Nasi Resistant Keto Diet

Nasi Resistant Keto Diet

nasi-resistant-min
Kencing Manis / Ketogenik Diet / komplikasi penyakit / Lain lain.. / Penyakit Autoimmune / Penyakit Kronik / Sakit Perut / Sembelit

Nasi Resistant Keto Diet

Secawan nasi putih mempunyai kira-kira 200 kalori — ia merupakan makanan ruji penduduk Asia terutamanya. Terdapat pelbagai alternatif lain kepada nasi putih, contohnya Beras Basmati, Beras Perang (Brown Rice) dan Beras Rebus (Parboiled Rice) yang mengandungi Indeks Glisemik yang lebih rendah. Ketiga-tiga pilihan beras ini menjadi pilihan ramai pengamal diet apasekalipun namun memerlukan sedikit pengorbanan dari segi kewangan kerana harganya yang mahal. 

 Tahukah anda, sebenarnya terdapat cara yang mudah dan semula jadi untuk menjadikan beras putih biasa kurang kalori- iaitu dengan menambah sedikit lemak, kemudian biarkan sejuk. menurut penyelidikan yang dibentangkan di mesyuarat National American Chemical Society, penggunaan  minyak kelapa dan kaedah menyimpan nasi yang telah dimasak di dalam peti sejuk telah terbukti dapat mengurangkan kalori sehingga sebanyak 60%.

Nasi terdiri daripada sejenis kanji yang dapat dicerna (Digestible Starch) dan sejenis Karbohidrat khas yang dapat dikebalkan dimana ia merupakan kunci untuk mengawal berat badan. Ia dikenali sebagai ‘Resitant Starch’.

Manusia tidak mempunyai enzim bagi mencerna ‘resistant starch’, jadi ia tidak akan berubah menjadi gula dan tidak akan diserap ke dalam aliran darah seperti kanji lain yang dapat dicerna. 

Sebaliknya, ia akan melewati usus kecil dan proses metabolisme bagi kanji ini akan berlaku di dalam usus besar. Dengan cara ini, ‘Resistant Starch’ akan ditapai menjadi asid lemak rantaian pendek yang akan menjadi makanan kepada koloni bakteria dalam usu besar. Semakin tinggi kekebalan kanji ini, semakin rendah kalori dari kanji yang akan diserap oleh badan manusia. 

Sebuah kajian dilakukan di College of Chemical Sciences di Sri Lanka dimana mereka ingin mengetahui apakah mereka dapat mengubah sebilangan pati beras yang dapat dicerna (Digestible Starch) menjadi jenis yang tidak dicerna seterusnya menjadikannya kurang kalori. Dengan menguji 38 jenis beras dan mensimulasikan pencernaan manusia dalam tabung uji, mereka membuat resipi cara memasak beras paling sedikit kalori.

Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian tambahkan setengah cawan beras putih lalu masak selama lebih kurang 40 minit. Setelah masak, nasi akan dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 12 jam.

 

Nasi yang dimasak dengan cara ini mempunyai sekurang-kurangnya 10 kali ganda ‘Resistant Starch’ berbanding nasi yang dimasak dengan cara biasa. Selain itu, Resistant Rice mempunyai 10-15% kurang kalori. Para penyelidik antarabangsa turut telah menyimpulkan bahawa penggunaan beras yang berbeza terutamanya beras yang rendah Indeks Glisemiknya seperti Beras basmathi, jumlah kalori yang terhasil sebenarnya dapat dikurangkan sehingga 50-60%.

Rujukan: Indeks Glisemik merupakan tempoh yang diambil oleh Karbohidrat untuk ditukarkan kepada Glukosa. 

Video Kursus Ketogenik Diet

Sains di sebalik ‘Resistant Rice’ 

Unit Glukosa dalam nasi yang dimasak panas mempunyai struktur yang longgar, akan tetapi apabila ia menyejuk, molekul-molekul tersebut akan menyusun semula menjadi sebuah ikatan yang sangat ketat yang lebih tahan dan kebal terhadap pencernaan.

Dengan penambahan molekul Lemak dari Minyak Kelapa terutamanya, ikatan Glukosa yang ketat tersebut dapat menjadi lebih kuat kerana Lemak akan bertindak sebagi penghalang daripada penguraian dan pencernaan.

Ikatan ini akan kekal walaupun ‘Resitant Rice’ tersebut kemudiannya dipanaskan kerana ia telahpun menghasilkan daya tahan dan kekebalan ikatan molekul yang kuat sepanjang 12 jam di dalam peti sejuk.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun