Kekebalan Insulin

Kekebalan Insulin

kebal-pada-insulin-min
Insulin / Kencing Manis / komplikasi penyakit / Penyakit Autoimmune / Penyakit Kronik

Kekebalan Insulin

Apakah yang dimaksudkan dengan Kekebalan Insulin?

Kekebalan Insulin adalah apabila sel-sel pada otot, lemak dan hati individu tidak dapat memberi bertindak balas yang baik terhadap Insulin. Ia seterusnya tidak dapat menukarkan Glukosa dari darah kepada tenaga. Sebagai tindakbalas, Pankreas akan menghasilkan lebih banyak Insulin. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak memberi sebarang tindakan yang siknifikan dan lama kelamaan, aras gula dalam darah akan meningkat.

Sindrom Kekebalan Insulin merangkumi sekumpulan gejala seperti Obesiti, Tekanan Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi dan Diabetes Jenis-2. Kumpulan gejala ini turut dikenali sebagai Sindrom Metabolik.

 

Faktor Risiko dan Punca Kekebalan Insulin:

  • Obesiti, terutamanya lemak perut
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Diet tinggi Karbohidrat
  • Diabetes Kehamilan
  • Keadaan kesihatan seperti penyakit hati berlemak tanpa alcohol (Non-alcoholic Fatty Liver) dan Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS)
  • Sejarah keluarga yang menghidap Diabetes
  • Merokok
  • Umur – kemungkinan besar selepas 45 tahun
  • Gangguan hormon seperti sindrom Cushing dan Akromegali (Hormon tumbesaran yang berlebihan dalam tubuh)
  • Ubat seperti Steroid, Antipsikotik dan ubat HIV
  • Masalah tidur seperti Apnea tidur

Video Kursus Ketogenik Diet

Gejala Kekebalan Insulin

Ujian darah perlu dilakukan bagi mengenalpasti samaada anda mengidap Kekebalan Insulin. Hal ini kerana ia kebiasaannya tidak memberi sebarang gejala yang jelas. Begitu juga dengan gejala lain yang sering berlaku seiringan dengan Kekebalan Insulin seperti Tekanan Darah Tinggi dan Trigliserida yang tinggi. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih tepat. 

Tanda-tanda Kekebalan Insulin termasuk:
  • Garis pinggang melbihi 40 inci bagi lelaki dan 35 inci bagi wanita
  • Bacaan tekanan darah 130/80 atau lebih 
  • Tahap Glukosa berpuasa melebihi 100 mg / dL
  • Tahap Trigliserida puasa melebihi 150 mg / dL
  • Tahap Kolesterol HDL di bawah 40 mg / dL bagi lelaki dan 50 mg / dL bagi wanita
  • Tanda pada kulit– kulit gelap dan baldu yang disebut Acanthosis Nigricans
  • Diagnosis dan Ujian Ketahanan Insulin
 
Beberapa saringan akan dilakukan bagi mendiagnosis Kekebalan insulin:
  • Sejarah perubatan keluarga anda.
  • Ujian fizikal. Mereka akan menimbang anda dan memeriksa tekanan darah anda.
  • Saringan darah:
  • Saringan Glukosa Plasma Puasa. Ujian ini mengukur gula darah anda setelah anda tidak makan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • Saringan Toleransi Glukosa Oral. Pertama, anda akan mengambil Ujian Glukosa Puasa. Kemudian anda akan diberi larutan manis untuk diminum. Dua jam selepas itu, anda akan menjalani ujian darah yang kedua.
  • Saringan darah ini menunjukkan tahap gula darah anda secara purata sepanjang 2 hingga 3 bulan yang lepas. Ia menjadi rujukan bagi mendiagnosis Pra-diabetes atau Diabetes. Sekiranya anda pengidap Diabetes, ujian ini memainkan peranan dalam kawalan penyakit. 
Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Rawatan dan Pencegahan Kekebalan Insulin

Kekebalan Diabetes Jenis-2 sebenarnya boleh dirawat dan boleh diundurkan:

  • Senaman- Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari aktiviti sederhana (seperti berjalan pantas) 5 atau lebih hari dalam seminggu. 
  • Berat badan yang sihat. Tanyakan kepada doktor anda bagaimana anda boleh mencapai matlamat penurunan berat badan. Anda boleh berbincang dengan pakar pemakanan dan jurulatih peribadi yang bertauliah.
  • Makan makanan yang sihat. 
  • Ambil ubat. Doktor anda mungkin menetapkan ubat yang disebut metformin (Fortamet, Glucophage, Glumetza, Riomet) untuk membantu memastikan gula darah anda sentiasa dalam keadaan terkawal.

 

Komplikasi Kekebalan Insulin

Sekiranya Sindrom Metabolik tidak dirawat, boleh menyebabkan kesan yang berikut. Hal ini kerana Kekebalan Insulin boleh merosakkan lagi sel-sel dan sistem badan yang lain.

  • Kenaikan aras gula dalam darah
  • Serangan jantung
  • Tekanan dan Sakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Masalah mata
  • Kanser
  • Penyakit Alzheimer

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun