Apa itu Diabetes?

Pembunuh Senyap, Kencing Manis

sumber dari : Dr Jue

Apa itu Diabetes? Kencing Manis?

Penyakit Diabetes Mellitus atau lebih dikenali sebagai “Kencing Manis” merupakan satu keadaan dimana aras Glukosa (gula) dalam darah meningkat akibat kekurangan atau kurang keberkesanan pengawalan hormon Insulin. Hormon ini bukanlah sesuatu yang asing, ia dirembeskan oleh organ Pankreas dan fungsi utamanya adalah untuk mengawal keseimbangan Glukosa dalam badan dengan cara membawa masuk Glukosa ke dalam sel bagi penghasilkan tenaga.

Penyakit ini dikategorikan sebagai “Penyakit Kronik” iaitu penyakit yang berpanjangan dimana anda perlu memakan ubat dan menyuntik Insulin seumur hidup. Punca kegemukan No.1 di Malaysia ini turut memberi komplikasi seperti kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan stroke. Dalam kes yang lebih serius, penyakit ini boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang yang memerlukan Dialisis (rawatan kegagalan ginjal) seumur hidup. Terdapat juga komplikasi jangkitan kuman yang menyebabkan luka pada kaki pesakit dimana ia memakan masa yang lama untuk sembuh malah semakin teruk dan ia memaksa para doktor untuk melakukan pemotongan kaki (Amputasi) sebagai rawatan pilihan terakhir. Kebanyakan pesakit pula maut akibat serangan jantung.

Penyakit ini dikategorikan sebagai “Penyakit Kronik” iaitu penyakit yang berpanjangan dimana anda perlu memakan ubat dan menyuntik Insulin seumur hidup. Punca kegemukan No.1 di Malaysia ini turut memberi komplikasi seperti kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan stroke. Dalam kes yang lebih serius, penyakit ini boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang yang memerlukan Dialisis (rawatan kegagalan ginjal) seumur hidup. Terdapat juga komplikasi jangkitan kuman yang menyebabkan luka pada kaki pesakit dimana ia memakan masa yang lama untuk sembuh malah semakin teruk dan ia memaksa para doktor untuk melakukan pemotongan kaki (Amputasi) sebagai rawatan pilihan terakhir. Kebanyakan pesakit pula maut akibat serangan jantung.

HAMPIR PUTUS HARAPAN, DR JUE MEMBAWA SINAR KAWAL MASALAH KENCING MANIS

APA KATA MEREKA..

"Amalkan IF & Keto Dr Jue sangat Membantu"

"Saya ingat kena makan sampai mati"

"Saya dah berhenti ambil insulin dan Gula"

"Dapat sharing Ilmu dengan Family"

Kencing Manis Boleh Sembuh atau Tidak?

Pengambilan ubat-ubatan yang dipriskripsikan oleh doktor bukanlah bertujuan untuk penyembuhan, sebaliknya hanya sebagai kawalan penyakit.

Tahukah anda sebenarnya Kencing Manis boleh dirawat?

Hanya dengan mengubah gaya hidup dan cara pemakanan, tidak lebih daripada sebulan, penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis anda dapat disembuhkan.

Buktinya (1) Pembedahan Bariatrik (Bariatric Surgery) iaitu pembedahan mengecilkan saiz organ dalaman perut, saiz perut pesakit akan dikecilkan seterusnya akan memberi tindakbalas hormon pada badan untuk mengurangkan rasa lapar. Pengurangan kuantiti pemakanan dan pengurangan rasa lapar sekaligus akan membuatkan pesakit Bariatrik berada dalam "defisit kalori". Secara mudahnya, apabila saiz perut mengecil, pesakit akan berasa cepat kenyang walaupun hanya mengambil jumlah makanan yang kecil. Hal ini menyebabkan berat badan dan aras gula dalam darah pesakit menurun.

Terdapat sebuah kajian yang dijalankan selama setahun antara dua kumpulan pesakit Diabetes Mellitus, iaitu pesakit yang diberi ubat Diabetes yang terbaik dan pesakit yang telah menjalankan pembedahan Bariatrik.

*paksi menegak menunjukkan bilangan ubat-ubatan Diabetes yang diambil pesakit

*paksi mendatar menunjukkan tempoh waktu kajian dijalankan

Graf berwarna merah menunjukkan hasil kajian bagi pesakit yang mengambil ubat-ubatan Diabetes Mellitus.

Graf berwarna biru menunjukkan hasil kajian bagi pesakit yang telah menjalankan pembedahan Bariatrik.

Hasil keputusan bagi kedua-dua kumpulan menunjukkan aras gula dalam darah adalah normal. Namun, bilangan ubat-ubatan yang diambil pesakit Diabetes dalam Graf 1 tidak dapat diturunkan. Pesakit terpaksa mengambil ubat-ubatan Diabetes dalam tempoh yang berpanjangan bagi mengekalkan aras gula yang normal. Berbeza dengan pesakit yang telah menjalankan pembedahan Bariatrik, penyakit Diabetesnya telah sembuh selepas hanya 6 bulan dan tidak lagi memerlukan sebarang ubat-ubatan.

Kesimpulannya, penyakit Diabetes Mellitus boleh dirawat.

Seterusnya, (2) Pembedahan Pengikat Perut (Gastric Banding) dimana doktor akan mengikat bahagian atas perut pesakit dengan menggunakan Pengikat Perut. Larutan Saline pula akan dimasukkan ke dalam perut melalui Pengikat Perut. Kesannya, pesakit akan berasa cepat kenyang seterusnya aras gula dalam darah dapat diturunkan dan pesakit sembuh daripada Diabetes Mellitus.

Terdapat juga ramai doktor yang mengesyorkan para pesakit Diabetes Mellitus untuk (3) Berpuasa. Hal ini dapat mengembalikan aras gula dalam darah pesakit ke aras normal dalam masa seminggu.

Seorang pesakit dari Amerika Syarikat yang bernama Mr. Richard telah mengidap penyakit Diabetes Mellitus selama 10 tahun dan berat beliau adalah melebihi 100kg. Beliau telah mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan Diabetes dan telah diberi Insulin sebanyak 70 unit. Mr. Richard telah berjumpa dengan seorang Pakar Penyakit Diabetes iaitu Dr. Jason Fung dan telah diberi priskripsi Puasa Rawatan atau dikenali Intermittent Fasting dan disarankan pengambilan makanan rendah kalori. Selepas 3 bulan, Mr Richard berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 9kg dan beliau tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan Diabetes dan suntikan Insulin. Selepas 2 tahun, beliau berjaya sembuh dari penyakit Diabetes Mellitus.

Kawal Kencing Manis dengan Intermittent Fasting.

Puasa rawatan atau intermittent fasting ini bukan benda yang baru.

Pada tahun 1916, seorang Doktor Pakar Penyakit Diabetes (Premier American Diabetologist) iaitu Dr. Elliot Proctor Joslin telah mengungkapkan dalam penulisan beliau mengenai Puasa Rawatan. Menurut beliau, dengan pengalaman 2 tahun berpuasa, penyakit Diabetes sebenarnya berpotensi untuk sembuh. Kajiannya dikhususkan kepada penyakit Diabetes Jenis-II.

Pada tahun 2019; di United Kingdom, Dr. Roy Taylor yang merupakan seorang Doktor Pakar Perubatan dari University of Newcastle, telah menjalankan sebuah kajian terhadap seorang pesakit Diabetes Jenis-II. Beliau mencadangkan pesakit tersebut untuk mengawal pemakanannya dimana mereka hanya dibenarkan mengambil makanan yang berkalori rendah. Selepas seminggu, bacaan aras Glukosa dalam darah pesakit tersebut telah berubah dari 9.6 ke 5.6 mmol/L. Seterusnya, dalam masa seminggu, pesakit tersebut telah pulih daripada Diabetes Mellitus.

Di Amerika Syarikat, Dr. Jason Fung iaitu seorang Pakar Nefrologi dari Kanada telah memberi priskripsi kepada seorang pesakitnya yang merupakan seorang mahasiwa Obes yang berumur 27 tahun dan menghidap penyakit Diabetes Jenis-II; bacaan HbA1c adalah 9.4% (Norma: 6%). Beliau menyarankan 3 jenis ubat Diabetes namun pesakit tersebut tidak mengambil ubat yang disarankan kerana menolak pengambilan sebarang ubat-ubatan. Dr. Jason Fung kemudiannya menyarankan pesakit mengamalkan Puasa Rawatan dan Diet Ketogenik. Selepas 3 bulan, berat pesakit telah turun sebanyak 20 Pounds dan bacaan HbA1c pesakit telah turun ke 5%. Pesakit kini telah sembuh daripada Diabetes Mellitus.

Sesungguhnya, seseorang individu berkemungkinan hidup selama 10 tahun bersama Diabetes Mellitus Jenis-II tanpa diagnosis doktor. Ini amat membimbangkan kerana atas kecuaian diri sendiri, badan binasa. Diabetes Mellitus Jenis-II sebenarnya boleh dirawat, setiap perubahan adalah terletak pada diri sendiri, ianya satu pilihan.

INFO DAN BERITA

Tips dan Info Kesihatan Terkini

Video
Resepi
Modul
Akaun