Penyakit ADHD. Pernah dengar tak?

Penyakit ADHD. Pernah dengar tak?

adhd-min
Lain lain..

Penyakit ADHD. Pernah dengar tak?

ADHD merupakan sejenis penyakit yang dikenalpasti dengan gangguan perkembangan Neuro yang menyebabkan ketidakperhatian dan impulsiviti yang berlebihan, tidak sesuai dengan umur. Diagnosis ADHD bermula seawal peringkat kanak-kanak berumur 6 tahun.

Antara gejalanya mengikut jenis adalah:

  1. Ketidakperhatian – sifat ketidakperhatian yang lebih dominan– contohnya sukar mengikut arahan, tidak dengar ketika bercakap, mudah terganggu dan menggelamun
  2. Hiperaktif/Impulsif – sifat impulsif yang dominan – contohnya tidak henti bercakap, kerap bergerak, obses terhadap sesuatu yang menarik perhatian dan bermasalah untuk duduk diam
  3. Gabungan – gabungan kedua-dua yang memenuhi sifat dominan

Antara punca utama berlakunya ADHD adalah gangguan pada perembesan dan penggunaan hormon Dopamin dalam otak manusia. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran, sosial dan genetik.

Kajian menunjukkan pengambilan gula yang berlebihan sebenarnya menyebabkan perubahan pada Jalur Mesolimbik Dopamin (Dopamine Pathways) manusia iaitu laluan bagi Dopamin (sebuah penghantar Kimia – Neurotransmitter). Ia akan memberi kesan gangguan pada pemikiran dan fungsi otak manusia.

Pernahkah anda dengar, pengambilan gula oleh kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut Hiperaktif? Haa, itulah yang dimaksudkan disini. Ramai ibubapa kepada kanak-kanak ADHD menghindarkan anak-anak mereka daripada pengambilan gula sedangkan kandungan Karbohidrat yang dimakan setiap hari turut mengandungi gula (Glukosa). Karbohidrat yang terurai dalam badan manusia sebenarnya adalah penyumbang terbesar kepada kandungan Glukosa dalam badan.

Oleh itu, pengambilan Karbohidrat yang rendah perlu dipraktikkan oleh para ibubapa dalam pengawasan pemakanan kanak-kanak ADHD. 

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun