Blog

Penyakit Tua, Penyakit “ALZHEIMER”

penyakit-tua-min
Lain lain..

Penyakit Tua, Penyakit “ALZHEIMER”

Penyakit Alzheimer adalah sebuah penyakit Neurodegeneratif yang kronik. Ia kebiasaannya berlaku pada golongan yang peringkat umurnya 75-tahun keatas. Kesukaran untuk mengingati sebarang kejadian yang baru sahaja berlaku merupakan antara gejala utama penyakit Alzheimer.

Terdapat banyak teori faktor penyakit ini. Antaranya adalah ia dipercayai diwarisi daripada ibubapa dan keluarga terdekat. Kecederaan pada mana-mana bahagian kepala pesakit turut menjadi faktor selain Depresi dan Hipertensi.

 

Antara cara rawatannya pula, para doktor di hospital akan menyarankan pengambilan ubat-ubatan seperti Donepezil, Rivastigmine, Galantamine dan Memantine. Ubat-ubatan ini berfungsi untuk menggalakkan perhubungan semula antara Neuron-neuron yang telah mengecut di dalam sel otak. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan ini hanyalah bertujuan untuk mengawal gajala dan komplikasi penyakit ini buat sementara waktu. Sehingga kini, masih tiada lagi ubat-ubatan khas bagi merawat penyakit Alzheimer.

 

Tahukah anda, otak manusia lebih gemar menggunakan Ketone sebagai sumber tenaga berbanding dengan Glukosa? Hal ini kerana Ketone memberi kesan tenaga tambahan terhadap bahagian-bahagian otak manusia yang lain seperti di Lobus Temporalis dan Lobus Parietalis.

Antara kesan penggunaan Ketone sebagai sumber tenaga otak adalah:

  1. Membekalkan lebih banyak tenaga (Glikolisis menghasilkan 8 ATP manakala Ketosis menghasilkan 22 ATP)
  2. Meningkatkan kadar pertumbuhan saraf baharu
  3. Menyihatkan dan membersihkan saraf sedia ada
  4. Menguatkan isyarat antara satu sinaps Neuron dan sinaps Neuron yang lain
  5. Mengurangkan keradangan otak
  6. Menstabilkan hubungan otak dengan saraf manusia

Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa Diet Ketogenik boleh mengurangkan kekerapan dan komplikasi sawan pada kanak-kanak. Sebagai contoh, Diet Ketogenik ini sendiri digunapakai sebagai salah satu rawatan penyakit Epilepsi yang dikategorikan sebagai sawan dimana ia dapat memberi kesan penenang dan antikonvulsan.

 

Perkara yang sama berlaku kepada para pesakit Alzheimer. Diet Ketogenik telah terbukti dapat melindungi Neuron daripada kematian sewaktu perkembangan penyakit Alzheimer. Dalam penyakit ini, kematian dan pengecutan Neuron akan menyebabkan otak pesakit mengecut (atrofi) seterusnya menjadi lopong. Hal ini adalah punca berlakunya kehilangan ingatan.

Mengikut kajian yang dijalankan pada tahun 2018 oleh Dr. Stephen Cunnane, dari Sherbrooke University, Quebec; dalam penyakit Alzheimer, pada peringkat awal, otak pesakit akan kehilangan kemampuan untuk menggunakan Glukosa sebagai sumber tenaga akibat kebiasaan dan penuaan. Oleh itu, dengan menggantikan Ketone sebagai sumber tenaga, ia dapat merangsang penghasilan tenaga baharu. Ia dapat melewatkan pengecutan Neuron yang berlaku akibat penuaan.

Sejenis Proteinyang terdapat dalam sel Mitochondriaiaitu Sirtuin-3 @ SIRT-3 (NAD-DependentDeacetylaseSirtuin-3) yang berfungsi untuk mengekalkan fungsi mitochondria akan dapat memberi kesan yang dengan lebih baik dalam melindungi dan mengelakkan kemerosotan fungsi Neuron dalam jangka masa yang lebih panjang kerana sumber tenaga yang dibekalkan Ketone adalah lebih banyak berbanding Glukosa.

 

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun