Neuropati Diabetes Kerosakan Saraf Mata

Neuropati Diabetes Kerosakan Saraf Mata

neuropati-diabetes-min
Insulin / Kencing Manis / komplikasi penyakit / Lain lain.. / Penyakit Kronik

Neuropati Diabetes Kerosakan Saraf Mata

Neuropati Diabetes adalah komplikasi serius pesakit Diabetes Jenis-1 dan Jenis-2. Ia adalah sejenis kerosakan saraf yang disebabkan oleh tahap gula darah yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Keadaan ini kebiasaannya berkembang dengan perlahan, kadang-kala mengambil masa selama beberapa dekad.

Sekiranya anda menghidap Diabetes dan kehilangan deria rasa, kekebasan, sakit atau kelemahan pada tangan atau kaki, pastikan anda berjumpa dengan doktor anda. Ia merupakan antara gejala awal Neuropati Periferal. Ia merupakan sebuah keadaan yang merbahaya kerana kebiasaannya anda tidak akan dapat merasa sakit dan ulser timbul di kaki anda.

Sekira berlakunya Neuropati Periferal yang teruk atau berpanjangan, anda mungkin terdedah kepada kecederaan atau jangkitan. Dalam kes yang lebih serius, penyembuhan luka akan mengambil masa yang amat lama lalu ia akan terdedah kepada jangkitan yang boleh menyebabkan amputasi.

Terdapat pelbagai jenis Neuropati Diabetes yang mempengaruhi kawasan tubuh anda yang berlainan, ia memaparkan gejala yang berbeza mengikut organ. Sekiranya anda menghidap Diabetes, pastikan anda memeriksa kadar Glukosa darah anda secara berkala dan menghubungi doktor anda sekiranya mempunyai simptom Neuropati.

Apakah Gejala Neuropati Diabetes?

Gejala Neuropati muncul secara beransur-ansur. Dalam kebanyakan kes, kerosakan saraf pertama yang berlaku akan melibatkan saraf kaki. Ini boleh menyebabkan simptom “tusukan pin dan jarum” yang menyakitkan pada bahagian kaki anda.

Setiap gejala adalah berbeza mengikut organ yang terlibat. Namun begitu, berikut merupakan tanda dan gejala umum pelbagai jenis Neuropati Diabetes:

  • Kepekaan terhadap sentuhan
  • Kehilangan deria sentuhan
  • Kesukaran koordinasi ketika berjalan
  • Sensasi terbakar di bahagian kaki terutamanya pada waktu malam
  • Kelemahan dan kecutan otot
  • Kembung perut
  • Loya, senak atau muntah
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Pening semasa anda berdiri
  • Berpeluh berlebihan atau berkurang
  • Masalah pundi kencing seperti pengosongan pundi kencing yang tidak sempurna
  • Kekeringan faraj
  • Kegagalan ereksi
  • Ketidakupayaan untuk merasakan Glukosa yang rendah dalam darah
  • Masalah penglihatan seperti penglihatan berganda
Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Jenis-jenis Neuropati Diabetes

Istilah Neuropati digunakan bagi menggambarkan beberapa jenis kerosakan saraf. Pada individu yang menghidap Diabetes, terdapat empat jenis Neuropati utama.

  1. Neuropati Periferal – Bentuk Neuropati yang paling biasa adalah Neuropati Periferal. Neuropati Periferal biasanya mempengaruhi kaki, namun juga boleh mempengaruhi lengan atau tangan. Gejalanya bervariasi dari ringan hingga parah. Ia merangkumi:
  • kebas
  • sensasi kesemutan atau terbakar
  • kepekaan melampau untuk menyentuh
  • tidak sensitif terhadap suhu panas dan sejuk
  • sakit tajam atau kekejangan
  • kelemahan otot
  • kehilangan keseimbangan atau koordinasi
  • Sebilangan orang mengalami gejala lebih kerap pada waktu malam.

Neuropati Periferal tidak semestinya berkaitan dengan sebarang kecederaan atau kesakitan pada kaki. Pesakit Diabetes sering mengalami peredaran darah yang lemah, hal ini akan menyukarkan penyembuhan luka yang meningkatkan risiko jangkitan kuman.

  1. Neuropati Autonomi– Jenis Neuropati kedua yang sering berlaku kepada para penghidap Diabetes adalah Neuropati Autonomi. Ia berlaku apabila sistem saraf autonomi bertindak menggantikan sistem lain di dalam badan yang sudah tidak lagi mempunyai kawalan sedar. Banyak organ dan otot akan dikendalikan olehnya, termasuk:
  • Sistem penghadaman
  • Kelenjar peluh
  • Organ seks dan pundi kencing
  • Sistem Kardiovaskular
  • Sistem pencernaan

 

Kerosakan Saraf pada sistem pencernaan boleh menyebabkan:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Kesukaran menelan makanan
  • Gastroparesis- menyebabkan perut mengosong terlalu perlahan ke usus kecil lalu memberi kesan kelewatan pencernaan. Ia boleh bertambah buruk dari masa ke masa dan menyebabkan mual serta muntah yang kerap. Anda biasanya akan merasa kenyang terlalu cepat dan tidak dapat menghabiskan makanan.
  • Pencernaan yang tertunda sering menjadikan diri pesakit lebih sukar untuk mengawal kadar Glukosa darah, dengan bacaan tinggi dan rendah yang sering bergantian.
  • Hipoglisemia seperti berpeluh dan jantung berdebar; namun ia tidak dapat dikesan pada pesakit Neuropati Autonomi. Ia boleh membawa kepada keadaan kecemasan Hipoglisemik.
  • Masalah seksual dan pundi kencing – Neuropati Autonomi juga boleh menyebabkan masalah seksual seperti kegagalan ereksi, kekeringan faraj atau kesukaran mencapai orgasme. Neuropati pada pundi kencing boleh menyebabkan Inkontinensia atau menyukarkan pundi kencing untuk penuh.
  • Masalah Kardiovaskular- Kerosakan pada saraf yang mengawal degupan jantung dan tekanan darah anda dapat membuatkan pesakit bertindak balas dengan lebih perlahan. Pesakit mungkin mengalami penurunan tekanan darah dan merasa pening terutamanya ketika berdiri setelah duduk atau berbaring. Neuropati Autonomi juga boleh menyebabkan degupan jantung bertambah cepat dan tidak normal.
  • Neuropati autonomi dapat menyukarkan pesakit mengenal pasti beberapa gejala serangan jantung. Pesakit mungkin tidak dapat merasakan sakit dada ketika jantung tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Berikut merupakan tanda-tanda amaran lain bagi serangan jantung, termasuk:
  • berpeluh yang banyak
  • sakit pada lengan, belakang, leher, rahang atau perut
  • sesak nafas
  • loya
  • ringan kepala
  1. Neuropati Proksimal– Sejenis Neuropati yang jarang berlaku adalah Neuropati Proksimal yang juga dikenali sebagai Amylotrofi Diabetes. Bentuk Neuropati ini lebih sering berlaku pada pesakit dewasa yang berusia lebih dari 50 tahun dengan Diabetes Jenis-2 dan lebih kerap berlaku pada lelaki.

Ia kebiasannya menyerang pinggul, punggungn atau paha. Pesakit mungkin akan mengalami kesakitan yang tiba-tiba dan kadangkala amat teruk. Kelemahan otot pada kaki pesakit akna menyukarkan pesakit untuk berdiri tanpa bantuan. Amyotrofi Diabetes kebiasaanya hanya mempengaruhi satu bahagian badan. Gejala penyakit ini adalah siknifikan namun kebanyakan pesakit pulih dalam beberapa tahun, walaupun tanpa rawatan.

  1. Neuropati Fokus- Neuropati Fokus atau Mononeuropati berlaku apabila terdapat kerosakan pada satu saraf atau kumpulan saraf tertentu yang menyebabkan kelemahan pada kawasan yang terjejas. Ia kerap berlaku pada tangan, kepala, batang badan atau kaki pesakit. Ia turut muncul secara tiba-tiba dan kebiasannya amat menyakitkan.

Sama seperti Neuropati Proksimal, kebanyakan Neuropati Fokus hilang dalam beberapa minggu atau bulan dan tidak akan memberi kesan kerosakan yang berpanjangan. Jenis ini yang paling biasa adalah Sindrom Karpal Tunnel.

Walaupun kebanyakan pesakit tidak mengalami simptom Sindrom Karpal Tunnel, kira-kira 25% pesakit yang menghidap Diabetes akan mengalami tahap mampatan saraf pada pergelangan tangan.

Gejala neuropati fokus termasuk:

  • sakit, mati rasa, kesemutan di jari
  • ketidakupayaan untuk memberi tumpuan
  • penglihatan berganda
  • sakit di belakang mata
  • Kelumpuhan Bell
  • sakit di kawasan terpencil, seperti bahagian depan paha, punggung bawah, kawasan pelvis, dada, perut, di dalam kaki, di luar kaki bawah, atau kelemahan pada jari kaki

 

Video Kursus Ketogenik Diet

Rawatan Neuropati Diabetes

Tidak ada ubat untuk Neuropati Diabetes, tetapi anda boleh melambatkan perkembangannya. Menjaga kadar gula darah anda dalam lingkungan yang sihat adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan kemungkinan menghidap Neuropati Diabetes atau melambatkan perkembangannya. Ia juga dapat melegakan beberapa gejala Diabetes yang lain. Pesakit akna disarankan untuk berhenti merokok dan bersenam secara teratur sebagai sebahagian daripada rancangan rawatan yang komprehensif. 

  • Pengurusan kesakitan – Ubat boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh Neuropati Diabetes namun sehingga kini, masih tidak ada ubat-ubatan yang boleh merawatnya. 

Anda mungkin juga ingin mempertimbangkan terapi alternatif, seperti Akupunktur. Terapi alternatif dapat memberikan kelegaan tambahan disamping merawat punca penyakit ini dengan perlahan.

  • Pengurusan komplikasi – Ia bergantung kepada jenis Neuropati anda, doktor anda boleh mencadangkan ubat, terapi atau perubahan gaya hidup yang dapat membantu mengatasi gejala dan mengatasi komplikasi.

Sebagai contoh, jika anda menghadapi masalah pencernaan akibat Neuropati, doktor akan mencadangkan pengambilan makanan yang lebih kecil lebih kerap dan menghadkan jumlah serat dan Karbohidrat dalam makanan anda.

Rakaman Penuh Video Live Dr Jue

Sekiranya mendaftar, anda akan dapat akses penuh video rakaman Live Dr Jue. Video ini dibahagi kepada tajuk dan topik supaya mudah untuk anda mencari dan tonton.

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap video rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!

Neuropati Perifer sebenarnya merupakan sebuah komplikasi yang biasa berlaku kepada para menghidap Diabetes dan boleh menyebabkan komplikasi kaki yang lebih serius, yang seterusnya boleh menyebabkan amputasi. Sekiranya anda mempunyai neuropati periferal, penting untuk menjaga kaki anda dan mendapatkan bantuan dengan cepat sekiranya anda mengalami kecederaan atau sakit.

Cara mencegah Neuropati Diabetes?

Neuropati Diabetes sering dapat dielakkan jika anda menguruskan aras Glukosa dalam darah anda dengan berhati-hati. Untuk melakukan ini, anda haruslah bersikap konsisten dalam:

  • memantau tahap Glukosa dalam darah anda
  • mengambil ubat seperti yang ditetapkan
  • menguruskan diet anda
  • kekal aktif
  • mendapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah

Sekiranya anda menghidap Neuropati Diabetes, anda haruslah bekerjasama dengan doktor anda dan ikuti cadangan mereka untuk memperlambat perkembangannya. Dengan penjagaan yang betul, anda dapat mengurangkan kerosakan pada saraf dan mengelakkan komplikasi.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun