Masalah Keguguran Rambut

Masalah Keguguran Rambut

keguguran-rambut-min
komplikasi penyakit / Lain lain.. / Masalah Kecantikan / Masalah Usus / Rambut Masalah

Masalah Keguguran Rambut

Lapisan kulit luar manusia dipenuhi dengan folikel rambut yang mengandungi sejenis Protein yang dikenali sebagai Keratin yang memenuhi struktur seurat rambut. Proliferasi sel-sel menyebabkan pertumbuhan rambut. Dalam proses ini, sel-sel lama ditarik keluar melalui permukaan kulit apabila folikel menghasilkan sel rambut baharu. Kadar proliferasi bergantung kepada individu namun ia akan bertambah kira-kira 6 inci dalam setahun pada tahap kesihatan rambut yang optimum.

Kepala individu dewasa secara purata mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 urat rambut dan akan keguguran sehingga 100 urat daripadanya dalam sehari. Kitaran hidup setiap folikel sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti keturunan, perubahan hormon, pemakanan, penyakit dan umur. Kitaran hayat ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu 

  • Anagen – Pertumbuhan rambut aktif yang mengambil masa antara dua hingga enam tahun
  • Catagen – Pertumbuhan rambut peralihan yang mengambil masa dua hingga tiga minggu

Telogen – Fasa rehat yang berlangsung selama dua hingga tiga bulan; pada akhir fasa rehat, rambut digugurkan seterusnya digantikan dengan rambut baharu. Kitaran yang seterusnya akan bermula selepas fasa ini.

KEBOTAKAN (ALOPECIA)

Kebotakan pula biasanya merujuk kepada keguguran rambut yang berlebihan daripada kulit kepala. Keguguran rambut apabila semakin meningkatnya usia adalah penyebab utama kebotakan. Alopecia bersifat sementara ataupun kekal dan ia boleh berlaku tanpa mengira jantina akan tetapi, kaum lelaki adalah lebih cenderung bagi menghidapi Alopecia

Keguguran rambut berlaku melalui pelbagai cara, bergantung pada puncanya. Antaranya adalah secara tiba-tiba atau sedikit demi sedikit dan hanya mempengaruhi kulit kepala atau keseluruhan badan individu. 

Gejala keguguran rambut termasuk:

1. Penipisan secara beransur-ansur pada bahagian atas kepala

Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling kerap berlaku dimana ia mempengaruhi golongan yang sedang meningkat usia. Bagi lelaki, rambut mulai surut pada garis rambut bahagian dahi. Wanita biasanya mempunyai bahagian rambut yang melebar. Oleh itu, pola keguguran rambut yang kerap berlaku pada wanita yang lebih tua adalah garis rambut yang semakin surut (frontal fibrosing Alopecia).

2. Bintik-bintik botak bulat atau “tambal sulam”. 

Sebahagian keguguran rambut berlaku dalam bentuk bintik-bintik botak bulat atau tambalan pada kulit kepala, janggut dan alis. Kulit anda mungkin gatal atau sakit sebelum rambut gugur.

3. Rambut semakin mudah gugur. 

Kejutan fizikal atau emosi boleh menyebabkan akar rambut semakin longgar. Keguguran segenggam rambut ketika menyisir atau mencuci rambut kerap berlaku dalam jenis ini. Ia seterusnya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan tetapi bersifat sementara.

4. Keguguran rambut dan bulu halus seluruh badan. 

Jenis ini melibatkan beberapa keadaan dan rawatan perubatan seperti Kimoterapi dalam rawatan barah. Ia boleh menyebabkan rambut gugur di seluruh badan namun kebiasaannya tumbuh semula.

5. Tompok berskala yang tersebar di kulit kepala. 

Tompok berskala ini adalah tanda Kurap. Ia mungkin disertai dengan rambut patah, kemerahan dan bengkak.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Pastikan anda mendapatkan rawatan atau nasihat doktor jika anda mengalami keguguran rambut yang berterusan. Bagi wanita yang mengalami garis rambut yang semakin surut (Frontal Fibrosing Alopecia), berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan awal bagi mengelakkan kebotakan kekal yang ketara. Keguguran rambut secara tiba-tiba, tidak rata atau keguguran rambut lebih daripada biasa ketika menyikat dan mencuci rambut juga boleh menunjukkan sebuah gejala perubatan yang memerlukan rawatan segera.

PUNCA

Dalam keadaan normal, keguguran rambut boleh berlaku melibatkan 50 hingga 100 helai rambut dalam sehari. Keadaan ini kebiasaannya tidak dapat dilihat kerana rambut baharu akan tumbuh pada masa yang sama. Keguguran rambut menjadi sebuah gejala perubatan apabila tiada pertumbuhan rambut baharu berlaku.

Keguguran rambut kebiasannya berkaitan dengan satu atau lebih faktor berikut:

 

  1. Sejarah keluarga (Keturunan)– Faktor penuaan dan keturunan adalah tidak asing bagi setiap individu. Keadaan ini disebut Alopecia Androgenik, iaitu kebotakan pola lelaki dan kebotakan wanita. Ia biasanya berlaku secara beransur-ansur dan dalam corak yang dapat diramalkan iaitu garis rambut akan surut, bintik botak pada lelaki dan rambut yang menipis di sepanjang mahkota kulit kepala wanita.
  2. Perubahan hormon dan keadaan perubatan– Pelbagai keadaan boleh menyebabkan keguguran rambut kekal atau sementara. Ia termasuk perubahan hormon akibat kehamilan, kelahiran anak, Menopaus dan masalah Tiroid. Keadaan perubatan termasuk Alopecia Areata, dimana ia berkaitan dengan sistem imun dan menyebabkan keguguran rambut, jangkitan kulit kepala seperti kurap dan gangguan tarikan rambut yang disebut Trichotillomania.
  3. Ubat-ubatan dan makanan tambahan– Rambut gugur boleh menjadi kesan sampingan dari ubat-ubatan tertentu seperti ubat-ubatan Kanser, Arthritis, Kemurungan, Masalah Jantung, Gout, Diabetes, Lupus dan Tekanan Darah Tinggi.
  4. Terapi sinaran ke kepala– Rambut berkemungkinan tidak tumbuh kembali sama seperti sebelumnya.
  5. Tekanan emosi– Ramai yang mengalami penipisan rambut secara keseluruhan beberapa bulan selepas kejutan fizikal atau emosi. Rambut gugur jenis ini bersifat sementara.
  6. Gaya rambut dan rawatan– Gaya rambut yang menarik rambut dengan terlalu ketat boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut iaitu Traction Alopecia. Rawatan rambut menggunakan bahan panas dan kekal juga boleh menyebabkan rambut gugur. Sekiranya parut berlaku, keguguran rambut berpotensi untuk kekal.

Rakaman Penuh Video Live Dr Jue

Sekiranya mendaftar, anda akan dapat akses penuh video rakaman Live Dr Jue. Video ini dibahagi kepada tajuk dan topik supaya mudah untuk anda mencari dan tonton.

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap video rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!

PENCEGAHAN

Kebanyakan masalah kebotakan adalah disebabkan oleh faktor genetik (kebotakan pola lelaki dan kebotakan wanita) yang tidak dapat dicegah. 

Antara petua yang dapat membantu anda mengelakkan keguguran rambut yang dapat dicegah:

  1. Bersikap lembut dengan rambut anda. Gunakan detangler dan elakkan menarik rambut ketika menyisir rambut terutama ketika rambut anda basah. Penyisir rambut bergigi lebar dapat membantu mencegah rambut tercabut. Elakkan rawatan keras seperti Pelurus Rambut Panas, Seterika Keriting dan Rawatan Minyak Panas. 
  2. Dapatkan nasihat doktor anda mengenai ubat dan makanan tambahan yang anda ambil terutamanya jika ia menyebabkan keguguran rambut.
  3. Lindungi rambut anda dari cahaya matahari dan sumber cahaya Ultraviolet yang lain.
  4. Berhenti merokok. Banyak kajian menunjukkan hubungan antara merokok dan kebotakan pada lelaki.
  5. Sekiranya anda dalam rawatan Kimoterapi, dapatkan nasihat doktor anda mengenai Topi Penyejuk. Topi ini dapat mengurangkan risiko rambut gugur semasa menjalani rawatan Kimoterapi.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun