Masalah Penyakit Kebocoran Usus

Masalah Penyakit Kebocoran Usus

lgs-min
komplikasi penyakit / Lain lain.. / Masalah Usus / Penyakit Autoimmune / Penyakit Kronik / Sakit Perut / Sembelit

Masalah Penyakit Kebocoran Usus

Fenomena “Usus Bocor” telah mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Fenomena ini merupakan sebuah ralat dalam sistem pencernaan dimana bakteria dan toksin telah “bocor” melalui dinding usus.

Apa itu Sindrom Usus Bocor?

Saluran pencernaan manusia memainkan peranan penting dalam memecahkan makanan, menyerap nutrien dan melindungi tubuh manusia dari bahan berbahaya. Dinding usus pula bertindak sebagai penghalang dalam mengawal setiap pergerakan keluar masuk ke dalam aliran darah untuk dibawa ke organ. 

Kebolehtelapan/kebocoran usus merujuk kepada seberapa mudah zat-zat yang dimakan melepasi dinding usus.  

Apabila dinding usus menjadi longgar, bakteria dan toksin mudah masuk ke aliran darah. Fenomena ini dimakan “Usus Bocor” yang menyebabkan keradangan yang meluas dan berpotensi mencetuskan reaksi dari sistem kekebalan tubuh. 

Antara gejala Sindrom Kebocoran Usus termasuk kembung perut, sensitif terhadap makanan, keletihan, masalah pencernaan dan masalah kulit.

Kebocoran usus memberi kesan sampingan yang meluas terhadap badan pesakit seperti Sindrom Keletihan Kronik, Migrain, Fibromyalgia, penyakit Tiroid, perubahan emosi, penyakit autoimmune –Psoriasis, Rheumatoid Arthritis dan Sclerosis, Autisme dan keadaan kulit yang bermasalah.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Punca Kebocoran Usus

Sehingga kini, masih tidak ada lagi kajian yang membuktikan punca sebenar Kebocoran Usus kerana terdapat pelbagai pendapat mengenai teorinya. Namun, antara pengawal utama kebolehtelapan dinding usus manusia adalah sekumpulan Protein yang disebut Zonulin. 

Kebocoran usus boleh berlaku apabila Protein Zonulin diaktifkan dalam badan seseorang yang mempunyai hubungan genetik Sindrom Usus Bocor. Pembebasan Zonulin ini juga boleh berpunca daripada kehadiran Bakteria di dalam usus dan Gluten iaitu sejenis Protein lain yang terdapat dalam gandum dan biji-bijian. 

Faktor Kebocoran Usus

  1. Pengambilan gula yang berlebihan: Makanan yang tinggi dengan gula terutamanya Fruktosa merosakkan fungsi penghalang dinding usus.
  2. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID): Penggunaan NSAID seperti Ibuprofen dalam jangka masa yang panjang dapat meningkatkan kebolehtelapan usus dan menyumbang kepada kebocoran usus.
  3. Pengambilan alkohol yang berlebihan: Pengambilan alkohol yang berlebihan dapat meningkatkan kebolehtelapan usus.
  4. Kekurangan nutrien: Kekurangan vitamin A, vitamin D dan zink masing-masing telah terlibat dalam peningkatan kebolehtelapan usus.
  5. Keradangan: Keradangan yang kronik di seluruh badan boleh menyumbang kepada Sindrom Usus Bocor.
  6. Tekanan: Tekanan yang kronik adalah faktor penyumbang kepada pelbagai gangguan gastrousus termasuk usus bocor.
  7. Kesihatan usus yang buruk: Terdapat berjuta-juta Bakteria dalam usus, ada yang bermanfaat dan ada yang berbahaya. Apabila keseimbangan antara kedua-duanya terganggu, ia dapat mempengaruhi fungsi penghalang dinding usus.

Pertumbuhan ragi: Ragi secara semula jadi terdapat di dalam usus akan tetapi ragi yang berlebihan boleh menyebabkan usus bocor.

Penyakit yang berkaitan dengan Usus Bocor

Dakwaan bahawa Usus Bocor adalah punca masalah kesihatan moden belum dapat dibuktikan melalui sains. Walaubagaimanapun, banyak kajian telah menghubungkan peningkatan kebolehtelapan usus dengan pelbagai penyakit kronik.

  • Penyakit Seliak (Celiac Disease)

Penyakit Seliak adalah penyakit autoimun yang dicirikan oleh tahap sensitiviti yang maksima terhadap Gluten.Banyak kajian membuktikan bahawa kebolehtelapan usus adalah lebih tinggi pada pesakit yang berpenyakit seliak. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa pengambilan Gluten yang banyak secara signifikan akan meningkatkan kebolehtelapan usus pada pesakit seliak sebaik sahaja ianya dimakan.

  • Diabetes

Diabetes Jenis-1 yang disebabkan oleh pemusnahan sel Beta yang merangsang penghasilan Insulin oleh Pankreas telah menyebabkan peningkatan kebolehtelapan usus. Reaksi imun yang bertanggungjawab dalam pemusnahan sel beta ini disebabkan oleh bahan asing yang “bocor” melalui dinding usus. 

Sebuah kajian telah mendapati bahawa 42% individu yang berpenyakit Diabetes Jenis-1 telah mengalami peningkatan tahap Zonulin secara signifikan. Ia akan memberi kesan tembus lebih besar.

Rakaman Penuh Video Live Dr Jue

Sekiranya mendaftar, anda akan dapat akses penuh video rakaman Live Dr Jue. Video ini dibahagi kepada tajuk dan topik supaya mudah untuk anda mencari dan tonton.

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap video rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!
  • Penyakit Crohn

Penyakit ini merupakan salah sebuah gangguan pencernaan kronik yang dicirikan oleh keradangan usus yang berterusan. Sindrom usus bocor boleh meningkatkan risiko saudara-mara pesakit untuk mengidap penyakit ini. Ini menunjukkan ia berkaitan dengan komponen genetik penyakit Crohn. 

  • Sindrom Usus Kerengsaan

Kajian mendapati bahawa pesakit yang mengalami Sindrom Iritasi Usus (IBS) adalah lebih cenderung mengalami peningkatan kebolehtelapan usus. IBS adalah gangguan pencernaan yang dicirikan oleh cirit-birit dan sembelit. 

  • Alahan makanan

Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai alahan makanan sering mengalami gangguan fungsi penghalang usus. Usus yang bocor menyebabkan Protein makanan melintasi dinding penghalang usus seterusnya merangsang tindak balas imun. Tindak balas imun terhadap Protein makanan ini dikenali sebagai Antigen iaitu definisi kepada alergi makanan. 

Simptom

Sindrom Usus Bocor seringkali sukar dikenalpasti oleh para doktor kerana ia berkongsi banyak gejala dengan keadaan kesihatan yang lain. Berikut merupakan gejala-gejala Sindrom Usus Bocor:

  1. Cirit-birit kronik, Sembelit dan Kembung Perut
  2. Sakit Sendi
  3. Keletihan
  4. Sakit Kepala
  5. Kekeliruan
  6. Kesukaran dalam menumpukan perhatian
  7. Masalah kulit seperti Jerawat, Ruam atau Ekzema
  8. Keradangan yang meluas

Video Kursus Ketogenik Diet

Perkaitan Sindrom Usus Bocor dengan Autisme

Punca sebenar penyakit Autisme masih belum dapat dikesan namun ia dipercayai berkait rapat dengan faktor genetik, biologi dan persekitaran. Baru-baru ini, saintis mula menyiasat kemungkinan hubungan antara Mikrobiota Usus dan Autisme.

-Mikrobiota Usus dan Autism-

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Autism Research Institute (ARI) dan World Autism Organization (WAO) dan pada tahun 2016, kanak-kanak Autistik sering mengalami masalah pencernaan yang ketara seperti sembelit, cirit-birit dan muntah. Dalam kajian kecil pada tahun 2017-pula, para penyelidik telah membandingkan sampel najis dari dua buah kumpulan kanak-kanak iaitu kanak-kanak Autistik dengan simptom penyakit usus/pencernaan dan mereka yang tidak mempunyai gejala Autisme atau simptom penyakit usus/pencernaan. Para penyelidik telah dapat mengenal pasti jumlah bakteria Clostridium Perfringens yang lebih tinggi dalam sampel yang dikumpulkan dari kanak-kanak autistik dengan gejala GI.

-Ketelapan usus dan Autisme-

Dalam sebuah tinjauan yang dijalankan oleh Autism Research Institute (ARI) pada tahun 2019, para penyelidik telah mengesahkan adanya hubungan antara ketidakseimbangan mikrobiota usus dan Autisme.

Sebuah kajian pada tahun 2010 pula menyaksikan peningkatan kes ketelapan usus pada pesakit Autisme dan saudara-mara peringkat pertama mereka. Walaubagaimanapun, sebuah kajian pada tahun 2013 telah melaporkan tidak ada perbezaan yang signifikan dalam kes ketelapan usus kanak-kanak Autisme.

Dengar Rakaman Borak Santai bersama Dr Jue

Dengarkan rakaman borak santai Dr Jue yang membincangkan tentang kesihatan dan menjawab pertanyaan yang sering bermain di fikiran kita. Anda boleh dengar sambil melakukan kerja atau aktiviti lain dan juga boleh akses dimana sahaja!

Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap episod rakaman tersebut.

Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!

Petua diet bagi meningkatkan kesihatan usus:

  1. Mengambil lebih banyak probiotik untuk mengaktifkan bakteria baik dalam usus
  2. Makan makanan yang kaya dengan serat prebiotik seperti sayur-sayuran dan biji-bijian
  3. Kurangkan pengambilan daging, produk tenusu, dan telur
  4. Elakkan pengambilan gula tambahan dan pemanis tiruan

 

Perubahan gaya hidup berikut dapat meningkatkan pencernaan dan menyokong usus yang sihat:

  1. Bersenam secara teratur
  2. Mendapat tidur yang cukup setiap malam
  3. Mengurangkan tekanan
  4. Mengelakkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu
  5. Berhenti merokok

Perubahan diet dan gaya hidup sudah tertentu dapat membantu ramai pesakit dalam meningkatkan kesihatan usus mereka. Selain itu, kawalan dalam pengambilan makanan amat penting agar dapat mengurangkan gejala usus bocor iaitu mengamalkan ketogenik diet. Dalam laman web ini anda belajar apa itu ketogenik diet.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun