Ruam Keto adalah sejenis Dermatitis iaitu keradangan pada kulit yang bersifat sementara. Ruam yang gatal dan kemerahan pada bahagian badan dan leher ini sering berlaku kepada para pesakit Kencing Manis yang mengamalkan Diet Ketogenik.
Gatal dan ruam kebiasannya simetri pada kedua-dua belah badan. Selalunya timbul di bahagian dada, punggung, ketiak dan leher.
PUNCA RUAM KETO
Kegatalan biasanya bermula sebaik sahaja individu tersebut mencapai Ketosis dalam badan. Ia berhenti dalam sehari atau lebih jika individu tersebut mengambil Karbohidrat dalam pemakanan seterusnya Ketosis sudah tidak berlaku.
Ia kebiasaannya menjadi lebih teruk dalam cuaca panas atau selepas bersenam. Taburan gatal dan ruam yang sering memnuhi kawasan di mana peluh dapat berkumpul. Hal ini kerana dalam keadaan Ketosis, peluh yang keluar dari badan mengandungi Aseton iaitu salah satu badan keton. Dalam kepekatan yang tinggi, Aseton boleh mengeluarkan bauan yang kurang enak disamping mengeringkan permukaan kulit lalu menyebabkan kegatalan dan ruam. Aseton yang secara semulajadinya bersifat sebagai penghakis ringan akan menyebabkan kemerahan pada kulit.
RUAM KETO BAIK ATAU BURUK?
Ruam Keto sebenarnya merupakan salah satu kaedah badan membuang sel kulit mati atau Detox Kulit. Ia sebenarnya suatu proses yang baik namun jika tidak dikawal, ia boleh membahayakan kesihatan. Dapatkan nasihat doktor anda dalam mengawal Ruam Keto yang anda hadapi.
