Dawn Phenomenon dan Somogyi Effect

Bagi para pesakit Diabetes, Kesan Somogyi dan Fenomena Subuh akan menyebabkan kadar gula dalam darah melonjak lebih tinggi pada waktu pagi. 

Salah siapa? Fenomena Subuh berlaku secara semula jadi, akan tetapi Kesan Somogyi sebenarnya berlaku akibat kecuaian dalam pengurusan perubatan pesakit sendiri.

 

Insulin, Gula dalam Darah dan Tidur

Tubuh manusia menggunakan gula yang disebut Glukosa sebagai sumber tenaga utamanya. Hormon yang disebut Insulin yang dihasilkan oleh Pankreas membantu tubuh memindahkan Glukosa dari aliran darah ke setiap sel tubuh badan manusia.

Semasa tidur, badan tidak memerlukan banyak tenaga. Akan tetapi ketika hendak bangun dari tidur, badan manusia akan bersiap sedia untuk membakar lebih banyak bahan bakar sebagai persediaan bekalan tenaga. Badan akan memberitahu organ Hati untuk mula mengeluarkan lebih banyak Glukosa ke dalam darah. Hal ini akan mencetuskan lebih banyak penghasilan Insulin bagi membantu pengagihan Glukosa ke sel dalam badan. 

Sekiranya anda menghidap Diabetes, badan anda tidak akan mempunyai Insulin yang mencukupi bagi menangani jumlah Glukosa yang tinggi ini. Hal ini memberi kesan terlalu banyak Glukosa dalam darah anda dan keadaan inilah yang disebut Hiperglisemia.

Fenomena Fajar

Sekiranya anda pengidap Diabetes, badan anda tidak akan mampu mengeluarkan banyak Insulin untuk menangani kenaikan gula yang tinggi dalam darah pada awal pagi. Ia dinamakan Fenomena Fajar kerana ia kebiasaanya berlaku antara pukul 3 hingga 8 pagi.

Kesan Somogyi

Kesan Somogyi juga menyebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah pada awal pagi. Akan tetapi, ia kebiasanya berlaku apabila pesakit mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit Insulin sebelum tidur, atau ketika pesakit mengambil sebarang makanan ringan pada waktu malam.

Apabila ia berlaku, tahap Glukosa dalam darah akan berkurang dengan pantas dalam hanya semalaman. Tubuh pesakit akan bertindak balas dengan melepaskan hormon yang berfungsi melawan Insulin. Ini bermakna pesakit akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah pada waktu pagi. Keadaan ini pula dipanggil Hiperglisemia Pemulihan (Rebound Hyperglycemia).

 

Dalam kedua-dua keadaan ini, tahap gula dalam darah akan meningkat pada waktu pagi.

Neuropati Diabetes Kerosakan Saraf Mata

Neuropati Diabetes adalah komplikasi serius pesakit Diabetes Jenis-1 dan Jenis-2. Ia adalah sejenis kerosakan saraf yang disebabkan oleh tahap gula darah yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Keadaan ini kebiasaannya berkembang dengan perlahan, kadang-kala mengambil masa selama beberapa dekad.

Sekiranya anda menghidap Diabetes dan kehilangan deria rasa, kekebasan, sakit atau kelemahan pada tangan atau kaki, pastikan anda berjumpa dengan doktor anda. Ia merupakan antara gejala awal Neuropati Periferal. Ia merupakan sebuah keadaan yang merbahaya kerana kebiasaannya anda tidak akan dapat merasa sakit dan ulser timbul di kaki anda.

Sekira berlakunya Neuropati Periferal yang teruk atau berpanjangan, anda mungkin terdedah kepada kecederaan atau jangkitan. Dalam kes yang lebih serius, penyembuhan luka akan mengambil masa yang amat lama lalu ia akan terdedah kepada jangkitan yang boleh menyebabkan amputasi.

Terdapat pelbagai jenis Neuropati Diabetes yang mempengaruhi kawasan tubuh anda yang berlainan, ia memaparkan gejala yang berbeza mengikut organ. Sekiranya anda menghidap Diabetes, pastikan anda memeriksa kadar Glukosa darah anda secara berkala dan menghubungi doktor anda sekiranya mempunyai simptom Neuropati.

Apakah Gejala Neuropati Diabetes?

Gejala Neuropati muncul secara beransur-ansur. Dalam kebanyakan kes, kerosakan saraf pertama yang berlaku akan melibatkan saraf kaki. Ini boleh menyebabkan simptom “tusukan pin dan jarum” yang menyakitkan pada bahagian kaki anda.

Setiap gejala adalah berbeza mengikut organ yang terlibat. Namun begitu, berikut merupakan tanda dan gejala umum pelbagai jenis Neuropati Diabetes:

  • Kepekaan terhadap sentuhan
  • Kehilangan deria sentuhan
  • Kesukaran koordinasi ketika berjalan
  • Sensasi terbakar di bahagian kaki terutamanya pada waktu malam
  • Kelemahan dan kecutan otot
  • Kembung perut
  • Loya, senak atau muntah
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Pening semasa anda berdiri
  • Berpeluh berlebihan atau berkurang
  • Masalah pundi kencing seperti pengosongan pundi kencing yang tidak sempurna
  • Kekeringan faraj
  • Kegagalan ereksi
  • Ketidakupayaan untuk merasakan Glukosa yang rendah dalam darah
  • Masalah penglihatan seperti penglihatan berganda

Jenis-jenis Neuropati Diabetes

Istilah Neuropati digunakan bagi menggambarkan beberapa jenis kerosakan saraf. Pada individu yang menghidap Diabetes, terdapat empat jenis Neuropati utama.

  1. Neuropati Periferal – Bentuk Neuropati yang paling biasa adalah Neuropati Periferal. Neuropati Periferal biasanya mempengaruhi kaki, namun juga boleh mempengaruhi lengan atau tangan. Gejalanya bervariasi dari ringan hingga parah. Ia merangkumi:
  • kebas
  • sensasi kesemutan atau terbakar
  • kepekaan melampau untuk menyentuh
  • tidak sensitif terhadap suhu panas dan sejuk
  • sakit tajam atau kekejangan
  • kelemahan otot
  • kehilangan keseimbangan atau koordinasi
  • Sebilangan orang mengalami gejala lebih kerap pada waktu malam.

Neuropati Periferal tidak semestinya berkaitan dengan sebarang kecederaan atau kesakitan pada kaki. Pesakit Diabetes sering mengalami peredaran darah yang lemah, hal ini akan menyukarkan penyembuhan luka yang meningkatkan risiko jangkitan kuman.

  1. Neuropati Autonomi– Jenis Neuropati kedua yang sering berlaku kepada para penghidap Diabetes adalah Neuropati Autonomi. Ia berlaku apabila sistem saraf autonomi bertindak menggantikan sistem lain di dalam badan yang sudah tidak lagi mempunyai kawalan sedar. Banyak organ dan otot akan dikendalikan olehnya, termasuk:
  • Sistem penghadaman
  • Kelenjar peluh
  • Organ seks dan pundi kencing
  • Sistem Kardiovaskular
  • Sistem pencernaan

 

Kerosakan Saraf pada sistem pencernaan boleh menyebabkan:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Kesukaran menelan makanan
  • Gastroparesis- menyebabkan perut mengosong terlalu perlahan ke usus kecil lalu memberi kesan kelewatan pencernaan. Ia boleh bertambah buruk dari masa ke masa dan menyebabkan mual serta muntah yang kerap. Anda biasanya akan merasa kenyang terlalu cepat dan tidak dapat menghabiskan makanan.
  • Pencernaan yang tertunda sering menjadikan diri pesakit lebih sukar untuk mengawal kadar Glukosa darah, dengan bacaan tinggi dan rendah yang sering bergantian.
  • Hipoglisemia seperti berpeluh dan jantung berdebar; namun ia tidak dapat dikesan pada pesakit Neuropati Autonomi. Ia boleh membawa kepada keadaan kecemasan Hipoglisemik.
  • Masalah seksual dan pundi kencing – Neuropati Autonomi juga boleh menyebabkan masalah seksual seperti kegagalan ereksi, kekeringan faraj atau kesukaran mencapai orgasme. Neuropati pada pundi kencing boleh menyebabkan Inkontinensia atau menyukarkan pundi kencing untuk penuh.
  • Masalah Kardiovaskular- Kerosakan pada saraf yang mengawal degupan jantung dan tekanan darah anda dapat membuatkan pesakit bertindak balas dengan lebih perlahan. Pesakit mungkin mengalami penurunan tekanan darah dan merasa pening terutamanya ketika berdiri setelah duduk atau berbaring. Neuropati Autonomi juga boleh menyebabkan degupan jantung bertambah cepat dan tidak normal.
  • Neuropati autonomi dapat menyukarkan pesakit mengenal pasti beberapa gejala serangan jantung. Pesakit mungkin tidak dapat merasakan sakit dada ketika jantung tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Berikut merupakan tanda-tanda amaran lain bagi serangan jantung, termasuk:
  • berpeluh yang banyak
  • sakit pada lengan, belakang, leher, rahang atau perut
  • sesak nafas
  • loya
  • ringan kepala
  1. Neuropati Proksimal– Sejenis Neuropati yang jarang berlaku adalah Neuropati Proksimal yang juga dikenali sebagai Amylotrofi Diabetes. Bentuk Neuropati ini lebih sering berlaku pada pesakit dewasa yang berusia lebih dari 50 tahun dengan Diabetes Jenis-2 dan lebih kerap berlaku pada lelaki.

Ia kebiasannya menyerang pinggul, punggungn atau paha. Pesakit mungkin akan mengalami kesakitan yang tiba-tiba dan kadangkala amat teruk. Kelemahan otot pada kaki pesakit akna menyukarkan pesakit untuk berdiri tanpa bantuan. Amyotrofi Diabetes kebiasaanya hanya mempengaruhi satu bahagian badan. Gejala penyakit ini adalah siknifikan namun kebanyakan pesakit pulih dalam beberapa tahun, walaupun tanpa rawatan.

  1. Neuropati Fokus- Neuropati Fokus atau Mononeuropati berlaku apabila terdapat kerosakan pada satu saraf atau kumpulan saraf tertentu yang menyebabkan kelemahan pada kawasan yang terjejas. Ia kerap berlaku pada tangan, kepala, batang badan atau kaki pesakit. Ia turut muncul secara tiba-tiba dan kebiasannya amat menyakitkan.

Sama seperti Neuropati Proksimal, kebanyakan Neuropati Fokus hilang dalam beberapa minggu atau bulan dan tidak akan memberi kesan kerosakan yang berpanjangan. Jenis ini yang paling biasa adalah Sindrom Karpal Tunnel.

Walaupun kebanyakan pesakit tidak mengalami simptom Sindrom Karpal Tunnel, kira-kira 25% pesakit yang menghidap Diabetes akan mengalami tahap mampatan saraf pada pergelangan tangan.

Gejala neuropati fokus termasuk:

  • sakit, mati rasa, kesemutan di jari
  • ketidakupayaan untuk memberi tumpuan
  • penglihatan berganda
  • sakit di belakang mata
  • Kelumpuhan Bell
  • sakit di kawasan terpencil, seperti bahagian depan paha, punggung bawah, kawasan pelvis, dada, perut, di dalam kaki, di luar kaki bawah, atau kelemahan pada jari kaki

 

Rawatan Neuropati Diabetes

Tidak ada ubat untuk Neuropati Diabetes, tetapi anda boleh melambatkan perkembangannya. Menjaga kadar gula darah anda dalam lingkungan yang sihat adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan kemungkinan menghidap Neuropati Diabetes atau melambatkan perkembangannya. Ia juga dapat melegakan beberapa gejala Diabetes yang lain. Pesakit akna disarankan untuk berhenti merokok dan bersenam secara teratur sebagai sebahagian daripada rancangan rawatan yang komprehensif. 

  • Pengurusan kesakitan – Ubat boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh Neuropati Diabetes namun sehingga kini, masih tidak ada ubat-ubatan yang boleh merawatnya. 

Anda mungkin juga ingin mempertimbangkan terapi alternatif, seperti Akupunktur. Terapi alternatif dapat memberikan kelegaan tambahan disamping merawat punca penyakit ini dengan perlahan.

  • Pengurusan komplikasi – Ia bergantung kepada jenis Neuropati anda, doktor anda boleh mencadangkan ubat, terapi atau perubahan gaya hidup yang dapat membantu mengatasi gejala dan mengatasi komplikasi.

Sebagai contoh, jika anda menghadapi masalah pencernaan akibat Neuropati, doktor akan mencadangkan pengambilan makanan yang lebih kecil lebih kerap dan menghadkan jumlah serat dan Karbohidrat dalam makanan anda.

Neuropati Perifer sebenarnya merupakan sebuah komplikasi yang biasa berlaku kepada para menghidap Diabetes dan boleh menyebabkan komplikasi kaki yang lebih serius, yang seterusnya boleh menyebabkan amputasi. Sekiranya anda mempunyai neuropati periferal, penting untuk menjaga kaki anda dan mendapatkan bantuan dengan cepat sekiranya anda mengalami kecederaan atau sakit.

Cara mencegah Neuropati Diabetes?

Neuropati Diabetes sering dapat dielakkan jika anda menguruskan aras Glukosa dalam darah anda dengan berhati-hati. Untuk melakukan ini, anda haruslah bersikap konsisten dalam:

  • memantau tahap Glukosa dalam darah anda
  • mengambil ubat seperti yang ditetapkan
  • menguruskan diet anda
  • kekal aktif
  • mendapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah

Sekiranya anda menghidap Neuropati Diabetes, anda haruslah bekerjasama dengan doktor anda dan ikuti cadangan mereka untuk memperlambat perkembangannya. Dengan penjagaan yang betul, anda dapat mengurangkan kerosakan pada saraf dan mengelakkan komplikasi.

Berat Badan dalam Ketogenik Diet

Penurunan berat badan dalam Diet Ketogenik dalam lebih ketara selepas seminggu. Dalam diet “biasa” iaitu dengan kekurangan kalori dan rejim senaman biasa, kebanyakan individu dapat menurunkan berat badan dua hingga tiga kilogram dalam seminggu, sementara mereka yang mengikuti Diet Keto biasanya mengalami penurunan dari dua hingga sepuluh kilogram.

Walaupun ini mengagumkan, anda harus tahu bahawa kebanyakan penurunan berat badan peringkat awal ini adalah berat air. Kenapa? Kerana Karbohidrat mengekalkan air ketika disimpan di dalam badan. Mari kita ulas: Tubuh anda menyimpan Karbohidrat sebagai Glikogen dan bagi setiap gram Glikogen yang tersimpan, terdapat kira-kira tiga gram air bersamanya, jadi apabila anda menyekat pengambilan Karbohidrat, badan anda akan kehilangan simpanan Glikogen dan air yang disimpan dengannya.

Dalam Diet Keto, selepas berlakunya kehilangan “berat air”, akan berlakunya pembakaran Lemak kepada Ketone bagi dijadikan sumber tenaga utama menggantikan Glukosa.

Hasil penurunan berat badan Keto secara signifikan selepas sebulan

Dalam tempoh empat hingga lima minggu dalam diet, anda akan mengalami beberapa gejala awal diet. Sekiranya anda mengikuti diet dengan betul, iaitu tiada kelonggaran dalam pemakanan (idealnya tidak sama sekali), badan anda akan aktif membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Purata penurunan berat badan bulanan keto adalah sekitar 10 hingga 20 kilogram (empat hingga lima kilogram seminggu yang dianggap selamat).

Sebaiknya, gunakan skala yang mengukur peratusan lemak badan dan gunakannya sebagai panduan lain sepanjang perjalanan Diet Keto anda. Kenapa? Walaupun tidak 100% tepat, skala yang mengukur peratusan lemak badan dapat memberi idea yang lebih baik mengenai jumlah lemak sebenar yang hilang daripada menumpukan hanya pada berat badan yang hilang. Sekiranya anda melakukan aktiviti tambahan, anda mungkin akan membina otot tambahan (yang beratnya lebih tinggi daripada lemak) sehingga anda dapat memantau peratusan lemak badan anda setiap minggu agar tidak menjadi putus asa jika berat badan anda tidak banyak berkurang. (Ambil gambar dengan kerap adalah cara lain yang baik bagi melihat perubahan dalam badan anda yang mungkin tidak dapat dilihat pada skala.)

Hasil penurunan berat badan Keto selepas 90 hari

Setelah 90 hari mengamalkan Diet Keto, anda mungkin akan melihat hasil penurunan berat badan yang ketara. Walaupun hasilnya berbeza-beza bergantung pada tubuh anda dan seberapa disiplin anda mengikuti Diet Keto (dan berapa lama), adalah realistik untuk menjangkakan bahawa jika anda mengikuti Diet Keto sebenar seperti panduan Dr Jue, anda akan melihat kehilangan sekurang-kurangnya 5 kilogram lemak per minggu. Setelah tiga bulan menjalani Diet Keto, walaupun ramai yang menganggap hasilnya lambat (juga disebut dataran tinggi penurunan berat badan) dalam mencapai berat badan sasaran, percayalah ini adalah sesuatu yang normal dan lebih selamat.

Kekebalan Insulin

Apakah yang dimaksudkan dengan Kekebalan Insulin?

Kekebalan Insulin adalah apabila sel-sel pada otot, lemak dan hati individu tidak dapat memberi bertindak balas yang baik terhadap Insulin. Ia seterusnya tidak dapat menukarkan Glukosa dari darah kepada tenaga. Sebagai tindakbalas, Pankreas akan menghasilkan lebih banyak Insulin. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak memberi sebarang tindakan yang siknifikan dan lama kelamaan, aras gula dalam darah akan meningkat.

Sindrom Kekebalan Insulin merangkumi sekumpulan gejala seperti Obesiti, Tekanan Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi dan Diabetes Jenis-2. Kumpulan gejala ini turut dikenali sebagai Sindrom Metabolik.

 

Faktor Risiko dan Punca Kekebalan Insulin:

  • Obesiti, terutamanya lemak perut
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Diet tinggi Karbohidrat
  • Diabetes Kehamilan
  • Keadaan kesihatan seperti penyakit hati berlemak tanpa alcohol (Non-alcoholic Fatty Liver) dan Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS)
  • Sejarah keluarga yang menghidap Diabetes
  • Merokok
  • Umur – kemungkinan besar selepas 45 tahun
  • Gangguan hormon seperti sindrom Cushing dan Akromegali (Hormon tumbesaran yang berlebihan dalam tubuh)
  • Ubat seperti Steroid, Antipsikotik dan ubat HIV
  • Masalah tidur seperti Apnea tidur

Gejala Kekebalan Insulin

Ujian darah perlu dilakukan bagi mengenalpasti samaada anda mengidap Kekebalan Insulin. Hal ini kerana ia kebiasaannya tidak memberi sebarang gejala yang jelas. Begitu juga dengan gejala lain yang sering berlaku seiringan dengan Kekebalan Insulin seperti Tekanan Darah Tinggi dan Trigliserida yang tinggi. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih tepat. 

Tanda-tanda Kekebalan Insulin termasuk:
  • Garis pinggang melbihi 40 inci bagi lelaki dan 35 inci bagi wanita
  • Bacaan tekanan darah 130/80 atau lebih 
  • Tahap Glukosa berpuasa melebihi 100 mg / dL
  • Tahap Trigliserida puasa melebihi 150 mg / dL
  • Tahap Kolesterol HDL di bawah 40 mg / dL bagi lelaki dan 50 mg / dL bagi wanita
  • Tanda pada kulit– kulit gelap dan baldu yang disebut Acanthosis Nigricans
  • Diagnosis dan Ujian Ketahanan Insulin
 
Beberapa saringan akan dilakukan bagi mendiagnosis Kekebalan insulin:
  • Sejarah perubatan keluarga anda.
  • Ujian fizikal. Mereka akan menimbang anda dan memeriksa tekanan darah anda.
  • Saringan darah:
  • Saringan Glukosa Plasma Puasa. Ujian ini mengukur gula darah anda setelah anda tidak makan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • Saringan Toleransi Glukosa Oral. Pertama, anda akan mengambil Ujian Glukosa Puasa. Kemudian anda akan diberi larutan manis untuk diminum. Dua jam selepas itu, anda akan menjalani ujian darah yang kedua.
  • Saringan darah ini menunjukkan tahap gula darah anda secara purata sepanjang 2 hingga 3 bulan yang lepas. Ia menjadi rujukan bagi mendiagnosis Pra-diabetes atau Diabetes. Sekiranya anda pengidap Diabetes, ujian ini memainkan peranan dalam kawalan penyakit. 

Rawatan dan Pencegahan Kekebalan Insulin

Kekebalan Diabetes Jenis-2 sebenarnya boleh dirawat dan boleh diundurkan:

  • Senaman- Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari aktiviti sederhana (seperti berjalan pantas) 5 atau lebih hari dalam seminggu. 
  • Berat badan yang sihat. Tanyakan kepada doktor anda bagaimana anda boleh mencapai matlamat penurunan berat badan. Anda boleh berbincang dengan pakar pemakanan dan jurulatih peribadi yang bertauliah.
  • Makan makanan yang sihat. 
  • Ambil ubat. Doktor anda mungkin menetapkan ubat yang disebut metformin (Fortamet, Glucophage, Glumetza, Riomet) untuk membantu memastikan gula darah anda sentiasa dalam keadaan terkawal.

 

Komplikasi Kekebalan Insulin

Sekiranya Sindrom Metabolik tidak dirawat, boleh menyebabkan kesan yang berikut. Hal ini kerana Kekebalan Insulin boleh merosakkan lagi sel-sel dan sistem badan yang lain.

  • Kenaikan aras gula dalam darah
  • Serangan jantung
  • Tekanan dan Sakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Masalah mata
  • Kanser
  • Penyakit Alzheimer