Bahaya Ketagihan Gula

Bahaya Ketagihan Gula

bahaya-ketagihan-gula-min
Kencing Manis / Ketogenik Diet / komplikasi penyakit / Lain lain.. / Masalah Usus / Penyakit Kronik

Bahaya Ketagihan Gula

Adakah anda menginginkan makanan manis selepas setiap hidangan? Atau pada masa yang sama setiap hari? Tahukah anda, keinginan terhadap gula boleh menjadi punca individu kekurangan nutrien. Anda akan lebih cenderung untuk mendapatkan sesuatu yang manis seterusnya melupakan hidangan sepinggan lengkap yang sepatutnya membekalkan nutrien yang seimbang dalam pemakanan.

Apa yang berlaku dalam otak individu yang ketagihan gula

Beberapa kawasan pada otak manusia memainkan peranan penting dalam sensasi keinginan. Bahagian Hippocampus yang berbentuk tapal kuda, yang terletak di lobus temporal anda sebenarnya bertanggungjawab dalam membuat kenangan jangka pendek dan jangka panjang seterusnya memainkan peranan penting dalam tingkah laku mencari ganjaran. Hippocampus membolehkan anda mengingati rasa coklat gelap berbanding coklat susu.

Di setiap hemisfera otak anda, terdapat sebuah bahagian iaitu Inti Caudate, yang mempengaruhi tingkah laku mencari ganjaran disamping bertanggungjawab untuk membentuk tabiat baru – baik dan buruk – contohnya mengunyah pada saat anda sedang dalam mesyuarat. Kebiasaan ini lebih seperti tindak balas yang terkawal yang bermaksud, walaupun anda tahu anda harus bersifat profesional, anda masih mempunyai keinginan untuk makan.

Kebiasaan yang didorong oleh Inti Caudate ini sukar (namun tidak mustahil) untuk ditewaskan.

Insula, beberapa bahagian juga di setiap hemisfera otak, akan menghasilkan emosi sebagai tindak balas terhadap pengalaman deria. Pemasaran syarikat yang sangat baik menjadi mangsa insula – contohnya memikirkan minuman Tealive sejak pagi. Kempen dan promosi Tealive sendiri membuatkan anda terngiang-ngiang lalu inginkan Tealive dalam keadaan yang segera. Rasa sisipan pertama adalah hanya untuk memenuhi keinginan anda. Sisipan seterusnya pula akan meningkatkan tahap Dopamin di otak anda lalu memberikan anda keseronokan dalam setiap teguk.

Daftar sekarang dan dapatkan

AKSES VIDEO DOKTOR SAKIT KRONIK

Faktor diet yang boleh menyebabkan ketagihan

Salah satu punya yang berkaitan dengan diet adalah pengambilan Karbohidrat yang tinggi. Hal ini kerana penguraian Karbohidrat kepada Glukosa akan melepaskan banyak Insulin seterusnya Glukosa dapat dihantar ke sel-sel dan organ yang tidak sepatutnya dengan begitu pantas. Ini akan memberi kesan kenaikan hormon Leptin dan Ghrelin di dalam otak iaitu hormon lapar yang mengganggap badan anda kekurangan Glukosa dan tenaga. Kesannya, anda akan berusaha mendapatkan lebih banyak Karbohidrat atau gula dalam pemakanan bagi menampung ketagihan yang dihasilkan hormon Leptin dan Ghrelin sendiri.

Pengambilan Serat, Protein dan Lemak yang rendah dalam makanan anda turut menjadi faktor. Ini berkait rapat dengan pemakanan yang tidak seimbang kerana focus bagi individu yang Ketagihan Gula hanyalah Karbohidrat.

TABIAT BURUK YANG MENYUMBANG KEPADA KETAGIHAN GULA

Tabiat tidur anda turut menyebabkan ketagihan gula atau keinginan terhadap sebarang makanan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa Hormon Leptin turut dirembeskan secara aktif sewaktu anda tidur dan ini mengakibatkan keinginan makanan ringan pada hari berikutnya.

Kenapa? Jam dalaman anda memainkan peranan penting dalam menguruskan Hormon Ghrelin dan Leptin yang mendorong pengambilan makanan. Hal ini turut beikait rapat dengan sistem pencernaan badan manusia yang semakin aktif pada waktu malam terutamanya. Makanan akan dicerna dan nutrien akan diproses bagi sel-sel badan. Glukosa pula akan digunakan sebaiknya dalam penghasilan tenaga bagi sel-sel badan bertindak memproses nutrien. 

Tidur yang tidak normal atau kurang tidur pula sebaliknya boleh memudaratkan pinggang anda ketika anda mengidam. Sekiranya anda menghadapi masalah tidur, maka penting untuk mengetahui sebabnya. Rujuklah doktor anda bagi mendapatkan nasihat yang berkaitan dengan tidur dan apa yang boleh anda lakukan terhadapnya.

Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.

Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!

Nak lebih rapat dengan Dr Jue? Jom join group Dr Jue Official

Video
Resepi
Modul
Akaun