Masalah Kekejangan Otot
August 9, 2021 2021-08-10 10:36Masalah Kekejangan Otot
KEKEJANGAN OTOT
Kekejangan otot merupakan satu keadaan yang sering kita dengar berlaku kepada para atlet dan warga emas atau ketika bersenam terutamanya.
Kekejangan Otot adalah kontraksi otot yang kuat, berlaku di luar kawalan. Ia beterusan dan berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan rasa sakit yang kuat sehinggakan boleh mengganggu pergerakan anggota tersebut sendiri. Kekejangan Otot boleh berlaku pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan di bahagian tulang rusuk.
Kekejangan Otot dipercayai berkait rapat dengan aktiviti regangan yang tidak mencukupi dan keletihan otot yang mendorong kepada ketidaknormalan dalam mekanisme kawalan pengecutan otot. Hal ini disebabkan oleh Pengumpulan Asid Laktik dan bahan toksik secara berlebihan seterusnya ia menyebabkan kemelesetan kandungan Oksigen dan Nutrien dalam otot.
Jenis-jenis Kekejangan Otot
1. Kekejangan Otot selepas bersenam
- Kontraksi Otot luar kawalan yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam
- ‘Over-exhaustion’ iaitu kehausan akibat aktiviti yang melebihi tahap kemampuan
- Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi
- Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.
2. Kekejangan Otot akibat keletihan
- Berlaku dalam kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas banyak berpeluh
3. Kekejangan Otot akibat cuaca yang panas
- Disebabkan oleh kehilangan sejumlah besar air dan garam di dalam badan terutamanya selepas bersenam di bawah suhu yang panas
- Kebiasaannya bermula di bahagian kaki tetapi boleh melibatkan bahagian yang lain
Akses Resepi Keto secara PERCUMA!
Asparagus Tumis Boolet
Asparagus ada satu sumber makanan yang terbaik terutamanya dari…
Common
Sup Ayam Boolet
Apa kata anda cuba amalkan satu lagi kaedah untuk mendapatkan bentuk…
Common
Sup Cendawan Boolet
Cendawan juga mempunyai indeks glisemik rendah yang bermakna…
Malay
Kari Ayam Boolet
Bercakap mengenai manfaat ayam, perlu disebutkan bahawa ia mengandungi…
Common
Nabuko Goreng Boolet
Bagi anda yang mengikuti diet rendah karbohidrat, kubis bunga adalah..
Malay
Ayam Masak Lemak Cili Api Boolet
Dari segi pemakanan yang sihat, daging ayam adalah salah satu sumber…
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terkena Kekejangan Otot
- Dapatkan pengaliran udara yang baik, berhenti dan berehat seketika
- Minum air yang mencukupi, elakkan pengambilan minuman berkafein
- Tuam bahagian otot yang kejang bersama ais bagi mengurangkan kekejangan
- Regangan haruslah dilakukan secara perlahan-lahan sehingga simptom kejang otot berkurang.
Regangan Yang Sesuai Jika Terkena Kekejangan Otot
- Dapatkan bantuan dari orang sekeliling
- Tegakkan dan tolakkan kaki anda kearah sesuatu yang keras seperti dinding
- Tahan keadaan tersebut dalam 15 saat dan ulang sebanyak 5 kali
Rakaman Penuh Video Live Dr Jue
Sekiranya mendaftar, anda akan dapat akses penuh video rakaman Live Dr Jue. Video ini dibahagi kepada tajuk dan topik supaya mudah untuk anda mencari dan tonton.
Fungsi yang akan datang, anda juga akan dapat informasi lebih terperinci setiap video rakaman tersebut.
Daftar sekarang untuk dapat akses dan fungsi yang lebih menarik!
Cara Mengelakkan Kekejangan Otot
- Pastikan anda mendapatkan jumlah air kosong yang mencukupi terutamanya ketika musim panas
- Pastikan pengambilan nutrisi harian anda adalah mencukupi
- Sayur dan buah-buahan memainkan peranan yang penting dalam membekalkan sumber mineral yang diperlukan oleh otot dan badan
- Persediaan fizikal amatlah penting dalam memulakan sebarang aktiviti yang melibatkan otot dan daya tahan badan
- Lakukan regangan yang lengkap keatas otot yang cenderung mengalami kekejangan
- Regangan sebelum dan selepas senaman amatlah penting supaya dapat mengelakkan sebarang kecederaan otot yang boleh membahayakan tubuh ketika bersukan dan bersenam
Nak tahu lebih lanjut lagi?
Jom daftar sekarang untuk dapatkan lebih banyak informasi yang menarik dan anda boleh akses dimana mana sahaja.
Nantikan kemaskini dari segi fungsi, resepi, dan informasi yang lagi padat dari semasa ke semasa dengan hanya satu platform sahaja!