About us 01

MISI D'JUE WELLNESS

Misi kami adalah membantu pesakit meningkatkan kualiti hidup dan mengelakkan komplikasi penyakit serta membantu mengurangkan kos perubatan hospital kerajaan.

Kenali Dr Dr Jue

Dr Siti Juariah Binti Kusni Founder Djue Wellness

Beliau dilahirkan  dan dibesarkan  di Sungai Besar, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit 6 Sungai Besar dan di Sekolah Mengengah Kebangsaan Sungai Besar. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan Menegah Atas di Maktab Rendah Sains Mara Seremban.

Tamat Persekolahan menengah, beliau melanjutkkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dalam bidang perubatan. Setelah tamat pengajian, Beliau terus berkhidmat dalambidang perubatan sehingga kini. Kini , beliau merupakan Pengasas kepada Poliklinik Penawar Labis Sdn Bhd.

Selain dari itu , beliau juga berkecimpung dalam bidang Wellness, yang mana  beliau juga membantu pesakitnya merawat penyakit dengan cara Functional Medcine dan  telah di anugerahkan Wellness certificate dari Thompson River University, Canada. Selain menjadi pengasas kepada pusat perubatan alternatif  DJueWellness Sdn Bhd.

Dr Siti Juariah atau kini lebih mesra dikenali dengan panggilan Dr Jue, banyak membantu pesakit dalam merawat penyakit mereka secara Functional Medcine. Beliau yang merupakan pengasas kepada dua syarikat ini turut banyak menyampaikan ilmu melalui media sosial dan cara pendekatan yang lebih mudah diterima oleh para pesakitnya. 

tentang

Djue Wellness Sdn Bhd

Syarikat Djue wellness Sdn Bhd merupakan syarikat kedua yang ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Dr Siti Juariah binti Kusni, terletak di Labis, Johor. Berhampiran dengan Poliklinik Penawar Labis Sdn Bhd.

Syarikat ini bukan sahaja hanya menawarkan servis perubatan tradisional juga, malah ia juga menjadi pusat untuk Dr Siti Juariah atau dikenali sebagai Dr jue mengadakan seminar atau perkongsian mengenai hal hal kesihatan. Di D’Jue Wellness juga menjual barang-barang makan kesihatan seperti probiotik, porebiotik, suplimen makanan tambahan, dan air hidrogen.

Rawatan Tradisional merupakan rawatan kesihatan yang telah dilakukan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Dalam sudut pandangan sains medikal, terdapat pelbagai kebaikan dan ternyata keberkesanan yang boleh diperoleh daripada rawatan tradisional yang telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Oleh itu, syarikat Djue Wellness Sdn Bhd telah menumpukan beberapa jenis rawatan tradisional secaral klinikal yang tertentu. Antaranya ialah rawatan bekam klinikal dan Akupuntur.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, usaha dari Dr Jue dan Team DJue Wellness dapat bantu lebih dari 1,000 orang pesakit kronik pulih daripada penyakitnya dan kurang bergantung pada ubat. Dengan ini, Dr jue dan Team Djue berniat nak bantu ramai lagi pesakit yang patut dibantu dan pesakit yang diambang kebuntuan.

  “Diabetes is dietry disease! Its reversible.” – Dr Jue  

Channel Telegram Dr Jue Official

Anda boleh tanya Dr Jue secara terus di dalam group channel Telegram Dr Jue Offical dan info info kesihatan yang menarik. Daftar sekarang!

Video
Resepi
Modul
Akaun