yang memakan masa bertahun-tahun untuk pulih.

BATU HEMPEDU DAN DIET KETOGENIK

Adakah masalah Batu Hempedu bertambah baik atau bertambah buruk jika anda mengamalkan Diet Ketogenik (Diet Rendah Karbohidrat / Tinggi Lemak)?

Seperti yang telah diterangkan, Pundi Hempedu berperanan menyimpan Hempedu, cecair Kuning-Hijau yang dihasilkan oleh Hati. Hempedu digunakan untuk mencerna Lemak yang dimakan. Persoalannya: Adakah pemakanan Lemak benar-benar baik untuk Pundi Hempedu?

Jawapan fobia Lemak konvensional:

-Kepercayaan pengamal perubatan yang biasa kita dengar hari ini adalah bahawa pengambilan makanan berlemak boleh mengakibatkan Batu Hempedu. 

Batu Hempedu boleh tersekat dalam perjalanan ke usus dan memberi anda serangan Batu Hempedu (sakit pada bahagian kanan atas perut anda) seterusnya menyebabkan keradangan. Hal ini terjadi jika anda telah mempunyai ketulan Batu Hempedu di dalam Pundi Hempedu dan pada masa yang sama, anda memakan Lemak yang banyak.

 

Oleh itu, para doktor akan menasihatkan pesakit untuk mengambil makanan Lemak Rendah dan ubat tahan sakit jika anda mendapat serangan Batu Hempedu. Sekiranya serangan berterusan, Pundi Hempedu akan dibuang melalui pembedahan dan masalah pesakit akan hilang. Kesan sampingan dari pembedahan ini adalah dari segi kemampuan usus untuk menyerap lemak akan berkurang disamping kurangnya nutrien dari apa yang pesakit makan (ada sebabnya kita mempunyai Pundi Hempedu).

Pengambilan makanan rendah Lemak ini sebenarnya tidak menghilangkan penyakit Batu Hempedu, sebaliknya sering menjadikannya lebih teruk sehingga memerlukan pembedahan pembuangan Pundi Hempedu atau Batu Hempedu itu sendiri. 

Apa yang berlaku sebenarnya adalah setiap kali pengambilan makanan berlemak, usus memerlukan Hempedu bagi mencerna Lemak tersebut. Jika individu memakan kurang Lemak, lebih banyak Hempedu yang kekal di dalam Pundi Hempedu. Selepas beberapa seketika, Batu Hempedu ini akan mengeras dan membentuk batu. 

Risiko pengambilan makanan Rendah Lemak sebenarnya telah diuji sekurang-kurangnya tiga kali:

  1. Sebuah kajian dijalankan dimana 51 orang pesakit Obes mengamalkan Diet Rendah Kalori dan Rendah Lemak (hanya 1 g Lemak sehari!) Pundi Hempedu pesakit diperiksa dengan ultrasound sebelum pengamalan diet, selepas satu dan dua bulan. Selepas sebulan, empat daripada 51 peserta telah disahkan mempunyai ketulan Batu Hempedu baharu. Selepas dua bulan, 1 daripada 4 pesakit (13 orang) mempunyai Batu Hempedu baharu! Ini berlaku pada diet yang hampir bebas Lemak dimana tiga peserta perlu menjalani pembedahan membuang Pundi Hempedu mereka semasa dalam tempoh kajian.
  2. Kajian serupa telah dilakukan berfokus kepada 19 individu yang mengamalkan Diet Rendah Kalori Rendah Lemak selama 16 minggu. Dalam pemeriksaan ultrasound pada akhir kajian, lima orang (sekali lagi sekitar satu dari empat saiz kajian) disahkan mepunyai ketulan Batu Hempedu baru.
  3. Kajian ketiga dilakukan dimana perbandingan antara Diet Rendah Lemak dan Diet Tinggi Lemak dilakukan selama 3 bulan. 6 dari 11 peserta kajian dalam kumpulan yang mengambil makanan rendah lemak telah disahkan mempunyai ketulan Batu Hempedu yang baharu. Sebaliknya, tiada ketulan Batu Hempedu baharu yang dijumpai pada pesakit dalam kumpulan yang makan lebih banyak Lemak.

Kesimpulan: penyingkiran Lemak dari diet seharian sebenarnya meningkatkan risiko pembentukan Batu Hempedu anda!

Mungkinkah Karbohidrat?

Daripada memandang Lemak sebagai penyebab utama Batu Hempedu, mungkin kita harus melihat Karbohidrat.

Sebuah kajian pemerhatian melaporkan bahawa pengambilan lebih banyak Karbohidrat adalah berkaitan dengan peningkatan risiko pembentukan Batu Hempedu. Penulis melaporkan trend yang sama bagi indeks glisemik dan beban glisemik.

Berdasarkan kajian ini, pengurangan jumlah Karbohidrat dan memberi tumpuan kepada Karbohidrat Glisemik yang lebih rendah telah terbukti memberi pendekatan yang lebih relevan bagi menurunkan risiko pembentukan Batu Hempedu pada masa hadapan.

Apa yang akan berlaku sekiranya anda melakukan sebaliknya?

Bagaimana jika anda lebihkan pengambilan Lemak dalam pemakanan? Dalam senario ini, lebih banyak Hempedu akan digunakan untuk mencerna makanan. Saluran Hempedu dan Pundi Hempedu akan memerah dengan lebih kerap. Dengan ini, secara teorinya Hempedu tidak akan berpeluang untuk mengeras di dalam pundi, sebaliknya batu yang sedia ada di dalam Pundi Hempedu akan (jika anda bernasib baik) dibuang ke usus kecil.

Risikonya adalah jika anda sudah mempunyai Batu Hempedu, anda mungkin akan berasa tidak selesa semasa membuangnya. Persoalannya adalah: Adakah anda ingin memikirkan penyelesaian jangka masa pendek (Rendah Lemak) atau untuk jangka masa panjang (Lebih Tinggi Lemak)?

Adakah makanan tinggi Lemak berfungsi?

Sebuah percubaan terkawal secara rawak telah dilakukan bagi membandingkan Diet Tinggi Lemak dan Diet Rendah Lemak pada dua kumpulan individu Obes selama 6 bulan.

Kumpulan Lemak tinggi mempunyai pengosongan Pundi Hempedu yang lebih baik dan tidak ada pembentukan Batu Hempedu yang baharu, sedangkan lebih daripada 50% kumpulan Rendah Lemak telah disahkan mempunyai ketulan Batu Hempedu baharu. Hal ini berlaku walaupun terdapat penurunan berat badan dalam kedua-dua kumpulan kajian.

Kajian ini sesuai dengan pengalaman klinikal dan laporan anekdot dari pesakit yang pernah mengalami penyakit berkaitan Batu Hempedu dan telah sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan Diet Ketogenik. 

Sama seperti nasihat yang diberikan kepada para pesakit Batu Ginjal iaitu mereka digalakkan meminum banyak air minuman supaya dapat meningkatkan pengeluaran air kencing. Hal ini dapat mencegah pembentukan batu. Ia mungkin memberi ketidakselesaan pada pesakit dalam jangka masa pendek namun ia baik dan merupakan sebuah pendekatan kepada penyelesaian dalam jangka masa panjang. 

Masalah Keguguran Rambut

Lapisan kulit luar manusia dipenuhi dengan folikel rambut yang mengandungi sejenis Protein yang dikenali sebagai Keratin yang memenuhi struktur seurat rambut. Proliferasi sel-sel menyebabkan pertumbuhan rambut. Dalam proses ini, sel-sel lama ditarik keluar melalui permukaan kulit apabila folikel menghasilkan sel rambut baharu. Kadar proliferasi bergantung kepada individu namun ia akan bertambah kira-kira 6 inci dalam setahun pada tahap kesihatan rambut yang optimum.

Kepala individu dewasa secara purata mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 urat rambut dan akan keguguran sehingga 100 urat daripadanya dalam sehari. Kitaran hidup setiap folikel sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti keturunan, perubahan hormon, pemakanan, penyakit dan umur. Kitaran hayat ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu 

  • Anagen – Pertumbuhan rambut aktif yang mengambil masa antara dua hingga enam tahun
  • Catagen – Pertumbuhan rambut peralihan yang mengambil masa dua hingga tiga minggu

Telogen – Fasa rehat yang berlangsung selama dua hingga tiga bulan; pada akhir fasa rehat, rambut digugurkan seterusnya digantikan dengan rambut baharu. Kitaran yang seterusnya akan bermula selepas fasa ini.

KEBOTAKAN (ALOPECIA)

Kebotakan pula biasanya merujuk kepada keguguran rambut yang berlebihan daripada kulit kepala. Keguguran rambut apabila semakin meningkatnya usia adalah penyebab utama kebotakan. Alopecia bersifat sementara ataupun kekal dan ia boleh berlaku tanpa mengira jantina akan tetapi, kaum lelaki adalah lebih cenderung bagi menghidapi Alopecia

Keguguran rambut berlaku melalui pelbagai cara, bergantung pada puncanya. Antaranya adalah secara tiba-tiba atau sedikit demi sedikit dan hanya mempengaruhi kulit kepala atau keseluruhan badan individu. 

Gejala keguguran rambut termasuk:

1. Penipisan secara beransur-ansur pada bahagian atas kepala

Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling kerap berlaku dimana ia mempengaruhi golongan yang sedang meningkat usia. Bagi lelaki, rambut mulai surut pada garis rambut bahagian dahi. Wanita biasanya mempunyai bahagian rambut yang melebar. Oleh itu, pola keguguran rambut yang kerap berlaku pada wanita yang lebih tua adalah garis rambut yang semakin surut (frontal fibrosing Alopecia).

2. Bintik-bintik botak bulat atau “tambal sulam”. 

Sebahagian keguguran rambut berlaku dalam bentuk bintik-bintik botak bulat atau tambalan pada kulit kepala, janggut dan alis. Kulit anda mungkin gatal atau sakit sebelum rambut gugur.

3. Rambut semakin mudah gugur. 

Kejutan fizikal atau emosi boleh menyebabkan akar rambut semakin longgar. Keguguran segenggam rambut ketika menyisir atau mencuci rambut kerap berlaku dalam jenis ini. Ia seterusnya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan tetapi bersifat sementara.

4. Keguguran rambut dan bulu halus seluruh badan. 

Jenis ini melibatkan beberapa keadaan dan rawatan perubatan seperti Kimoterapi dalam rawatan barah. Ia boleh menyebabkan rambut gugur di seluruh badan namun kebiasaannya tumbuh semula.

5. Tompok berskala yang tersebar di kulit kepala. 

Tompok berskala ini adalah tanda Kurap. Ia mungkin disertai dengan rambut patah, kemerahan dan bengkak.

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Pastikan anda mendapatkan rawatan atau nasihat doktor jika anda mengalami keguguran rambut yang berterusan. Bagi wanita yang mengalami garis rambut yang semakin surut (Frontal Fibrosing Alopecia), berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan awal bagi mengelakkan kebotakan kekal yang ketara. Keguguran rambut secara tiba-tiba, tidak rata atau keguguran rambut lebih daripada biasa ketika menyikat dan mencuci rambut juga boleh menunjukkan sebuah gejala perubatan yang memerlukan rawatan segera.

PUNCA

Dalam keadaan normal, keguguran rambut boleh berlaku melibatkan 50 hingga 100 helai rambut dalam sehari. Keadaan ini kebiasaannya tidak dapat dilihat kerana rambut baharu akan tumbuh pada masa yang sama. Keguguran rambut menjadi sebuah gejala perubatan apabila tiada pertumbuhan rambut baharu berlaku.

Keguguran rambut kebiasannya berkaitan dengan satu atau lebih faktor berikut:

 

  1. Sejarah keluarga (Keturunan)– Faktor penuaan dan keturunan adalah tidak asing bagi setiap individu. Keadaan ini disebut Alopecia Androgenik, iaitu kebotakan pola lelaki dan kebotakan wanita. Ia biasanya berlaku secara beransur-ansur dan dalam corak yang dapat diramalkan iaitu garis rambut akan surut, bintik botak pada lelaki dan rambut yang menipis di sepanjang mahkota kulit kepala wanita.
  2. Perubahan hormon dan keadaan perubatan– Pelbagai keadaan boleh menyebabkan keguguran rambut kekal atau sementara. Ia termasuk perubahan hormon akibat kehamilan, kelahiran anak, Menopaus dan masalah Tiroid. Keadaan perubatan termasuk Alopecia Areata, dimana ia berkaitan dengan sistem imun dan menyebabkan keguguran rambut, jangkitan kulit kepala seperti kurap dan gangguan tarikan rambut yang disebut Trichotillomania.
  3. Ubat-ubatan dan makanan tambahan– Rambut gugur boleh menjadi kesan sampingan dari ubat-ubatan tertentu seperti ubat-ubatan Kanser, Arthritis, Kemurungan, Masalah Jantung, Gout, Diabetes, Lupus dan Tekanan Darah Tinggi.
  4. Terapi sinaran ke kepala– Rambut berkemungkinan tidak tumbuh kembali sama seperti sebelumnya.
  5. Tekanan emosi– Ramai yang mengalami penipisan rambut secara keseluruhan beberapa bulan selepas kejutan fizikal atau emosi. Rambut gugur jenis ini bersifat sementara.
  6. Gaya rambut dan rawatan– Gaya rambut yang menarik rambut dengan terlalu ketat boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut iaitu Traction Alopecia. Rawatan rambut menggunakan bahan panas dan kekal juga boleh menyebabkan rambut gugur. Sekiranya parut berlaku, keguguran rambut berpotensi untuk kekal.

PENCEGAHAN

Kebanyakan masalah kebotakan adalah disebabkan oleh faktor genetik (kebotakan pola lelaki dan kebotakan wanita) yang tidak dapat dicegah. 

Antara petua yang dapat membantu anda mengelakkan keguguran rambut yang dapat dicegah:

  1. Bersikap lembut dengan rambut anda. Gunakan detangler dan elakkan menarik rambut ketika menyisir rambut terutama ketika rambut anda basah. Penyisir rambut bergigi lebar dapat membantu mencegah rambut tercabut. Elakkan rawatan keras seperti Pelurus Rambut Panas, Seterika Keriting dan Rawatan Minyak Panas. 
  2. Dapatkan nasihat doktor anda mengenai ubat dan makanan tambahan yang anda ambil terutamanya jika ia menyebabkan keguguran rambut.
  3. Lindungi rambut anda dari cahaya matahari dan sumber cahaya Ultraviolet yang lain.
  4. Berhenti merokok. Banyak kajian menunjukkan hubungan antara merokok dan kebotakan pada lelaki.
  5. Sekiranya anda dalam rawatan Kimoterapi, dapatkan nasihat doktor anda mengenai Topi Penyejuk. Topi ini dapat mengurangkan risiko rambut gugur semasa menjalani rawatan Kimoterapi.

DIABETES KEHAMILAN

DIABETES KEHAMILAN adalah Diabetes (kencin yang di-diagnosis buat pertama kalinya sewaktu wanita sedang mengandung. Sama seperti Diabetes yang lain, Diabetes Kehamilan dipengaruhi oleh penggunaan Glukosa dalam sel-sel badan. Ia menyebabkan jumlah gula yang tinggi dalam darah yang boleh memberi kesan kepada pembesaran dan kesihatan bayi dalam kandungan. 

Ibu yang hamil sebenarnya dapat mengawal Diabetes Kehamilan dengan memakan makanan yang sihat, bersenam dan mengambil ubat jika perlu. Pengawalan aras Glukosa dalam darah adalah penting bagi memastikan anda dan bayi anda sihat, disamping mencegah kelahiran yang sukar.

Aras gula dalam darah para wanita yang mengidap Diabetes Kehamilan kebiasaannya kembali normal sejurus selepas bersalin, akan tetapi masih terdapat risiko yang tinggi untuk mengidap Diabetes Jenis-2. Oleh itu, Ujian Aras Gula dalam Darah perlulah dilakukan dengan kerap.

SIMPTOM

Diabetes Kehamilan kebiasaannya tidak mempunyai tanda atau gejala yang ketara. Peningkatan perasaan dahaga dan kencing yang lebih kerap adalah gejala yang sering berlaku. 

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kesihatan yang lebih awal—iaitu ketika anda mula-mula merancang untuk hamil. Ia penting supaya doktor anda dapat memeriksa risiko Diabetes Kehamilan anda bersama tahap kesihatan anda secara keseluruhan. Sebaik sahaja anda hamil, doktor akan memeriksa status Diabetes Kehamilan anda sebagai sebahagian daripada rawatan Prenatal anda. Sekiranya anda mengidap Diabetes Kehamilan, anda akan memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap. Kebanyakan kes berlaku dalam fasa tiga bulan terakhir kehamilan.

PUNCA

Mengikut kajian, pelbagai hormon berperanan seiringan dalam memastikan tahap gula dalam darah anda sentiasa terkawal; tetapi semasa hamil, tahap hormon akan berubah dan menjadikan tubuh anda lebih sukar untuk memproses gula dalam darah dengan berkesan. Pada masa yang sama, organ Pankreas pula tidak mampu menghasilkan Insulin yang mencukupi bagi jumlah glukosa yang tinggi dalam darah. Ini memberi kesan peningkatan aras gula dalam darah.

FAKTOR RISIKO

  1. Obesiti / berat badan berlebihan
  2. Kekurangan aktiviti fizikal
  3. Sejarah diri / keluarga mempunyai Diabetes / Pra-diabetes 
  4. Sejarah kelahiran bayi bersaiz besar dalam kandungan terdahulu (berat lahir bayi melebihi 4.1 KG)
  5. Sindrom Ovari Polisistik
  6. Keturunan- wanita berkulit hitam/ gelap, Asia Amerika, India Amerika dan Hispanik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap Diabetes Kehamilan.

KOMPLIKASI

Diabetes Kehamilan yang tidak diuruskan dengan betul akan menyebabkan aras gula dalam darah tinggi. Ia memberi kesan kepada anda dan bayi anda, termasuk peningkatan risiko memerlukan Pembedahan Caesarean (C-Section) ketika melahirkan bayi anda. 

Sekiranya anda menghidap Diabetes Kehamilan, bayi anda mungkin berisiko tinggi:
  • Berat badan bayi berlebihan ketika kelahiran. Kandungan Glukosa yang tinggi dalam darah ibu boleh menyebabkan Glukosa berlebihan disalurkan kepada bayi dalam kandungan. ini memberi kesan bayi Makrosomia (Berat badan bayi berlebihan sewaktu kelahiran). 
  • Bayi yang besar ini mempunyai berat lahir melebihi 4.1 KG, mereka lebih cenderung untuk tersekat di saluran kelahiran, mengalami kecederaan kelahiran atau memerlukan kelahiran C-Section.
  • Kelahiran Awal (preterm). Gula dalam darah yang tinggi boleh meningkatkan risiko wanita bersalin awal sebelum tarikh bersalin yang dianggarkan. Doktor juga boleh mencadangkan kelahiran yang lebih awal bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku. 
  • Kesukaran bernafas yang serius. Bayi yang dilahirkan awal dari ibu yang menghidap Diabetes Kehamilan mungkin mengalami sindrom gangguan pernafasan iaitu sebuah keadaan yang menyukarkan pernafasan bayi.
  • Aras gula yang rendah dalam darah (Hipoglikemia) akan dialami bayi sejurus selepas kelahiran. Episod Hipoglikemia yang teruk boleh menyebabkan kekejangan pada bayi. Penyelesaiannya, penyusuan yang cepat dan suntikan larutan glukosa intravena dapat mengembalikan tahap gula darah bayi menjadi normal.
  • Kegemukan dan Diabetes Jenis-2. Bayi ibu yang menghidap Diabetes Kehamilan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Obesiti dan Diabetes Jenis-2 di kemudian hari.
  • Kematian sewaktu kelahiran. Diabetes Kehamilan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian bayi sama ada sebelum atau tidak lama selepas kelahiran.
  • Komplikasi yang mungkin mempengaruhi si ibu:

  1. Tekanan Darah Tinggi dan Pre-eklampsia (Tekanan Darah tinggi pada ibu hamil). Diabetes Kehamilan boleh meningkatkan risiko Tekanan Darah Tinggi, serta Pre-eklampsia – komplikasi kehamilan yang serius ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.
  2. Bersalin secara Pembedahan (C-Section). Anda lebih cenderung menjalani pembedahan C-Section sewaktu bersalin jika anda menghidap Diabetes Kehamilan.
  3. Diabetes masa depan. Sekiranya anda menghidap diabetes kehamilan, anda lebih cenderung mengidapnya lagi semasa kehamilan yang akan datang. Anda juga mempunyai risiko Diabetes Jenis-2 yang lebih tinggi apabila anda semakin meningkat umur.

PENCEGAHAN

Sehingga kini, masih tiada jaminan bagi mencegah Diabetes Kehamilan – oleh itu, anda digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengandung terutamanya dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda menghidap Diabetes Kehamilan, langkah berjaga-jaga yang sihat ini juga dapat mengurangkan risiko anda menghidapnya lagi pada kehamilan yang akan datang atau menghidap Diabetes Jenis-2 pada masa hadapan.

  • Mulakan kehamilan dengan berat badan yang sihat. Sekiranya anda merancang untuk hamil, penurunan berat badan yang lebih awal boleh membantu anda menjalani kehamilan yang lebih sihat. Anda sebaiknya fokus dalam melakukan perubahan yang berterusan terutamanya terhadap tabiat pemakanan anda kerana ia dapat membantu anda sepanjang 9 bulan kehamilan, seperti makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

  • Elakkan penambahan berat badan melebihi berat yang disarankan. Penambahan berat badan semasa mengandung adalah normal dan sihat; Tetapi penambahan berat badan yang terlalu pantas akan meningkatkan risiko Diabetes Kehamilan. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor anda dalam menentukan berat badan yang ideal sepanjang kehamilan anda. 

 

  • Pemakanan yang sihat- Pilih makanan yang tinggi dengan serat dan rendah lemak dan kalori. Fokus pada buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Usahakan pelbagai cara untuk membantu anda mencapai matlamat tanpa menjejaskan rasa atau pemakanan. Dalam hal ini, Diet Suku-Suku-Separuh adalah digalakkan.

 

  • Kekal aktif. Bersenam sebelum dan semasa tempoh hamil dapat membantu melindungi anda daripada menghidap Diabetes Kehamilan. Aktiviti yang sederhana selama 30 minit sebanyak 3 kali seminggu sudah memadai seperti berjalan, berbasikal, berenang. 

COPD : Penyakit Kronik Sistem Pernafasan

Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) merupakan sekumpulan penyakit yang melibatkan rongga pernafasan dimana berlakunya penyekatan Pulmonari (Paru-paru) secara Kronik (berpanjangan). Di Malaysia, kira-kira sebanyak 500,000 rakyat Malaysia kini mengidap penyakit ini dan pada peringkat dunia, sebanyak lebih 64 Juta orang dan 3 Juta pesakit telah meninggal dunia akibat COPD. 

Merujuk kepada rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2020, COPD menduduki tempat ke-5 dari segi beban penyakit manakala berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COPD dianggarkan akan menjadi punca kematian ketiga paling utama di seluruh dunia menjelang tahun 2030.

Apa Itu COPD?

Penyakit yang seringkali dikaitkan dengan COPD adalah Emfisema dan Bronkitis Kronik.

Emfisema merupakan penyakit dimana berlakunya kerosakan pada Alveoli dan ia memberi kesan pernafasan yang pendek, sulit dan keadaan sesak untuk bernafas. Alveoli pesakit akan mengecut dan membentuk kantung kosong yang besar dimana ia mengganggu peraliran udara yang keluar daripada paru-paru. 

Bronkitis Kronik pula akan menyebabkan berlakunya keradangan dan saluran pernafasan akan menyempit seterusnya membentuk lendir yang melekat pada dinding bahagian dalam saluran tersebut. 

Gejala COPD

COPD akan menyukarkan pesakit bernafas. Pada awalnya, gejala COPD bermula dengan batuk yang sebentar sahaja; namun tetap ada kes dimana ia berterusan sehinggakan pesakit akan mengalami sesak nafas dan prestasi pernafasan pesakit kian merosot. 

Gejala awal: Pada mulanya, gejala COPD adalah agak ringan. Bahkan ada pesakit yang telah tersalah anggap bahawa ia merupakan hanya Selesema biasa. 

1. Antara gejala peringkat awal COPD adalah:

  • Sesak nafas terutamanya selepas bersenam
  • Batuk ringan dan berulang
  • Kerap berkumuh untuk melegakan tekak akibat ketidakselesaan.

 

2. Gejala peringkat pertengahan COPD:

  • Sesak nafas walaupun hanya selepas melakukan senaman ringan dan rutin harian seperti menaiki tangga
  • Mudah termengah-mengah– sejenis pernafasan yang kencang dan menyebabkan pesakit tercungap-cungap
  • Sesak dada
  • Batuk kronik- dengan atau tanpa kahak (mucus)
  • Kurang bertenaga
  • Selesema atau jangkitan pernafasan yang terlalu kerap.
 

3. Gejala peringkat akhir COPD:

  • Keletihan
  • Bengkak kaki, pergelangan kaki atau keseluruhan kaki
  • Pengurangan berat badan yang drastik
  • Setiap gejala adalah lebih cenderung untuk merosot jika pesakit merupakan seorang perokok atau kerap terdedah pada asap rokok.

Faktor Risiko COPD

  1. Merokok – Kebanyakan pesakit berada dalam lingkungan umur 40-60 tahun dan menurut statistik pesakit COPD, mereka sekurang-kurangnya mempunyai sejarah merokok. Semakin lama dan semakin banyak produk tembakau yang diambil, semakin besar risiko COPD seseorang individu. 
  2. Pesakit Asma – Para pengidap Asma turut berisiko terhadap COPD terutamanya jika sering terdedah kepada asap rokok dan asap cerut. 
  3. Bahan Kimia dan asap di tempat kerja – Pendedahan dalam jangka masa panjang terhadap pencemaran udara ini boleh menyebabkan COPD
  4. Kecenderungan genetik – terdapat kajian yang membuktikan bahawa 5% daripada pesakit COPD mempunyai persamaan dalam kekurangan sejenis Protein iaitu Alpha-1-Antitrypsin. Kekurangan ini menyebabkan prestasi pengudaraan paru-paru pesakit merosot dan mempengaruhi fungsi Hati.  

Diagnosis COPD

Diagnosis COPD adalah berdasarkan gejala, ujian fizikal dan hasil ujian diagnostik yang dijalankan terhadap pesakit. 

Ketika anda berjumpa dengan doktor, doktor akan mengenalpasti beberapa perkara berkaitan kecenderungan anda terhadap penyakit COPD.

  • Anda seorang perokok atau pernah merokok pada masa lalu
  • Anda kerap terdedah kepada asap rokok
  • Anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit COPD
  • Anda terdedah kepada perengsa paru-paru semasa di tempat kerja
  • Anda pengidap Asma atau mana-mana masalah pernafasan yang lain
  • Anda ada mengambil ubat-ubatan sampingan yang berkaitan dengan rongga pernafasan
 

Selepas itu, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan doktor akan menggunakan Stetoskop untuk mendengar paru-paru anda semasa bernafas. Berdasarkan semua maklumat ini, doktor anda mungkin mencadangkan beberapa ujian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas:

 

  1. Spirometry sebuah ujian yang tidak invasif untuk menilai fungsi paru-paru. Semasa ujian, anda akan menarik nafas yang panjang dan kemudian menghembus tiub yang dihubungkan ke Spirometer.
  2. Ujian pencitraan, seperti sinar – X pada bahagian dada atau imbasan CT. Gambar-gambar ini dapat memberikan gambaran terperinci mengenai keadaan dalaman paru-paru, saluran darah, dan jantung anda.
  3. Ujian Gas Darah Arteri – Ini melibatkan pengambilan sampel darah dari arteri untuk mengukur aras Oksigen, Karbon Dioksida dan beberapa entity penting lain dalam darah anda.
 

*Setiap ujian ini dapat membantu menentukan sama ada anda mempunyai COPD atau masalah pernafasan lain seperti Asma, Penyakit Paru-Paru yang menyekat, atau Kegagalan Jantung.

 

Rawatan COPD

Rawatan bagi COPD adalah dengan menggunakan Inhaler. Penggunaan Inhaler adalah penting bagi menghalang keradangan daripada terus berlaku. Sehingga kini, masih tidak ada lagi penawar bagi COPD akan tetapi, inisiatif awal yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Walaupun pesakit telah berada di peringkat akhir gejala COPD, dengan berhenti merokok, pesakit boleh mengurangkan kadar fungsi paru-paru kerana secara fisiologi, setiap fungsi paru-paru manusia akan merosot bersama umur akan tetapi jika anda merupakan seorang perokok, kadar paru-paru merosot anda adalah berkali-ganda berbanding dengan individu yang tidak merokok.   

Cadangan Diet Bagi Pesakit COPD

Tidak ada diet khusus bagi COPD akan tetapi, sebarang diet yang sihat adalah amat penting untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhan. Anda akan dapat mencegah komplikasi dan masalah kesihatan yang lain jika Sistem Imun badan anda berfungsi pada tahap yang optimum. 

 

  1. Pemakanan: Pemakanan yang sihat haruslah diamalkan bagi mengekalkan Sistem Imun yang berkesan. Pengambilan Sayur-sayuran, buah-buahan, Protein dan Tenusu amatlah penting bagi membekalkan jumlah mineral yang diperlukan oleh badan. 

 

  1. Minuman: Minum sekurang-kurangnya 1.5 – 2 Liter sehari (bergantung kepada BMI anda). Hal ini penting supaya lender pada permukaan saluran pernafasan pesakit dapat menipiskan bagi tujuan penyingkiran.
  2. Minuman berkafein pula boleh mengganggu keberkesanan ubat-ubatan yang anda ambil. Jika anda mengalami masalah jantung, sila dapatkan nasihat doktor anda mengenai pengambilan minuman berkafein dalam diet seharian anda. 
  3. Pengurusan berat badan: Paru-paru dan jantung anda perlu berkerja lebih keras jika berat badan anda berlebihan. Perut yang besar juga akan menyukarkan pergerakan paru-paru untuk mengembang dalam proses pernafasan. 

Masalah Pendarahan Hidung

Pendarahan Hidung atau Epistaxis’ adalah sesuatu yang tidak asing lagi berlaku terutamanya di Malaysia yang bersuhu panas dan lembap. Ia bukanlah sebuah penyakit, malah ia hanya sebuah gejala yang serius jika ia melibatkan pendarahan yang berpanjangan sehingga mempengaruhi tekanan darah individu seterusnya membawa kepada kes-kes yang lebih serius dan kecemasan. Kadangkala, ia merupakan sebuah tanda awal kepada pelbagai penyakit kronik seperti ketumbuhan pada dalam rongga hidung dan kanser hidung.

Jenis Pendarahan Hidung

Terdapat dua jenis pendarahan hidung:

  1. Anterior (pendarahan hadapan-utama) – Berlaku apabila salur darah kecil iaitu Pleksus Kiesselbach pada bahagian depan hidung pecah dan berdarah. 
  2. Posterior (pendarahan belakang-kurang biasa dan memerlukan perhatian perubatan) – Pendarahan yang berlaku dari bahagian paling dalam dan belakang rongga hidung. Darah boleh mengalir masuk ke rongga kerongkong seterusnya ke perut pesakit. 

Kadangkala, dalam kes yang lebih teruk, darah boleh mengalir sehingga ke saluran Nasolacrimal (saluran yang menghubungkan rongga hidung dan rongga mata) dan keluar dari mata. Selain itu, darah yang segar ataupun beku turun berpotensi untuk mengalir ke dalam perut dan memberi kesan rasa loya dan muntah-muntah. 

Gambar atas: Pendarahan dari Pleksus Kissselbach yang mengalir keluar melalui Lubang Hidung

Gambar bawah: Pendarahan dari Jaringan Salur Darah kecil di bahagian paling dalam dan belakang rongga hidung, darah mengalir ke belakang memasuki rongga kerongkong

Punca Pendarahan Hidung

Apabila saluran darah mengalami jangkitan, hidung akan berdarah dan ia berpunca daripada:

  1. Selsema berpanjangan 
  2. Suhu badan terlalu tinggi
  3. Alahan pada persekitaran
  4. Hembusan nafas yang terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus (selaput lendir) yang merekah dan berkerak
  6. Kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam, luka atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan dalaman 
  8. Sinusitis yang kronik atau jangkitan kuman seperti jangkitan akut pernafasan

Cara Merawat Pendarahan Hidung

1.Hentikan hidung berdarah:

  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (Jangan mendongak ke atas kerana perbuatan ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi. Ia membantu melancarkan pengaliran darah dan melegakan keradangan yang berlaku. Tuaman ais hendaklah kurang daripada 10 minit untuk mengelakkan kecederaan pada kulit anda.

2.Berjumpa doktor: 

  • Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika mempunyai gejala berikut:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.

Cara Mencegah Pendarahan Hidung

Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan selepas berlakunya pendarahan hidung. Ia penting bagi mengelakkan lagi kes yang sama berulang.

  1. Jangan korek hidung anda

Tindakan menggorek hidung yang kerap boleh merangsang membran hidung. Oleh kerana baru sahja berlaku pendarahan, tindakan menggorek hidung adalah sama sekali tidak dibenarkan.

  1. Jangan menghembus hidung anda

Menghembus hidung dalam masa 24 jam selepas pendarahan terakhir membuat kemungkinan lain. Apabila anda perlu menghembus hidung lagi, lakukan dengan cara yang lembut.

  1. Jangan membongkok

Membongkok ke bawah, mengangkat benda berat, atau melakukan aktiviti lain yang menyebabkan anda tertekan boleh mencetuskan pendarahan hidung. Pastikan aktiviti anda tetap ringan dalam 24 hingga 48 jam selepas pendarahan hidung.

Cegah hidung daripada berdarah semula:

  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek untuk mengelakkan hidung luka dan berdarah. Gunakan pelembap atau minyak bayi bagi mengatasi keadaan ini.

Masalah Kekejangan Otot

KEKEJANGAN OTOT

Kekejangan otot merupakan satu keadaan yang sering kita dengar berlaku kepada para atlet dan warga emas atau ketika bersenam terutamanya. 

Kekejangan Otot adalah kontraksi otot yang kuat, berlaku di luar kawalan. Ia beterusan dan berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan rasa sakit yang kuat sehinggakan boleh mengganggu pergerakan anggota tersebut sendiri. Kekejangan Otot boleh berlaku pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan di bahagian tulang rusuk. 

Kekejangan Otot dipercayai berkait rapat dengan aktiviti regangan yang tidak mencukupi dan keletihan otot yang mendorong kepada ketidaknormalan dalam mekanisme kawalan pengecutan otot. Hal ini disebabkan oleh Pengumpulan Asid Laktik dan bahan toksik secara berlebihan seterusnya ia menyebabkan kemelesetan kandungan Oksigen dan Nutrien dalam otot.

Jenis-jenis Kekejangan Otot

1. Kekejangan Otot selepas bersenam 
  • Kontraksi Otot luar kawalan yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam
  • Over-exhaustion’ iaitu kehausan akibat aktiviti yang melebihi tahap kemampuan 
  • Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi 
  • Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.
2. Kekejangan Otot akibat keletihan
  • Berlaku dalam kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas banyak berpeluh
3. Kekejangan Otot akibat cuaca yang panas
  • Disebabkan oleh kehilangan sejumlah besar air dan garam di dalam badan terutamanya selepas bersenam di bawah suhu yang panas
  • Kebiasaannya bermula di bahagian kaki tetapi boleh melibatkan bahagian yang lain

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terkena Kekejangan Otot

  1. Dapatkan pengaliran udara yang baik, berhenti dan berehat seketika
  2. Minum air yang mencukupi, elakkan pengambilan minuman berkafein
  3. Tuam bahagian otot yang kejang bersama ais bagi mengurangkan kekejangan
  4. Regangan haruslah dilakukan secara perlahan-lahan sehingga simptom kejang otot berkurang. 

Regangan Yang Sesuai Jika Terkena Kekejangan Otot

  1. Dapatkan bantuan dari orang sekeliling
  2. Tegakkan dan tolakkan kaki anda kearah sesuatu yang keras seperti dinding
  3. Tahan keadaan tersebut dalam 15 saat dan ulang sebanyak 5 kali

Cara Mengelakkan Kekejangan Otot

  1. Pastikan anda mendapatkan jumlah air kosong yang mencukupi terutamanya ketika musim panas
  2. Pastikan pengambilan nutrisi harian anda adalah mencukupi
  3. Sayur dan buah-buahan memainkan peranan yang penting dalam membekalkan sumber mineral yang diperlukan oleh otot dan badan
  4. Persediaan fizikal amatlah penting dalam memulakan sebarang aktiviti yang melibatkan otot dan daya tahan badan
  5. Lakukan regangan yang lengkap keatas otot yang cenderung mengalami kekejangan
  6. Regangan sebelum dan selepas senaman amatlah penting supaya dapat mengelakkan sebarang kecederaan otot yang boleh membahayakan tubuh ketika bersukan dan bersenam

Masalah Penyakit Autoimmune

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik Auto-imun dimana badan pesakit akan menghasilkan Protein darah dengan banyak. Protein darah ini dipanggil Antibodi dan ia dengan sendirinya akan menghasilkan tindak balas terhadap tisu badan individu. Faktor penyakit ini melibatkan genetik individu dan persekitaran akan tetapi punca sebenar SLE masih belum dapat dikenalpasti. Mengikut kajian, tahap keagresifan penyakit ini serta penyakit Auto-imun yang lain dipercayai berkait rapat dengan pemakanan, pengambilan sebarang ubat-ubatan sampingan dan tahap tekanan (stress) individu.

Statistik Autoimmune di Malaysia

Di Malaysia, statistik anggaran lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) percaya sebenarnya terdapat ada ramai lagi pengidap penyakit SLE yang belum disahkan.

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Gejala SLE

Gejala-gejala SLE adalah berpandukan organ-organ dalam badan kerana satu sel antibodi yang terhasil sebenarnya berpotensi menyerang mana-mana sahaja organ dalam badan. Antara gejalanya ialah:

  • Malar rash: ruam yang menyerupai bentuk kupu-kupu berwarna merah pada bahagian pipi pesakit 
  • Discoid rash: ruam merah yang selalunya didapati di bahagian siku dan sendi
  • Photosensitivity’: ketidak-upayaan melihat cahaya atau berada dalam bilik yang terang
  • Pericarditis’: keradangan bahagian luar jantung
  • Pleuritis’: keradangan bahagian luar paru-paru
  • Proteinuria’: Protein dalam air kencing 
  • Ulser mulut yang selalunya tidak sakit
  • Keradangan sendi: selalunya melebihi dua sendi dan bersertakan bengkak dan sakit
  • Sawan
  • Platelet kurang dalam darah
  • Masalah sistem imun
  • Positif Antibodi Anti-Nuklear
  • Psikosis
  • Sel Darah Merah dan Putih berkurang dalam darah

*Tidak semua gejala ini akan dialami oleh setiap pesakit lupus. Kebanyakan kes hanya satu atau dua sahaja gejala yang dimanifestasikan pada suatu masa.

Rawatan SLE

Sehingga kini, penyakit SLE tidak mempunyai sebarang penawar yang khusus. Ubat-ubatan yang diberikan para doktor adalah hanya untuk mengawal gejala-gejala yang berlaku supaya tidak bertambah teruk.

Ubat yang sering kali menjadi pilihan utama bagi masalah lupus ini ialah ‘Ibuprofen’ dimana ubat ini dapat membantu merawat demam, kesakitan, keradangan serta bengkak. Ubat jenis ini akan diberikan berdasarkan tahap gejala yang dialami pesakit. 

 

Rawatan yang diberikan haruslah diambil atas nasihat dan arahan doktor sahaja kerana ubat-ubatan ini mempunyai dos yang tertentu bagi individu yang berlainan. Selain itu, doktor akan membincangkan risiko serius yang bakal dihadapi berikutan pengambilan ubat-ubatan berkenaan.

Kesan Diet Ketogenik terhadap SLE?

  1. Pengurangan Berat Badan

Berat badan memainkan peranan penting dalam tindak balas setiap penyakit yang menyerang individu. Berat badan yang berlebihan akan memberi kesan keradangan yang meluas dan kawalan keradangan yang rumit. Oleh itu, para doktor mengesyorkan penurunan berat badan dalam setiap penyakit jika pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan. Hal ini penting untuk mengawal keradangan dan mengatasi banyak aspek penyakit Lupus terutamanya, yang berkaitan dengan sistem dalam badan seperti tahap tenaga dan kesakitan yang rendah. Diet ber-Glisemik Rendah atau Diet Rendah Kalori (seperti Diet Ketogenik) telah terbukti berkesan dalam mengurangkan keletihan.

  1. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Lipid seperti Trigliserida dan Kolesterol secara meluas dianggap sebagai faktor risiko Penyakit Jantung. Bagi mengurangkan faktor risiko Penyakit Kardiovaskular, Diet Ketogenik berpotensi memberi kesan yang signifikan terutamanya dalam menurunkan kadar Trigliserida. Walaupun Kolesterol tidak meningkat sebagai tindak balas langsung dari pengambilan makanan, makanan yang diproses sebenarnya meningkatkan kadar Trigliserida dalam badan di samping gula, dan karbohidrat berkanji. Manfaat kesihatan jantung Keto sangat baik untuk Lupus kerana penyakit ini boleh mempengaruhi kesihatan jantung dalam jangka masa yang panjang. 

  1. Mengurangkan Keradangan

Mengamalkan gaya hidup Keto juga dapat mengurangi keradangan pada tubuh yang mempengaruhi ketahanan diri pesakit. Pada masa yang sama, pengambilan makanan Keto dapat membantu meningkatkan Glutathione, iaitu “ibu kepada semua Antioksidan”, yang berfungsi melawan kerosakan Oksidatif dalam sel dan dapat membantu membalikkan Suar Autoimun.

  1. Meningkatkan Kesihatan Usus

Diet yang menangani penyakit Lupus perlu fokus pada kesihatan Mikrobioma, kerana ketidakseimbangan bakteria adalah pencetus utama dalam penyebaran sel SLE. Pemakanan dalam Diet Ketogenik dapat mengurangkan pengambilan bahan yang dapat memicu masalah usus, seperti biji-bijian, makanan berkarbohidrat tinggi, kekacang dan gula. 

Dalam Diet Ketogenik, pengambilan daging organik dan kaldu tulang yang mengandungi banyak Kolagen adalah digalakkan. Kolagen membantu menyembuhkan dan memulihkan tisu usus, termasuk lapisan mukosa dinding usus, berkat kehadiran Glisin Asid Amino.

Kebanyakan pakar Autoimun mencadangkan Diet Ketogenik sebagai Diet yang ideal kepada para pesakit Autoimun kerana ia mengutamakan pengambilan makanan sihat dan nutrient yang bersifat anti-keradangan. 

Ia dapat menyokong kesihatan usus kerana keadaan usus bocor dan gangguan mikrobioma lain sering menjadi penyebab penyakit Autoimun seseorang individu semakin teruk.  

Diet Ketogenik mungkin kelihatan berbeza bagi sesetengah individu, namun ia bergantung kepada bagaimana pendekatan yang diamalkan. Diet Ketogenik bagi pesakit Lupus mestilah merangkumi keseluruhan makanan yang berkaitan dengan manfaat kesihatan anti-keradangan; ia termasuklah: 

  • Sayur segar
  • Buah-buahan segar
  • Salmon liar
  • Daging yang diberi makan rumput
  • Kacang dan biji

Catatan: Tetap ada sebilangan kajian menggunakan haiwan makmal yang menunjukkan bahawa Diet Tinggi Lemak seperti Diet Ketogenik adalah tidak sesuai bagi penyakit Lupus dimana ia meningkatkan faktor risiko gangguan metabolik dan penyakit jantung seterusnya menjadi penyebab utama kematian bagi mereka yang menderita Lupus. Namun begitu, terdapat juga banyak kajian lain menunjukkan bahawa Diet Ketogenik sebenarnya dapat mengurangkan faktor risiko yang berkaitan dengan masalah metabolik dan jantung. 

Oleh itu, rujuklah doktor anda sebelum memulakan rancangan Diet yang baharu. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan anda bagi menentukan sama ada Diet Ketogenik mempunyai kesan jangka masa panjang yang benar terhadap kesihatan dan autoimun anda secara keseluruhan bergantung kepada tahap dan jenis keradangan yang anda hadapi. 

Sakit Perut Biasa Atau Sebaliknya?

Sakit perut merupakan sebuah simptom kepada pelbagai penyakit. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis – Akut dan Kronik

  1. Akut: penyakit yang muncul secara tiba-tiba, keadaan teruk dan dalam tempoh yang singkat
  2. Kronik: penyakit yang berlarutan, memakan masa yang lama dan sukar untuk sembuh.

Jenis Sakit Perut

Terdapat juga beberapa jenis sakit perut yang diklasifikasikan berdasarkan lokasi dan simptom tertentu seperti:

  • Bahagian Atas Kanan Abdomen:
  1. Batu Hempedu – Gumpalan Hempedu yang mengeras, ia berkumpul di dalam Pundi Hempedu atau Tiub Kecil Hempedu
  2. Ulser perut – Gangguan pada mekanisme pertahanan perut dimana Asid Hidroklorik yang dihasilkan oleh perut telah menghakis tisu pada dinding perut. 
  3. Pankreatitis- Keradangan bahagian kanan organ Pankreas
  • Bahagian Tengah Kanan Abdomen:
  1. Batu Karang – Batu yang terbentuk di dalam saluran kencing iaitu dari Buah Pinggang Kanan hingga ke Pundi Kencing
  2. Jangkitan Saluran Kencing- Jangkitan yang berlaku apabila kuman menjangkiti Sistem Urinari
  3. Sembelit
  4. Hernia Lumbar- Angin Pasang- sebuah benjolan yang terhasil pada bahagian belakang badan sama ada kiri atau kanan
  • Bahagian Bawah Kanan Abdomen:
  1.  Apendiks – Keradangan Apendiks iaitu sebuah organ kecil seakan kantung dari Kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen, apabila keradangan, ia akan membengkak dan bernanah
  2. Sembelit
  3. Hernia Inguinal – Angin Pasang- sebuah benjolan yang terhasil pada bahagian berdekatan dengan bahagian kanan kemaluan 
  • Bahagian Atas Tengah Abdomen:
  1. Ulser Perut – Gangguan pada mekanisme pertahanan perut dimana Asid Hidroklorik yang dihasilkan oleh perut telah menghakis tisu pada dinding perut. 
  2. Pedih Ulu Hati/ Senak (Heartburn/ Gastro-Esophageal Reflux Disease-GERD) – Rasa sakit yang membakar di dada atau sakit perut pada bahagian tengah atas abdomen akibat Asid dari perut yang tertolak balik keatas ke bahagian Esofagus. 
  3. Pankreatitis – Keradangan pada bahagian tengah organ Pankreas
  4. Hernia Epigastrik – Angin Pasang- sebuah benjolan yang terhasil kesan daripada kelemahan otot perut yang mebolehkan tisu abdomen menonjol keluar melalui otot 
  • Bahagian Tengah Abdomen: 

  1. Pankreatitis – Keradangan pada bahagian tengah organ Pankreas
  2. Radang Usus – (Inflammatory Bowel Disease)- keradangan yang melibatkan salur Gastro-usus (Kolon atau Usus Kecil atua kedua-duanya)
  3. Ulser Perut – Gangguan pada mekanisme pertahanan perut dimana Asid Hidroklorik yang dihasilkan oleh perut telah menghakis tisu pada dinding perut.
  4. Hernia Pusat – Angin Pasang- Benjolan yang kebiasaannya berlaku pada bayi dimana otot perut gagal menutup lubang bekas tali pusat dengan sempurna dalam beberapa hari selepas lahir.
  • Bahagian Bawah Tengah Abdomen:

  1. Jangkitan Saluran Kencing – Jangkitan yang berlaku apabila kuman menjangkiti Sistem Urinari
  2. Apendiks – Keradangan Apendiks iaitu sebuah organ kecil seakan kantung dari Kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen, apabila keradangan, ia akan membengkak dan bernanah. Apabila sakit dirasai pada bahagian ini, kebarangkalian keradangan Apendiks telah berlaku pada bahagian ini. 
  3. Penyakit Divertikular (Diverticulosis/ Diverticulitis) – Suatu keadaan apabila kantung pada Kolon (Usus Besar) bawah tengah mengalami keradangan atau infeksi.
  4. Radang Usus – (Inflammatory Bowel Disease)- keradangan yang melibatkan salur Gastro-usus (Kolon atau usus kecil atau kedua-duanya) pada bahagian tengah, bawah abdomen. 
  5. Sakit Pelvis – Kebiasaannya bagi wanita- tanda kekejangan haid, Ovulasi atau masalah Gastro-usus seperti ketidak penerimaan perut terhadap makanan dan kebiasaannya sebagai simptom penyakit-penyakit puan. 
  • Bahagian Atas Kiri Abdomen:

  1. Ulser Perut – Gangguan pada mekanisme pertahanan perut dimana Asid Hidroklorik yang dihasilkan oleh perut telah menghakis tisu pada dinding perut.
  2. Ulser Duodenum – Luka terbuka pada lapisan dinding Duodenum, iaitu bahagian pertama usus kecil, kebiasaannya akibat Infeksi daripada Bakteri Helicobakter Pylori
  3. Kolik Bilier – Sakit akibat penyumbatan pada Salur Hempedu
  4. Pankreatitis – Keradangan pada bahagian hujung organ Pankreas
  • Bahagian Tengah Kiri Abdomen:

  1. Batu Karang – Batu yang terbentuk di dalam Saluran Kencing iaitu dari Buah Pinggang Kiri hingga ke Pundi Kencing
  2. Penyakit Divertikular (Diverticulosis/ Diverticulitis) – Suatu keadaan apabila kantung pada Kolon (Usus Besar) tengah kiri mengalami keradangan atau infeksi.
  3. Sembelit
  4. Radang Usus – (Inflammatory Bowel Disease)- keradangan yang melibatkan salur Gastro-usus (Kolon atau usus kecil atua kedua-duanya) di bahagian kiri, tengah abdomen.
  • Bahagian Bawah Kiri Abdomen: 

  1. Penyakit Divertikular (Diverticulosis/ Diverticulitis) – Suatu keadaan apabila kantung pada Kolon (Usus Besar) bawah kiri mengalami keradangan atau infeksi.
  2. Sakit Pelvis- Kebiasaannya bagi wanita – tanda kekejangan haid, Ovulasi atau masalah Gastro-usus seperti ketidak penerimaan perut terhadap makanan dan kebiasaannya sebagai simptom penyakit – penyakit puan. 
  3. Hernia Inguinal- Angin Pasang – sebuah benjolan yang terhasil pada bahagian berdekatan dengan bahagian kiri kemaluan  

Gejala Sakit Perut

Gejala sakit perut adalah berdasarkan sebab dan keadaan pesakit sendiri, antaranya adalah:

  • Cirit-birit
  • Kehilangan selera makan
  • Mual
  • Muntah 
  • Lemah 
  • Keperluan mendesak untuk pergi ke tandas
  • Berasa seperti anda tidak mengosongkan perut anda sepenuhnya 
  • Melepaskan lendir dari bawah
  • Sembelit
  • Air kencing berwarna gelap
  • Najis berwarna pucat
  • Demam 
  • Penyakit kuning
  • Darah dalam najis
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan 
  • Muntah darah
  • Sakit belakang
  • Sakit di bahu kanan
  • Pedih ulu hati
  • Letih
  • Rasa Asid dalam mulut

Terdapat banyak lagi gejala sakit perut, sila rujuk doktor anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih jelas mengenai keadaan anda.

Rawatan dan Tips Mengelakkan Sakit Perut

Para doktor akan menyarankan pengambilan ubat-ubatan bagi mengurangkan keradangan, mencegah Refluks Asid atau merawat bisul dan jangkitan. Terdapat juga beberapa keadaan yang memerlukan pembedahan segera contohnya serangan Keradangan Apendiks. 

Namun begitu, pengambilan ubat-ubatan anti-keradangan seperti Aspirin dan Ibuprofen secara berlebih-lebihan dan kerap sebenarnya boleh memberi kesan negatif terhadap perut dan memburukkan lagi kesakitan yang pesakit alami dalam jangka masa panjang. Oleh itu, pesakit tidak dibenarkan sewenang-wenangnya mengambil ubat-ubatan ini tanpa diagnosis dan saranan doktor yang bertauliah. 

Perubahan Diet dan Gaya hidup turut dapat membantu sakit perut yang disebabkan oleh gas dan pencernaan. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda cuba:

  • Makan dengan perlahan dan berdikit-dikit
  • Kunyah makanan anda 
  • Minum minuman yang bersuhu bilik
  • Elakkan makanan yang terlalu ber-gas atau pH yang terlalu tinggi atau rendah kerana ia akan mengganggu pencernaan
  • Uruskan tekanan anda
  • Hadkan pengambilan alkohol dan kafein
  • Duduk tegak selepas makan
  • Dapatkan aktiviti fizikal secara berkala 

 

Skills That You Can Learn From Education.

There are many variations of passages of Lorem Ipsum available, but the majority have suffered strike out text alteration in some form, by injected humour, or randomised words which don’t look even slightly believable. If you are going to use a passage of Lorem Ipsum.

Only one thing is impossible for God: To find any sense in any copyright law on the planet.

Mark Twain

Apple Design Award Winners: Apps

Apple today named eight app and game developers receiving an Apple Design Award, each one selected for being thoughtful and creative. Apple Design Award winners bring distinctive new ideas to life and demonstrate deep mastery of Apple technology.

Apple today named eight app and game developers receiving an Apple Design Award, each one selected for being thoughtful and creative. Apple Design Award winners bring distinctive new ideas to life and demonstrate deep mastery of Apple technology. The apps spring up from developers large and small, in every part of the world, and provide users with new ways of working.

Every year, app and game education: Apps

Every year, app and game developers demonstrate exceptional craftsmanship and we’re honoring the best of the best,” said Ron Okamoto, Apple’s vice president of Worldwide Developer Relations. “Receiving an Apple Design Award is a special and laudable accomplishment.

Blog Images
Business and core management app are for enterprise.

Every year, app and game developers demonstrate exceptional craftsmanship and we’re honoring the best of the best,” said Ron Okamoto, Apple’s vice president of Worldwide Developer Relations. “Receiving an Apple Design Award is a special and laudable accomplishment. Past honorees have made some of the most noteworthy apps and games of all time. Through their vision, determination, and exacting standards, the winning developers inspire not only their peers in the Apple developer community, but all of us at Apple, too.

Every year, app and game education: Apps

For more information on the apps and games, visit the App Store.

Every year, app and game developers demonstrate exceptional craftsmanship and we’re honoring the best of the best,” said Ron Okamoto, Apple’s vice president of Worldwide Developer Relations. “Receiving an Apple Design Award is a special and laudable accomplishment.