Penyakit Batu Hempedu

Penyakit Batu Hempedu

penyakit-batu-hemepdu-min
Batu Hempedu / komplikasi penyakit / Lain lain.. / Penyakit Kronik / Sakit Perut

Penyakit Batu Hempedu

Batu Hempedu adalah kepingan bahan pepejal yang terbentuk di dalam Pundi Hempedu (sebuah organ kecil yang terletak di bawah Hati).

Pundi Hempedu memainkan peranan menyimpan dan melepaskan Hempedu- sejenis cecair yang dihasilkan oleh organ Hati; ia membantu pencernaan Lemak yang dimakan. Hempedu juga membawa sisa seperti Kolesterol dan Bilirubin yang dihasilkan oleh tubuh anda ketika ia memecahkan Sel Darah Merah. Setiap kandungan ini membentuk Batu Hempedu yang bersaiz seperti sebutir pasir hinggalah sebesar sebiji Bola Golf. 

Ramai yang tidak menyedari kewujudannya sehingga Saluran Hempedu tersumbat dan menyebabkan kesakitan yang memerlukan rawatan segera.

Jenis Batu Hempedu

Dua jenis Batu Hempedu utama adalah:

  1. Batu Kolesterol – kebiasaannya berwarna Kuning – kehijauan. 80% kes Batu Hempedu merupakan batu jenis ini.
  2. Batu Pigmen – batu yang lebih kecil dan gelap, ia terhasil daripada gumpalan Bilirubin yang mengeras.

Gejala Batu Hempedu

  • Sakit pada bahagian atas perut, tepat di bawah tulang rusuk kanan 
  1. Sakit pada bahu kanan atau belakang 
  2. Sakit perut dan muntah
  3. Masalah pencernaan lain termasuk pedih ulu hati, dan gas

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor jika mempunyai gejala-gejala jangkitan atau keradangan yang serius:

  1. Sakit perut yang berpanjangan
  2. Demam dan menggigil
  3. Kulit atau mata berwarna kuning
  4. Air kencing berwarna gelap dan kotoran yang terang

Punca Batu Hempedu

  1. Kolesterol berlebihan di dalam Pundi Hempedu. Badan anda memerlukan Hempedu untuk pencernaan Kolesterol. Apabila Hempedu gagal untuk mencerna Kolesterol sepenuhnya, lebihan Kolesterol akan membentuk batu di dalam Pundi Hempedu.
  2. Bilirubin berlebihan di dalam Hempedu. Keadaan seperti Sirosis, jangkitan kuman dan gangguan pada peraliran darah boleh menyebabkan penghasilan Bilirubin yang berlebihan oleh Hati.
  3. Keadaan fisiologi pada bahagian dalam Pundi Hempedu yang tidak kosong sepanjang masa. Ia membolehkan kelikatan Hempedu di dalamnya bertambah seterusnya mengeras.

Faktor Risiko Batu Hempedu

Anda lebih cenderung mendapat Batu Hempedu jika anda:

  1. Mempunyai sejarah keluarga mempunyai keradangan Saluran Hempedu
  2. Berumur lebih dari 40 tahun
  3. Berasal dari keturunan Amerika Asli atau Mexico
  4. Badan berisi atau mempunyai Obesiti
  5. Kurang bersenam
  6. Menggunakan Pil Perancang Keluarga atau Terapi Pengganti Hormon
  7. Sedang hamil
  8. Menghidap Diabetes
  9. Menghidap penyakit usus seperti Crohn’s
  10. Mengalami Anemia Hemolitik atau Sirosis Hati
  11. Anda mengambil ubat kawalan Kolesterol

Diagnosis Batu Hempedu

Terdapat beberapa saringan Ujian Fizikal dan beberapa ujian lain yang perlu dilaksanakan dalam mendapatkan Diagnosis Batu Hempedu

  1. Ujian Darah. Ujian Darah dapat mengesan tanda-tanda jangkitan
  2. Ultrasound.
  3. Imbasan CT. X-ray membolehkan doktor mengesan penyumbatan pada bahagian Saluran Hempedu.
  4. Kolangiopancreatografi Resonan Magnetik (MRCP). Ujian ini menggunakan medan magnet dan denyutan tenaga gelombang radio bagi mendapatkan gambaran organ dalaman pesakit.
  5. Cholescintigraphy (imbasan HIDA). Ujian ini dapat memeriksa jika Pundi Hempedu anda mengeluarkan Hempedu dengan baik. Bahan Radioaktif yang mesra pesakit akan disuntik ke salur darah pesakit seterusnya pergerakannya akan dapat diperhatikan.
  6. Kolangiopancreatografi Retrograde Endoskopi (ERCP). Sebuah tiub Endoskopi akan dimasukkan melalui mulut pesakit ke usus kecil. Pewarna akan disuntik supaya Salur Hempedu dapat dilihat melalui Kamera Endoskopi. Batu Hempedu yang berada di dalam Saluran Hempedu turut dapat dikeluarkan melalui kaedah ini. 

Ultrasound Endoskopi. Ujian ini menggabungkan Ultrasound dan Endoskopi secara serentak bagi mencari Batu Hempedu.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Rawatan Batu Hempedu

Anda tidak memerlukan rawatan jika tidak mengalami sebarang gejala. Sebilangan Batu Hempedu kecil dapat disingkirkan oleh badan dengan sendiri.

  1. Kolesistektomi Laparoskopi. Ini adalah pembedahan yang paling biasa untuk Batu Hempedu. Sebuah tiub iaitu Laparoskop akan dimasukkan ke dalam perut melalui luka kecil. Ia memegang instrumen, lampu, dan kamera. Pundi Hempedu dapat dikeluarkan melalui luka kecil yang lain. Anda biasanya dibenarkan pulang pada hari yang sama.
  2. Kolesistektomi Terbuka. Luka yang lebih besar akan dihasilkan pada bahagian perut untuk membuang Pundi Hempedu. Anda akan tinggal di hospital selama beberapa hari selepas itu.
  3. Sekiranya Batu Hempedu berada di dalam Saluran Hempedu anda, penggunaan ERCP adalah tepat bagi mencari dan membuangnya sebelum atau semasa pembedahan.
  4. Beberapa ubat -ubatan akan diberikan jika pembedahan bukan pilihan rawatan untuk anda. Chenodiol (Chenodol) dan Ursodiol (Actigall, Urso 250, Urso Forte) dimana ia akan melarutkan Batu Hempedu dan Batu Kolestrol yang memakan masa bertahun-tahun untuk pulih.

Video Kursus Ketogenik Diet

BATU HEMPEDU DAN DIET KETOGENIK

Adakah masalah Batu Hempedu bertambah baik atau bertambah buruk jika anda mengamalkan Diet Ketogenik (Diet Rendah Karbohidrat / Tinggi Lemak)?

Seperti yang telah diterangkan, Pundi Hempedu berperanan menyimpan Hempedu, cecair Kuning-Hijau yang dihasilkan oleh Hati. Hempedu digunakan untuk mencerna Lemak yang dimakan. Persoalannya: Adakah pemakanan Lemak benar-benar baik untuk Pundi Hempedu?

Jawapan fobia Lemak konvensional:

-Kepercayaan pengamal perubatan yang biasa kita dengar hari ini adalah bahawa pengambilan makanan berlemak boleh mengakibatkan Batu Hempedu. 

Batu Hempedu boleh tersekat dalam perjalanan ke usus dan memberi anda serangan Batu Hempedu (sakit pada bahagian kanan atas perut anda) seterusnya menyebabkan keradangan. Hal ini terjadi jika anda telah mempunyai ketulan Batu Hempedu di dalam Pundi Hempedu dan pada masa yang sama, anda memakan Lemak yang banyak.

 

Oleh itu, para doktor akan menasihatkan pesakit untuk mengambil makanan Lemak Rendah dan ubat tahan sakit jika anda mendapat serangan Batu Hempedu. Sekiranya serangan berterusan, Pundi Hempedu akan dibuang melalui pembedahan dan masalah pesakit akan hilang. Kesan sampingan dari pembedahan ini adalah dari segi kemampuan usus untuk menyerap lemak akan berkurang disamping kurangnya nutrien dari apa yang pesakit makan (ada sebabnya kita mempunyai Pundi Hempedu).

Pengambilan makanan rendah Lemak ini sebenarnya tidak menghilangkan penyakit Batu Hempedu, sebaliknya sering menjadikannya lebih teruk sehingga memerlukan pembedahan pembuangan Pundi Hempedu atau Batu Hempedu itu sendiri. 

Apa yang berlaku sebenarnya adalah setiap kali pengambilan makanan berlemak, usus memerlukan Hempedu bagi mencerna Lemak tersebut. Jika individu memakan kurang Lemak, lebih banyak Hempedu yang kekal di dalam Pundi Hempedu. Selepas beberapa seketika, Batu Hempedu ini akan mengeras dan membentuk batu. 

Risiko pengambilan makanan Rendah Lemak sebenarnya telah diuji sekurang-kurangnya tiga kali:

  1. Sebuah kajian dijalankan dimana 51 orang pesakit Obes mengamalkan Diet Rendah Kalori dan Rendah Lemak (hanya 1 g Lemak sehari!) Pundi Hempedu pesakit diperiksa dengan ultrasound sebelum pengamalan diet, selepas satu dan dua bulan. Selepas sebulan, empat daripada 51 peserta telah disahkan mempunyai ketulan Batu Hempedu baharu. Selepas dua bulan, 1 daripada 4 pesakit (13 orang) mempunyai Batu Hempedu baharu! Ini berlaku pada diet yang hampir bebas Lemak dimana tiga peserta perlu menjalani pembedahan membuang Pundi Hempedu mereka semasa dalam tempoh kajian.
  2. Kajian serupa telah dilakukan berfokus kepada 19 individu yang mengamalkan Diet Rendah Kalori Rendah Lemak selama 16 minggu. Dalam pemeriksaan ultrasound pada akhir kajian, lima orang (sekali lagi sekitar satu dari empat saiz kajian) disahkan mepunyai ketulan Batu Hempedu baru.
  3. Kajian ketiga dilakukan dimana perbandingan antara Diet Rendah Lemak dan Diet Tinggi Lemak dilakukan selama 3 bulan. 6 dari 11 peserta kajian dalam kumpulan yang mengambil makanan rendah lemak telah disahkan mempunyai ketulan Batu Hempedu yang baharu. Sebaliknya, tiada ketulan Batu Hempedu baharu yang dijumpai pada pesakit dalam kumpulan yang makan lebih banyak Lemak.

Kesimpulan: penyingkiran Lemak dari diet seharian sebenarnya meningkatkan risiko pembentukan Batu Hempedu anda!

Rakaman Penuh Video Live Dr Jue

Sekiranya mendaftar, anda akan dapat akses penuh video rakaman Live Dr Jue. Video ini dibahagi kepada tajuk dan topik supaya mudah untuk anda mencari dan tonton.

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap video rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!

Mungkinkah Karbohidrat?

Daripada memandang Lemak sebagai penyebab utama Batu Hempedu, mungkin kita harus melihat Karbohidrat.

Sebuah kajian pemerhatian melaporkan bahawa pengambilan lebih banyak Karbohidrat adalah berkaitan dengan peningkatan risiko pembentukan Batu Hempedu. Penulis melaporkan trend yang sama bagi indeks glisemik dan beban glisemik.

Berdasarkan kajian ini, pengurangan jumlah Karbohidrat dan memberi tumpuan kepada Karbohidrat Glisemik yang lebih rendah telah terbukti memberi pendekatan yang lebih relevan bagi menurunkan risiko pembentukan Batu Hempedu pada masa hadapan.

Apa yang akan berlaku sekiranya anda melakukan sebaliknya?

Bagaimana jika anda lebihkan pengambilan Lemak dalam pemakanan? Dalam senario ini, lebih banyak Hempedu akan digunakan untuk mencerna makanan. Saluran Hempedu dan Pundi Hempedu akan memerah dengan lebih kerap. Dengan ini, secara teorinya Hempedu tidak akan berpeluang untuk mengeras di dalam pundi, sebaliknya batu yang sedia ada di dalam Pundi Hempedu akan (jika anda bernasib baik) dibuang ke usus kecil.

Risikonya adalah jika anda sudah mempunyai Batu Hempedu, anda mungkin akan berasa tidak selesa semasa membuangnya. Persoalannya adalah: Adakah anda ingin memikirkan penyelesaian jangka masa pendek (Rendah Lemak) atau untuk jangka masa panjang (Lebih Tinggi Lemak)?

Adakah makanan tinggi Lemak berfungsi?

Sebuah percubaan terkawal secara rawak telah dilakukan bagi membandingkan Diet Tinggi Lemak dan Diet Rendah Lemak pada dua kumpulan individu Obes selama 6 bulan.

Kumpulan Lemak tinggi mempunyai pengosongan Pundi Hempedu yang lebih baik dan tidak ada pembentukan Batu Hempedu yang baharu, sedangkan lebih daripada 50% kumpulan Rendah Lemak telah disahkan mempunyai ketulan Batu Hempedu baharu. Hal ini berlaku walaupun terdapat penurunan berat badan dalam kedua-dua kumpulan kajian.

Kajian ini sesuai dengan pengalaman klinikal dan laporan anekdot dari pesakit yang pernah mengalami penyakit berkaitan Batu Hempedu dan telah sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan Diet Ketogenik. 

Sama seperti nasihat yang diberikan kepada para pesakit Batu Ginjal iaitu mereka digalakkan meminum banyak air minuman supaya dapat meningkatkan pengeluaran air kencing. Hal ini dapat mencegah pembentukan batu. Ia mungkin memberi ketidakselesaan pada pesakit dalam jangka masa pendek namun ia baik dan merupakan sebuah pendekatan kepada penyelesaian dalam jangka masa panjang. 

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun