Nefropati Diabetes Penyakit Buah Pinggang

Nefropati Diabetes Penyakit Buah Pinggang

nefropati-diabetes-min
Buah Pinggang / Kencing Manis / komplikasi penyakit / Lain lain.. / Penyakit Kronik

Nefropati Diabetes Penyakit Buah Pinggang

Nefropati Diabetes adalah sejenis penyakit buah pinggang progresif yang berlaku kepada para pesakit Diabetes dalam jangka masa panjang. Ia memberi kesan kepada penghidap Diabetes Jenis-1 dan Jenis-2 dimana risikonya meningkat terutamanya apabila pesakit mempunyai tekanan darah tinggi dan sejarah keluarga yang berpenyakit ginjal.

Lebih dari 40% kes kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh penyakit Diabetes dan dianggarkan sekitar 180,000 orang hidup dengan kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh komplikasi Diabetes. Diabetes juga merupakan penyebab utama penyakit ginjal peringkat akhir (End Stage Renal Disease- ESRD) iaitu pada tahap ke-5 dan terakhir Nefropati Diabetes.

Nefropati Diabetes berkembang dengan perlahan. Dengan rawatan awal, anda dapat melambatkan atau bahkan menghentikan perkembangan penyakit ini. Tidak semua pesakit yang menghidap Nefropati Diabetes akan mengalami kegagalan buah pinggang atau ESRD dan tidak semua penyakit Diabetes akan berakhir dengan ESRD.

Apakah gejala Nefropati Diabetes?

Tahap awal kerosakan buah pinggang sering tidak menyebabkan gejala yang ketara. Pesakit mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehingga berada di peringkat akhir penyakit buah pinggang kronik.

Gejala ESRD termasuk:

  • keletihan
  • perasaan tidak sihat secara keseluruhan
  • hilang selera makan
  • sakit kepala
  • kulit gatal dan kering
  • loya atau muntah
  • bengkak lengan dan kaki anda

Punca Nefropati Diabetes?

Setiap buah pinggang anda mempunyai kira-kira satu juta Nefron yang bertindak sebagai struktur kecil yang menyaring sisa dari darah pesakit. Diabetes boleh menyebabkan Nefron menebal dan berparut seterusnya menjadikannya buah pinggang pesakit lemah dalam menyaring sisa dan mengeluarkan cecair dari badan. Ini menyebabkan mereka membocorkan sejenis Protein yang disebut Albumin ke dalam air kencing. Kandungan Albumin dalam air kencing dapat diukur bagi membantu diagnosis dan menentukan perkembangan Nefropati Diabetes.

Sebab sebenar kejadian ini berlaku pada pengidap Diabetes adalah masih tidak diketahui, namun kadar gula yang tinggi dalam darah dan tekanan darah tinggi dianggap menyumbang kepada Nefropati Diabetes. Tahap gula dalam darah atau tekanan darah yang tinggi secara berterusan adalah dua perkara yang boleh merosakkan buah pinggang anda lalu melemahkan fungsi buah pinggang.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Bagaimana Nefropati Diabetes didiagnosis?

Setiap tahun, Ujian Darah dan Ujian Air Kencing akan dijalankan untuk memeriksa tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang. Ini kerana Diabetes adalah faktor risiko kerosakan buah pinggang yang utama. Ujian ini merangkumi:

  • Ujian Air Kencing Mikroalbuminuria- Kehadiran Albumin dalam air kencing akan diuji. Ini adalah kerana air kencing yang normal seharusnya tidak mengandungi Albumin, jadi kehadiran Protein dalam air kencing anda adalah tanda kerosakan buah pinggang.
  • Ujian Blood-Urea Nitrogen (BUN) yang memeriksa keberadaan Nitrogen dari darah dalam urea pesakit. Nitrogen terbentuk apabila Protein dipecahkan. Oleh itu, tahap Nitrogen dalam air kencing yang lebih tinggi daripada biasa mungkin merupakan tanda kegagalan buah pinggang.
  • Ujian Kreatinin Darah- tahap Kreatinin dalam darah akan diukur. Ginjal pesakit akan  mengeluarkan kreatinin dari badan dengan menghantarnya ke pundi kencing lalu dilepaskan dalam air kencing. Doktor akan menggunakan tahap Kreatinin untuk mengira Kadar Penapisan Glomerular (eGFR) pesakit, yang membantu menentukan seberapa baik buah pinggangnya berfungsi.
  • Biopsi buah pinggang- Jika anda disyaki menghidap Nefropati Diabetes, doktor akan mengarahkan biopsi buah pinggang untuk dijalankan. Biopsi buah pinggang adalah prosedur pembedahan di mana sampel kecil dari salah satu atau kedua-dua buah pinggang pesakit dikeluarkan dan dilihat di bawah mikroskop.

Tahap penyakit buah pinggang

Rawatan awal dapat membantu melewatkan perkembangan penyakit buah pinggang. Terdapat lima peringkat penyakit buah pinggang. Tahap 1 adalah tahap paling ringan dan fungsi ginjal dapat dipulihkan dengan rawatan manakala tahap 5 adalah jenis kegagalan buah pinggang yang paling teruk. Pada peringkat 5, ginjal pesakit tidak lagi dapat berfungsi dan pesakit perlu menjalani dialisis atau pemindahan ginjal.

Kadar penapisan glomerular (GFR) 

GFR pesakit boleh digunakan untuk membantu doktor menentukan tahap penyakit buah pinggang anda. Mengetahui tahap GFR pesakit adalah penting kerana itu akan mempengaruhi rancangan rawatan. Bagi mengira GFR pesakit, doktor akan menggunakan keputusan dari ujian darah Kreatinin bersama dengan usia, jantina dan fizikal pesakit.

Bagaimanakah rawatan Nefropati Diabetes?

Tidak ada ubat untuk Nefropati Diabetes, namun rawatan dapat menunda atau menghentikan perkembangan penyakit ini. Rawatan terdiri daripada menjaga kadar gula dalam darah dan tekanan darah dalam jangkauan sasarannya melalui ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup. Doktor anda juga akan mengesyorkan pengubahsuaian diet khas iaitu diet yang disarankan adalah Diet Ketogenik. Sekiranya penyakit buah pinggang pesakit merosot ke tahap ESRD, pesakit akan memerlukan rawatan yang lebih invasif.

 

Ubat-ubatan

Pantauan kadar gula dalam darah secara berkala, penggunaan dos insulin yang tepat dan pengambilan ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor dapat menjaga kadar gula darah anda terkendali. Doktor mungkin turut menyarankan ACE Inhibitor, ARB atau ubat tekanan darah lain untuk memastikan tahap tekanan darah anda turun. Walaubagaimanapun, setiap ubat-ubatn ini tidak berfungsi untuk merawat, sebaliknya ia adalah hanya untuk kawalan penyakit. 

Dengar Rakaman Borak Santai bersama Dr Jue

Dengarkan rakaman borak santai Dr Jue yang membincangkan tentang kesihatan dan menjawab pertanyaan yang sering bermain di fikiran kita. Anda boleh dengar sambil melakukan kerja atau aktiviti lain dan juga boleh akses dimana sahaja!

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap episod rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!

Diet dan perubahan gaya hidup 

Doktor atau pakar diet akan membantu merancang diet khas yang mudah bagi buah pinggang pesakit. Diet bagi para pesakit Diabetes adalah lebih ketat daripada diet biasa. Doktor anda mungkin mengesyorkan:

  • mengehadkan pengambilan protein
  • memakan lemak sihat
  • mengurangkan pengambilan natrium kepada 1,500 hingga 2,000 mg / dL atau kurang
  • mengehadkan pengambilan kalium, termasuk mengurangkan atau membatasi pengambilan makanan kalium tinggi seperti pisang, alpukat, dan bayam
  • mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi fosforus, seperti yogurt, susu dan daging yang diproses

Doktor anda dapat membantu anda membuat rancangan diet yang disesuaikan. Anda juga boleh bekerjasama dengan pakar diet untuk membantu anda memahami dengan lebih baik cara mengimbangi makanan yang anda makan dengan sebaik-baiknya.

Ketahui lebih lanjut: Diet Ketogenik berkesan dalam merawat Diabetes. Ramai pesakit Dr Jue telah sembuh 100% daripada Diabetes dengan mengamalkan Diet Ketogenik dan Puasa Rawatan.

Doktor anda juga boleh mengesyorkan rancangan senaman untuk membantu menjaga tekanan darah yang rendah dan ginjal yang sihat.

 

Rawatan ESRD

Sekiranya anda menghidap ESRD, anda mungkin memerlukan dialisis atau transplantasi ginjal selain rawatan bagi peringkat awal penyakit buah pinggang.

  • Dialisis adalah sebuah prosedur yang membantu menyaring sisa darah pesakit. Terdapat dua jenis dialisis utama: Hemodialisis dan Dialisis Peritoneal. Doktor akan menentukan rawatan mana yang terbaik untuk pesakit.
  • Pilihan lain adalah pemindahan buah pinggang. Bagi pemindahan buah pinggang, ginjal dari penderma akan dimasukkan ke dalam badan pesakit. Kejayaan melakukan Dialisis dan pemindahan buah pinggang adalah berbeza mengikut individu.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun