Retinopati Diabetes Salur Darah Retina

Retinopati Diabetes Salur Darah Retina

retinopati-diabetes-min
Kencing Manis / komplikasi penyakit / Lain lain.. / Penyakit Kronik

Retinopati Diabetes Salur Darah Retina

Retinopati Diabetes adalah kerosakan saluran darah pada retina yang berlaku akibat Diabetes. Ia boleh memberi kesan pelbagai gejala termasuk penglihatan kabur, kesukaran melihat warna dan mata mengambang. Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.

Retinopati Diabetes adalah penyebab utama dipercayai kes buta baru pada orang dewasa serta penyebab utama kehilangan penglihatan yang paling biasa berlaku pada para penghidap Diabetes.

Ramai yang tidak mempunyai simptom awal Retinopati Diabetes, namun dengan menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh sekurang-kurangnya sekali setahun, ia dapat membantu diagnosis yang lebih awal bagi mencegah komplikasi. Antara kaedah yang paling berkesan bagi pencegahan Retinopati Diabetes adalah dengan mengawal dan menguruskan gejalanya.

Punca utama Retinopati Diabetes adalah kadar gula yang terlalu tinggi dalam darah. Jumlah gula yang tinggi ini akan merosakkan saluran darah ke seluruh badan, termasuk di Retina. Retina adalah selaput yang menutupi bahagian belakang mata. Ia mengesan cahaya dan menghantar isyarat ke otak melalui saraf optik. Sekiranya gula menyekat salur darah kecil yang masuk ke retina, ia boleh menyebabkannya bocor atau berdarah. Salur darah baharu akan tumbuh namun ia lebih lemah dan mudah pecah dan bocor.

Pertumbuhan salur darah yang baru ini dikenali sebagai Retinopati Diabetes Proliferatif. Dalam jangka masa yang panjang, ia akan memberi kesan pengumpulan cecair dalam mata akibat kandungan gula yang tinggi dalam darah. Pengumpulan cecair ini akan mengubah bentuk dan lekukan lensa lalu menyebabkan gangguan penglihatan. 

Sebaik sahaja pesakit berjay mengawal kadar gula dalam darah, lensa kebiasannya akan kembali ke bentuk asal dan penglihatan akan bertambah baik.

Lebih2 daripada 5 pesakit yang menghidap Diabetes di Amerika Syarikat mempunyai komplikasi Retinopati Diabetes. Diabetes juga memberi risiko seseorang mengalami masalah mata yang lain seperti Katarak dan Glaukoma.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Simptom

Retinopati Diabetes kebiasaannya tidak memaparkan sebarang gejala pada peringkat awal. Gejala biasanya menjadi ketara apabila keadaannya semakin merosot. Retinopati Diabetes akan mempengaruhi kedua-dua belah mata pesakit. Tanda dan gejala keadaan ini mungkin termasuk:

  • penglihatan kabur
  • penglihatan warna terjejas
  • kabur atau bintik-bintik telus dan gelap yang melayang di bidang penglihatan pesakit
  • tompok atau coretan yang menyekat penglihatan pesakit
  • penglihatan malam yang merosot
  • kehilangan penglihatan secara tiba-tiba dan total

Komplikasi

  1. Pendarahan Vitreous – Tanpa rawatan, Retinopati Diabetes boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Apabila berlaku kebocoran darah ke rongga dalam mata yang dipenuhi oleh cecair Vitreous, ia akan memberi kesan gangguan penglihatan dan dalam kes yang lebih teruk apabila darah menyekat laluan vitreous masuk ke mata, pesakit berpotensi untuk hilang penglihatan secara total. 
  2. Koyakan Retina – Sekiranya ia tidak merosakkan Retina pesakit, pendarahan pada Vitreous dapat hilang dengan sendirinya. Namun begitu, dalam beberapa kes, Retinopati Diabetes boleh menyebabkan Retina terpisah dan terkoyak daripada Vitreous sendiri. Komplikasi ini boleh berlaku sekiranya tisu parut kesan daripada kerosakan salur darah telah menarik retina jauh ke belakang mata.
  3. Glaukoma (tekanan yang tinggi dalam mata) – Aliran cecair yang normal di bahagian mata mungkin tersumbat ketika saluran darah baru terbentuk dan ini membawa kepada Glaukoma. Penyumbatan ini akan menyebabkan peningkatan tekanan pada mata seterusnya meningkatkan risiko kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan.

Faktor-faktor Risiko

Sesiapa yang menghidap Diabetes berisiko menghidap Retinopati Diabetes. Walau bagaimanapun, risikonya lebih tinggi jika pesakit:

  • mempunyai tahap gula yang tinggi dalam darah dan tidak terkawal
  • mempunyai tekanan darah tinggi
  • sedang mengandung
  • merokok dengan kerap
  • telah lama menghidap Diabetes

Diagnosis

Pakar mata akan menjalankan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila doktor mengesyorkannya. Kaedah berikut dapat membantu doktor mata mendiagnosis Retinopati Diabetes:

Pemeriksaan Bahagian Dalam Mata

Untuk pemeriksaan bahagian dalam mata, doktor mata akan meletakkan titisan ke mata pesakit. Titisan ini akan melebarkan Pupil mata dan membolehkan doktor melihat bahagian dalam mata. Mereka akan mengambil gambar bahagian dalam mata untuk melihat jika terdapat:

  • Kecacatan pada saluran darah, saraf optik atau retina
  • Katarak
  • Perubahan tekanan mata
  • Saluran darah baru
  • Koyakan retina
  • Tisu parut

 

Angiografi Fluorescein

Bagi menjalankan Angiografi Fluorescein, doktor mata akan menggunakan titisan cecair untuk melebarkan Pupil dan sejenis pewarna yang disebut Fluorescein akan disuntik ke dalam urat di lengan pesakit. Doktor kemudian akan mengambil gambar ketika pewarna memenuhi rongga mata. Pewarna akan bocor ke retina atau mengotorkan saluran darah tidak normal supaya dapat dikesan dalam gambar. Ujian ini dapat membantu doktor menentukan saluran darah mana yang terlibat dalam kebocoran, pecah atau tersumbat. Maklumat ini memberikan panduan yang tepat bagi menjalankan rawatan laser. 

 

Tomografi Koheren Optik

Tomografi Koheren Optik (Optical Coherence Tomography– OCT) adalah imbasan pencitraan tanpa invasif yang dapat memberikan gambaran keratan rentas retina beresolusi tinggi dimana ia menunjukkan ketebalannya dan membolehkan doktor mata mengesan sebarang bengkak. OCT mirip dengan ujian Ultrasound, namun ia menggunakan cahaya yang berbeza bagi menghasilkan gambar. Imbasan juga dapat membantu pengesanan penyakit saraf optik.

Video Kursus Ketogenik Diet

Rawatan

Rawatan Retinopati Diabetes bergantung kepada beberapa faktor, termasuk tahap komplikasi dan bagaimana ia bertindak balas terhadap rawatan sebelumnya.

Pada peringkat awal, doktor akan memutuskan pantauan mata dengan teliti dan pesakit akan diarahkan untuk mengawal kadar gula dalam darah. Dalam beberapa kes, seseorang mungkin memerlukan Pemeriksaan Bahagian Dalam Mata secara menyeluruh setiap 2-4 bulan.

Pesakit perlu bekerjasama dengan doktor dalam mengawal Diabetes. Pengawalan gula dalam darah yang berkesan dapat memperlambatkan perkembangan Retinopati Diabetes.

Dalam kebanyakan kes Retinopati Diabetes yang teruk, pesakit mungkin memerlukan rawatan pembedahan mata.

Pencegahan

Pengurusan tahap gula dalam darah yang berjaya akan membantu mencegah Retinopati Diabetes manakala pengesanan awal gejala dapat meningkatkan keberkesanan rawatan.

Tekanan darah yang tinggi atau Hipertensi, adalah faktor penyumbang lain. Pesakit yang menghidap Diabetes boleh mengambil langkah-langkah bagi mengawal tekanan darah mereka seperti:

  • makan makanan yang sihat dan seimbang
  • bersenam secara teratur
  • mencapai atau mengekalkan berat badan yang sederhana
  • berhenti merokok
  • mengurangkan pengambilan alkohol 
  • mengawal tekanan darah

 

Ringkasan

Retinopati Diabetes adalah  kemerosotan penglihatan para penghidap Diabetes. Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang merangkumi kehilangan penglihatan secara total.

Pastikan pesakit melakukan pemeriksaan mata yang menyeluruh sekurang-kurangnya sekali dalam setahun supaya sebarang komplikasi dapat dielakkan.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun