Ketogenik Diet

Ketogenik Diet

DIET KETO SESUATU YANG BARU?

Diet keto atau Diet Ketogenik adalah diet yang rendah dengan Karbohidrat, melibatkan kandungan Protein yang sederhana dan tinggi dengan Lemak yang dapat membantu anda membakar lemak badan dengan lebih berkesan. Ia mempunyai banyak kebaikan terutamanya bagi tujuan kesihatan, menurunkan berat badan dan sememangnya telah terbukti dalam lebih dari 50 kajian saintifik dan fizikal. Ramai doktor dan para pengamal kesihatan telah mengesyorkan Diet Keto sebagai solusi kepada masalah kesihatan dewasa kini.

Play Video

Diet Keto terbukti berjaya dapat mengurangkan rasa lapar seterusnya menurunkan lebih banyak lemak badan yang berlebihan. Bagi tujuan perubatan, ia digunapakai secara meluas dalam merawat penyakit Diabetes Jenis-2 yang lebih dikenali sebagai penyakit Kencing Manis dalam kalangan kita yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat tidak kira umur. Selain itu, Diet Keto terbukti berkesan dalam merawat Sindrom Metabolik iaitu sekumpulan gejala penyakit yang melibatkan Penyakit Jantung Koroner, Stroke, dan gangguan pada pembuluh darah yang lain.

DI laman web ini, anda akan berpeluang belajar dengan lebih terperinci mengenai cara mengamalkan Diet Keto menggunakan makanan sebenar yang sedia ada di sekeliling kita! Kami membekalkan panduan, rancangan masakan dan pemakanan, resepi dan pelbagai program menarik supaya anda lebih dekat dengan Diet Keto untuk anda rasai sendiri kelainannya!

Play Video

APA ITU KETO?

Diet Keto adalah diet yang berasaskan pemakanan yang rendah Karbohidrat dan tinggi dengan Lemak sihat. Lebih mesra dikenali sebagai “Low-Carb” diet.

Diet Keto mengutamakan pengambilan Protein yang sederhana disamping pengambilan Karbohidrat yang rendah. Berbeza berbanding diet yang lain, pengambilan Lemak yang tinggi dalam Diet Keto pula adalah dibenarkan. Hal ini dapat menjadikan badan anda dalam keadaan Ketosis. Keadaan ini merupakan satu keadaan metabolik dimana lemak dari pemakanan dan lemak dalam badan sedia ada akan ditukarkan kepada tenaga.

APA MAKSUD “KETO”?

Diet ini dinamakan “Keto” atau “Ketogenik” kerana badan anda akan menghasilkan molekul bahan bakar tenaga yang kecil, iaitu “Ketone”.

Ia bertindak sebagai bahan bakar alternatif kepada tubuh anda ketika kekurangan gula (Glukosa) dalam darah.  

Pada masa yang sama, dengan menggunakan Lemak, hati anda akan menghasilkan Ketone. Hal ini berlaku secara fisiologi dalam badan anda dengan pengambilan Karbohidrat dan Kalori yang rendah. Ketone ini kemudiannya bertindak sebagai sumber bahan bakar dalam membekalkan tenaga kepada organ-organ dalam badan terutamanya otak kerana otak merupakan organ yang memerlukan paling banyak tenaga. Sumber utama tenaga bagi otak manusia ialah Glukosa dan Ketone.

Ketika mengamalkan Diet Ketogenik, seluruh badan anda akan membakar Lemak dan kadar pembakaran Lemak ini akan meningkat secara mendadak terutamanya apabila tahap Insulin (sejenis hormon yang mengawal tahap Glukosa dalam darah) yang dihasilkan oleh organ Pankreas menurun. Dengan ini, lemak berlebihan dalam badan yang tersimpan sekian lama akan dapat dibakar dan dijadikan tenaga dengan lebih cepat. 

Diet Ketogenik sangat ideal diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan, disamping mempunyai banyak kebaikan lain seperti kurang berasa lapar dan bekalan tenaga yang berterusan untuk menjalankan aktiviti harian—ia dapat dicapai tanpa perlu mengambil gula dalam pemakanan. Hal ini dapat meningkatkan fokus dan produktiviti individu. 

Apabila badan menghasilkan Ketone, badan anda akan berada dalam keadaan “Ketosis”. 

Kini pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara ingin mencapai “Ketosis”? 

Cara yang terbukti paling efektif adalah dengan Berpuasa. Persoalannya, mampukah manusia selamanya berpuasa dalam tempoh masa yang panjang secara konsisten? 

Melalui Diet Keto juga memberi kesan keadaan Ketosis secara optimum dalam badan pada masa yang sama, rutin pemakanan anda dapat diteruskan seperti biasa. Kebaikannya sama seperti berpuasa dalam jangka masa yang panjang termasuk pengurangan berat badan. 

SIAPA YANG TIDAK BOLEH AMALKAN DIET KETO?

Terdapat beberapa kontroversi dan mitos mengenai kesan Diet Keto terhadap pesakit-pesakit kronik akan tetapi ramai yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam perjalanan Diet Keto mereka. 

Individu dalam kategori tersebut memerlukan nasihat doktor dalam keputusan untuk mengikuti apa-apa diet sekalipun:

  1. Pesakit Diabetes (Kencing Manis)
  2. Pesakit Hipertensi (Darah tinggi)
  3. Wanita yang menyusukan anak

Jika anda mampunyai apa-apa isu kesihatan yang berkaitan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pro dan kon dalam pelbagai situasi, sila ke pautan ini: Adakah Diet Keto baik untuk anda?

Jika anda seorang doktor atau anda memerlukan nasihat doktor dalam pengambilan ubat bersama Diet Keto anda, anda mungkin berminat dengan bertanya kepada Dr Jue.

Penafian: Walaupun Diet Ketogenik mempunyai banyak manfaat yang telah terbukti berkesan, masih ada pihak yang menganggapnya sebuah kontroversi terutama kepada para pesakit Hipertensi dan Diabetes kerana dos ubat mereka perlu dikaji semula oleh doktor yang bertauliah. Oleh itu, jika anda seorang pesakit kronik dan telahpun mengambil mana-mana ubat yang berkaitan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenai dos ubat anda, perubahan gaya hidup dan pemakanan yang perlu anda amalkan. 

Panduan ini secara khasnya tertumpu kepada individu yang mengalami masalah kesihatan seperti Obesiti yang dapat meraih pelbagai kebaikan dari Diet Keto terutamanya. Namun kami tidak terlepas dalam meneliti secara terperinci, akan tajuk-tajuk kontroversi berkaitan dengan Diet Keto seperti kesan Lemak Tepu, Kolesterol, daging merah dan biji-bijian. Kami turut meneliti keperluan otak manusia terhadap Karbohidrat dalam menetapkan jumlah kalori bagi penurunan berat badan individu. 

Apa yang anda boleh makan ketika keto diet?

Berikut merupakan makanan yang sesuai dalam mengamalkan Diet Keto. Label adalah Net Karbohidrat bagi setiap 100 gram jenis makanan. Kandungan Karbohidrat yang rendah adalah lebih baik bagi mengekalkan kadar Ketosis yang optimum.

Bagaimana ingin mencapai Ketosis? Rahsianya hanya dengan mengelakkan pemakanan Karbohidrat yang tinggi. Jumlah Karbohidrat dikekalkan tidak melebihi 50 gram bersih sehari. Sebaiknya, di bawah 20 gram kerana semakin kurang pengambilan Karbohidrat anda, semakin efektiflah Diet Keto anda yang menuju ke tahap Ketosis, iaitu tujuan sebenar anda dalam diet ini yang dapat merawat Diabetes Jenis-2 seterusnya membantu penurunan berat badan yang berkesan. 

Oleh yang demikian, pengiraan jumlah pengambilan Karbohidrat dalam pemakanan anda memainkan peranan yang vital namun, jika anda tidak berkesempatan untuk membuat pengiraan, anda disarankan untuk mengikut sahaja Resepi Keto yang telah kami sediakan. Dengan cara ini, anda dapat mengekalkan badan anda dalam keadaan Ketosis sehingga mencapai sasaran berat badan yang sesuai dengan anda.

Elakkan makan makanan ini untuk Keto Diet.

Makanan yang harus dielakkan amatlah mudah- iaitu makanan yang mengandungi Karbohidrat tidak kira gula mahupun Kanji. Contoh makanan berkanji adalah seperti roti, pasta, kentang dan nasi. 

Label adalah Net Karbohidrat bagi setiap 100 gram jenis makanan. 

Makanan yang diproses juga perlu dielakkan sebaiknya termasuklah mana-mana produk Rendah-Lemak. Hal ini kerana Diet Keto sepatutnya mengandungi jumlah Protein yang sederhana tinggi dan tinggi dengan Lemak sihat bagi tujuan penghasilan tenaga oleh badan. Produk Rendah-Lemak kebiasaannya mengandungi jumlah Karbohidrat yang tinggi manakala kandungan Protein dan Lemaknya adalah rendah.

Elakkan makan makanan ini untuk Keto Diet.

Air mineral atau air kosong sudah memadai. Teh dan Kopi juga dibenarkan, akan tetapi, ianya lebih baik jika anda tidak memasukkan pemanis dalam minuman anda terutamanya gula.

Susu dalam kuantiti yang kecil yang dibancuh bersama Teh atau Kopi adalah dibenarkan namun anda harus berwaspada kerana jika jumlah cawan diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari, ia akan mengganggu pengiraan Karbohidrat anda. Kopi Latte adalah sama sekali TIDAK DIBENARKAN!

INFO DAN BERITA

Tips dan Info Kesihatan Terkini

Video
Resepi
Modul
Akaun